Tuesday, January 22, 2019

Perjanjian boleh buat sendiri? guna pesuruhjaya sumpah atau peguam?

Semalam ada yang minta pandangan daripada cik ti tentang perjanjian, so hari ni cik ti nak bagi sedikit penerangan tentang perjanjian daripada sudut pandang cik ti... cik ti ulang sekali lagi ya, cuma dari sudut pandang cik ti sahaja.

Perjanjian jual beli, sewa, usahasama, pajakan dan lain-lain yang kita rasa perlu dibuat bagi menjamin keselamatan kedua-dua pihak sama ada pembeli atau penjual, tuan tanah atau penyewa dan sebagainya.

Ada yang kata atas dasar percaya, kita buat satu surat perjanjian dan minta cop daripada pesuruhjaya sumpah.

Untuk makluman dan pengetahuan, pesuruhjaya sumpah dilarang untuk menjadi saksi bagi apa-apa perjanjian seperti diatas. ramai yang datang jumpa cik ti dan tanya kenapa tak boleh jadi saksi? sebab dalam kaedah-kaedah pesuruhjaya sumpah 2016 serta pekeliling daripada Mahkamah telah melarangan sama sekali pesuruhjaya sumpah untuk menjadi saksi bagi sesuatu perjanjian.

Siapa yang boleh jadi saksi bagi perjanjian tersebut? kalau tanya dekat cik ti, cik ti akan suruh cari peguam untuk menjadi saksi kepada perjanjian tersebut.. kenapa? asyik kenapa je ya... untuk menjaga keselamatan untuk kedua-dua belah pihak... sebab bukan semua orang boleh dijadikan sebagai saksi, takut ada conflict of interest pulak nanti. jadi senang cerita cari orang tengah yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan dalam bidang ini dan semestinya la seorang peguam, ada juga sebab-sebab lain kenapa cik ti suruh refer ke peguam, salah satu sebab dia akan bagi advise dekat korang, dekat mana kekurngan perjanjian yang korang buat tu.. tp itu pilhan korang sama ada nak teruskan perjanjian tu or tak.

Apa yang perlu ada dalam perjanjian tu?
1. nama
2. no kad pengenalan
3. alamat
4. no hakmilik
5. alamat premis
6. terma bayaran
7. pendahuluan/ deposit
8. baki bayaran
9. tempoh bayaran

perkara-perkara dekat atas ni wajib ada.. wajib tau.. no.4 tu selalunya orang tak ada, so, before buat apa-apa perjanjian minta dulu salinan geran tanah or kereta atau apa-apa yang melibatkan perjanjian tersebut.

sebab bila tak ada no hakmilik tersebut, macam mana nak membuktikan korang menyewa, memajak atau membeli tanah tersebut. silap-silap tanah tu bukan milik penjual, lagi satu masalah nanti.

sekiranya korang nak lebih selamat, lebih baik gunakan perkhidmatan peguam dalam menyediakan perjanjian tersebut... dalam berapa ratus sahaja, daripada korang rugi beribu duit deposit dan deposit tu tak boleh nak tuntut semula, kerana ada keraguaan dalam perjanjian yang korang buat... jangan tak percaya, ada yang tak mengaku ambil deposit  dan sebagainya, ditambah lagi buat bayaran secara tunai. please ya, jangan buat bayaran secara tunai, transfer duit ke akaun penerima, slip transfer akan digunakan sebagai bukti pembayaran, atau pun boleh gunakan banker's cheque dan masa ni korang boleh gunakan surat akuan bahawa penjual/tuan tanah telah menerima wang tersebut dan boleh cop sumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah.

nak tanya apa-apa, boleh komen dekat bawah ya...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...