Sunday, March 19, 2017

Pra-Sekolah atau Tadika?

Assalamualaikum and good morning reader..

Mesti Ramai parents dalam dilema untuk memilih pra-sekolah atau tadika untuk si kecil kan...

Pendaftaran untuk mendaftar anak-anak yang berumur diantara 5 - 6 tahun untuk ke pra-sekolah telah dibuka, and tarikh tutup pada 30.05.2017 ni.. siapa yang belum mendaftar boleh la mendaftar dekat sini https://eprasekolah.moe.gov.my.

Pada tahun ni anak Cik Ti seorang di Pra-sekolah dan seorang lagi di Tadika.. kenapa letak dekat Tadika? sebab umur dia baru 4 tahun (sebenarnya 3 tahun 1 bulan) masa masuk sekolah dulu, sebab aimin lahir bulan 12.. Jadi, Cik Ti hantar dulu ke Tadika bagi membiasakan diri ke sekolah, dapat belajar bergaul dan dapat lebih perhatian dari pendidik, memandangkan di tadika terdapat pembahagian pelajar dan pendidik, jadi tumpuan dapat diberikan dengan sepenuhnya, cuma ianya berbayar.. sekiranya parents berkemampuan memang tak ada masalah..

Uwais dah 5 tahun, jadi Cik Ti daftarkan dia ke pra-sekolah, dan alhamdulilah ramai kawan-kawan dia yang juga mendaftar di Pra-sekolah yang sama..

Istilah pra-sekolah untuk golongan yang berpendapatan rendah?

Rasanya, bukan semua parents yang mendaftar anak dekat pra-sekolah ni berpendapatan rendah dan sederhana.. bagi Cik Ti, tak kira dekat mana kita hantar anak-anak kita, yang penting pendidik harus la yang terbaik... Pra-sekolah juga berbayar, tapi tidak la mahal... bayaran bulanan dibuat untuk kutipan sammbutan hari lahir, lawatan dan sebagainya.. jangan risau memang tak akan membebankan..

yang penting kita sebagai parents sepatutnya tahu dekat mana tahap pembelajaran anak-anak, bukan semata-mata mengharapkan pendidik.. sebab waktu anak di sekolah/tadika hanya 4 jam - 5 jam sahaja.

Bagi pandangan Cik Ti, tak kisah dekat mana kita hantar anak-anak kita, yang penting bimbingan dan pantauan dari ibu bapa sangat penting..

Alhamdulilah, Tadika dan Pra-Sekolah kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Uwais di Pra-Sekolah


Usaimin di Tadika

Monday, March 13, 2017

SEMAKAN SEMULA KERTAS PEPERIKSAAN

Entry kali ni Cik Ti nak cerita pasal semakan semula kertas peperiksaan, perasaan sekarang tengah berdebar-debar menunggu keputusan semakan semula, first time buat semakan semula.. Cik ti cuba google entry berkenaan semakan semula ni, tp tak banyak article untuk menenagkan diri Cik Ti untuk menunggu keputusan yang lagi seminggu nak keluar.

Before, buat keputusan untuk buat semakan semula paper tu, ambil masa berfikir dulu, jangan kelojoh sangat or sebab marah punya pasal terus buat rayuan semakan tanpa berfikir dengan jawapan yang kita buat dan carry marks yang kita dapat... takut-takut terus down pointer je nanti..

Cik Ti pun kadang-kadang menyesal jugak buat semakan semula ni, yo la takut jugak la kan.. jawapan tak seberapa, ada hati nak buat semakan semula... huhuhu...

Lepas dapat result yg tidak membanggakan tu, cik ti terus decide nak buat rayuan semakan tu, tak fikir panjang...rasa macam dah bagus jawapan tu... hahaha... (seriously, time tu je fikir macam tu) sekarang ni dah fikir maybe ada hikmahnya keputusan nya lecture bagi tu, maybe tak mengikut kehendak atau skema jawapan...

Walaupun apa pun keputusan yang kita dapat, Cik Ti percaya ada hikmah disebaliknya.. cuma sekarang kita tak nampak...

In Sya Allah Cik Ti will update keputusan rayuan semakan tu semula... tapi disaat ini sehingga result keluar next week, confirm tak tido lena and tak lalu makan la jawabnya... semoga semua yang buat semakan semula keputusan dapat keputusan yang terbaik.. Cik ti percaya, setiap keputusan yang dibuat tu dah difikirkan sebijak-bijak nya kan.. doakan Cik Ti juga berjaya ya..

p/s: Fikir sebelum bertindak..

Idea Goodies Bag Hari Lahir Anak

Assalamualaikum and good morning...

Firstly, cik Ti tak tau la nak buat review ke tak pasal Idea for goodies bag ni, sebab ada yang kata, siapa la nak baca kan...huhuhu... tapi, memandangkan Cik Ti pun, dok baca blog orang untuk dapatkan idea tentang goodies bag tiap-tiap tahun untuk hari lahir anak..so, cik ti nak kongsi juga la idea cik ti ni... hahaha..

Firstly.. sebab kan anak Cik Ti nak sambut birthday yg ke 5, so, cik ti decide nak bg 5 barang dalam goodies baa tu..

Majority parents tak bagi anak-anak makan gula2.. so Cik Ti letak 2 biskut dalam goodies bag.. tp boleh la gantikan dengan kismis ke..

5 barang dalam goodies bag:

1. Vitagen            - RM0.80
2. Biskut              - RM0.20
3. Biskut              - RM0.20
4. Puding             - Free (buat sendiri)
5. Tanah Liat       - RM1.30
6. kotak goodies  - RM0.10

Total  = RM2.60/bag (still murah rasanya)









Next Time, Cik Ti share tentang sambutan Hari Lahir pulak ya.. nak buat entry kali ni pun makan masa satu hari...

Kalau entry-entry Cik Ni membantu anda semua yang baca, boleh la follow Cik ti ya.. takut Cik Ti syok sendiri je... tulis bukan main, tapi tak ada org baca... hahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...