Friday, May 6, 2016

Pesuruhjaya Sumpah

Assalamualaikum semua pembaca blog Cik Ti...

Entry hari ni out of topic sikit, Cik Ti nak cerita pasal Pesuruhjaya Sumpah, ni pun request from Puan Zila (hahaha) dia dah try nak buka blog Cik Ti tapi tak berjaya (hahaha).. dia minta tulis kisah suka duka seorang Pesuruhjaya Sumpah dalam bahasa inggeris nya Commisioner For Oaths..


Siapa Pesuruhjaya Sumpah ni??

Kalau tanya soalan macam tu, memang Cik Ti akan jawab.. Cik Ti la pesuruhjaya Sumpah tu (hahaha)... Pesuruhjaya sumpah adalah individu yang telah diberi kepercayaan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia melalui Perlantikan..


Macam mana dapat lantikan ni?

Pesuruhjaya Sumpah terbahagi kepda tiga bahagian :

1. Pesuruhajaya Sumpah Peguam

2. Pesuruhjaya Sumpah Awam

3. Pesuruhjaya Sumpah Persendirian

Seseorang Individu yang berkelayakan boleh dipertimbangkan untuk lantikan sebagai seorang Pesuruhjaya Sumpah dengan memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia dan perlu melalui dua fasa iaitu Ujian Bertulis dan Interview...

Untuk ujian bertulis ni kena baca Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993, macam undang2 juga la, belajar akta..

Bab Interview (Cik Ti terkenang Puan Zila... hahaha)... time ni dah rasa macam akedemi fantasia... hahaha.. kenapa? mula2 dua2 confident, bila keluar dari bilik penemuduga dua2 rasa nak menangis... hahaha.. cerita ni biar la rahsia... biasa la masing2 ada pengalaman dalam temuduga ni kan.. tips yang Cik Ti boleh bagi, penemuduga ni memang garang, kenapa? sebab dia nak pastikan individu yang berjaya menjadi seorang Pesuruhjaya Sumpah adalah orang yang beribawa... kenapa Cik Ti cakap macam tu.. meh Cik ti nak cerita Suka- Duka Pesuruhjaya Sumpah ni...

Percaya tak seorang Pesuruhjaya Sumpah ni sentiasa gelisah, susah hati dan tak boleh tidur malam? 

kenapa? 

Sebab tugas Pesuruhjaya Sumpah tidak mudah macam makan a,b,c tau... selagi nama kerja, semuanya mempunyai tanggungjawab dan kepayahaan yang tersendiri, begitu juga tugas Pesuruhjaya Sumpah...

Ehh...bukan cop2 je ke Cik Ti... (actually ramai yang fikir macam ni..cop2 dah dapat duit), sebelum Cik Ti jadi Pesuruhjaya Sumpah pun Cik Ti fikir benda yang sama (hahahaha), jangan marah ya Pesuruhjaya Sumpah2 semua...

Bila dah jadi PJS (Pesuruhjaya Sumpah) ni, baru la tau tanggungjawab yang harus dipikul dibahu lebih berat daripada memikul batu...

Pesuruhjaya Sumpah bukan sahaja perlu memastikan kehadiran deponden berada dihadapnnya ketika menandatangi dokumen, malah perlu memastikan identiti orang yang hadir (senang je ni)... siapa kata senang.. pernah tak terfikir jika seseorang memakai purdah (macam mana PJS nak menentukan identiti nya), Kad Pengenalan dengan gambar yang lama.. ( tu baru sikit ... huhuhu)

Tugas lain pesuruhjaya sumpah perlu memastikan dokumen yang dibawa oleh deponden, boleh ditandatangani oleh PJS, bukan semua boleh sign ke? majority nya tak boleh sign ya... Borang yang boleh ditandatangani oleh PJS Awam dan Persendirian adalah sama iaitu menurut Kaedah 12 KKPS 1993:- 

i. justifikasi jaminan
ii. afidavit dan ikrar
iii. sumpah wasi/pentadbir
iv. sumpah
v. Akuan Berkanun 1960 sahaja.. 

Selain daripada diatas PJS  memang tak boleh sign ya... dan bila PJS tak dapat sign bermula la kedukaan bagi PJS ...

PJS akan dimarah dengan kata-kata yang kesat, dimaki, diberi rasuah, malah ada yang membuat laporan kepada hakim mahkamah seksyen. PJS selalunya mempunyai alasan yang kuat mengapa mereka tidak dapat menandatangani sesuatu dokumen.

Cuba tanya  kenapa mereka tolak, selalunya PJS akan membantu deponden dengan sedaya upaya dengan memberi borang am 80 yang baru, atau meminta deponden mengubah sedikit format akuan, tapi  jangan suruh PJS tu yang buatkan, sebab PJS  tidak boleh menuliskan bagi pihak deponden.. kenapa tak boleh? sebab ianya melanggar kaedah KKPS 1993.

Sebenarnya PJS ni tak mahu pun menolak deponden, sebab dari situ la pendapatan PJS, tapi PJS terpaksa menolak, kerana sekiranya disabitkan kesalahan PJS akan dijatuhkan hukuman dibawah Kaedah 22 KKPS, yang membawa hukuman denda dan penjara.


Cik Ti harap entry kali ni dapat dimanfaat kan semua..






8 comments:

  1. Assalammualaikum...hai Cik Ti...untuk perakuan berkelakuan baik tu nak dapatkan pengesahan siapa and macam surat ke?

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam, maaf atikah, cik ti tak perasana ada comment, untuk akuan kelakuan baik tu, boleh dapatkan daripada majikan, penghulu, iman masjid dan lain2... iainya memang surat yang mengatakan bahawa selama mengenali beliau (kita), beliau seorang yang amanah, rajin (ayat lain2 tu tambah puji-puji diri sendiri la..) dan sentiasa berkelakuan baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. assallamualaikum..saya pun dalam pertimbangan nak mohon untuk jadi PJS persendirian..saya ada pengalaman sbagai pegawai perhubungan awam dan wartawan selaian kelulusan sebagai penterjemah bahasa dari UM..so sya dah baca syarat dari Mahkahmah tu, baru nak tanya surat berkelakuan baik. Perlu format apa2 untuk tulis? ditulis oleh kita atau Pegawai Awam tu? Terima kasih

      Delete
    2. surat kelakuan baik harus di tulis oleh agensi or pegawai yang keluarkan surat tersebut.

      Delete
  3. Assalammualaikum nak Tanya..selain suruhanjaya sumpah di makhamah...suruhanjaya sumpah Ada Tak di tempat lain selain makhamah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesuruhjaya sumpah terdiri daripada pegawai awam, persendirian dan peguam... boleh google je untuk cari pesuruhjaya sumpah yang berhampiran.

      Delete
  4. Assalamualaikum Cik Ti,berkenaan dengan ujian bertulis tu,dimana kita boleh baca kaedah² pesuruhjaya sumpah 1993 tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ya lewat reply... boleh beli akta pesuruhjaya sumpah 2016 (after amended baru ni) di kedai buku.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...