Sunday, May 15, 2016

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Assalamualaikum..

seperti yang Cik ti janji..


entry kali ni Cik Ti nak bagi sedikit informasi mengenai CKHT..



1. Apa itu CKHT? 

   
CKHT bermaksud Cukai Keuntungan Harta Tanah adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan   daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain). 

2. Individu yang dikenakan CKHT?
Pelupus (penjual) yang ingin menjual atau melupuskan harta nereka, harusla mengistiharkan pelupusan dan pemerolehan tersebut kepada LHDN (lembaga Hasil Dalam Negeri).

3. Cara menghantar CKHT:-
  • Mengisi Borang CKHT 1A atau CKHT 3 (bagi pelupus) dan CKHT  3 (bagoi pemeroleh) dengan lengkap dan betul.
  • Melampirkan salinan bukti pemerolehan dan pelupusan.
# bagi pelupusan harta tanah Perjanjian Jual Beli bersetem/KTN 14A bersetem/Memorandum Pindah Milik bersetem.

  • Melampirkan dokumen sokongan tuntutan perbelanjaan.
  • Mengemukakan Borang CKHT 1A atau CKHT 2A dan CKHT 3 dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh pelupusan aset atau syer dalam SHT.
  • Mengisi borang Perakuan Pemilihan Pengecualian Cukai untuk pelupusan kediaman persendirian di bawah Perenggan 9 Jadual 3 (Seksyen 8) ACKHT 1976 jika memilih untuk memohon pengecualian tersebut.
  • Mengisi CKHT (boleh klik disini untuk dapatkan borang CKHT) (Notis Pemberitahuan Maklumat di bawah seksyen 27 ACKHT 1976) sekiranya memilih supaya pemeroleh tidak memegang simpan dan meremitkan 3% daripada jumlah wang balasan atau kesemua wang berkenaan yang mana lebih rendah kepada LHDN dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh pelupusan aset

4. Pengecualian bayaran CKHT

  •  bagi pelupusan yang tidak layak dikenakan cukai dalam keadaan berikut:
a) Aset yang dilupuskan telah dimiliki lebih daripada lima (5) tahun; atau
b) Pelupus membuat pemilihan pengecualian cukai untuk pelupusan kediaman persendirian di bawah Perenggan 9 Jadual 3 (Seksyen 8) ACKHT 1976; atau
c) Pelupusan aset adalah dengan cara pemberian tanpa apa-apa balasan di bawah perenggan 12 Jadual 2, ACKHT 1976.
  • Melampirkan CKHT 3 bersama-sama Borang CKHT 1A , 2A dan mengemukakan ke LHDNM. CKHT 3 tidak akan diproses sekiranya gagal dikemukakan dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh pelupusan.

5. Jumlah bayaran yang dikenakan?
Amaun pegangan oleh pemeroleh adalah 3% daripada harga balasan atau kesemua wang balasan, yang mana lebih rendah. Pemeroleh dikehendaki meremitkan amaun tersebut kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pelupusan. Amaun wang yang diremitkan akan digunakan bagi membayar keseluruhan atau sebahagian cukai dikenakan ke atas pelupus.  


6. Denda, jika gagal membayar?
Jika pemeroleh gagal meremitkan amaun berkenaan, denda 10% dikenakan. Amaun sepatutnya diremit dan denda tersebut merupakan hutang kepada kerajaan dan hendaklah dibayar kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). 



7.  Bayaran balik kepada pelupus.
LHDN akan memproses semula  taksiran dan sekiranya akaun pelupus berbaki kredit (mempunyai amaun boleh dibayar balik) bayaran balik akan dilakukan.
Bayaran balik boleh berlaku dalam keadaan berikut :
  • Perjanjian Jual Beli dibatalkan;
  • Pelupusan yang mendapat pengecualian cukai;
  • Kes tidak kena cukai; atau
  • Cukai terlebih bayar.

Diharap penerangan ini dapat membantu pembeli dan penjual dalam proses penjualan

2 comments:

  1. cik ti.. sy zura.. ni same dgn ckht 2A ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. maa zura lambat reply, ckht 2A untuk pemeroleh, manakala ckht 1A dan 3 untuk pelupus

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...