Monday, January 21, 2019

ANIMATION PARK STUDIO (MAPS) IPOH PERAK REVIEW

Assalamualaikum semua reader...

Hari ni nak review tentang MAPS... apa MAPS tu... bukan peta ya adik-adik.. hahahaha..

ANIMATION PARK STUDIO (MAPS) ni taman tema animasi yang pertama yang terletak di ipoh, perak.

Dengan harapan entry kali ni, boleh membantu semua yang ingin pergi ke MAPS.. sebab memang selalu cik ti akan baca review blogger-blogger lain before pergi mana-mana...


Waktu Operasi MAPS:

Isnin - Jumaat : 10.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu - Ahad : 10.00 pagi - 10.00 malam



Selamat datang ke MAPS Ipoh... Masa korang nak masuk untuk beli tiket nanti akan ada staff MAPS yang akan membantu dan beri penerangan.

Harga tiket masuk ke MAPS sekarang tengah promosi :-

 Perlu ada Kad Petron atau Tounch n Go

Dewasa : RM45.00
Kanak-Kanak : RM40.00
Warga Emas : RM40.00

Kanak-Kanak dibawah umur 4 tahun masuk percuma ya..

* Promosi ni sampai bulan September, 2018 je ya
* Satu Kad boleh beli 4 tiket je.. kalau korang ramai.. make sure bawa lebih dari satu kad 
* Tiket kena beli secara walkin


Kalau tak ada kad tu MAPS still ada bg promosi juga:

1. Promosi Special untuk hari Selasa = RM50.00

( ni Cik Ti tak pasti promo sampai bila.. kena semak website MAPS)

2. Beli 2 tiket percuma 1 tiket = RM180.00

(promo ni sampai 17.08.2018)

3. Extravaganza Promosi :

i. Dewasa = RM70.00
ii. Kanak-Kanak / Warga Emas = RM60.00

(promo ni Cik ti tak pasti sampai bila) 

Korang jugak boleh beli tiket melalui online..

Dah habis bab tiket, masa nak masuk tu nanti, kita ada la pemeriksaan beg.. makanan dilarang bawa masuk ya.. soal makanan jangan takut, memang banyak jenis makanan yang dijual.. siapkan duit je la ya... hihihihi..

Dan jangan lupa minta peta and snap gambar board pertunjukan masa nak masuk nanti... dekat board tu ada tulis masa setiap persembahan dan pertunjukan.

Nak masuk tu, kita akan melalui tasik dan bila sampai terpegun dengan bangunan-bangunan yang cantik.. jom cuci mata kejab...



Rasa semua tempat nak bergambar... hahahaha


di MAPS terdapat 6 zon kesemuanya... masa pergi cuma 5 zon je yang buka..

setiap zon ada time untuk buat pertunjukan or boleh joint aktiviti nya... macam nak tengok movie boboiboy setiap satu jam akan ditayangkan movie tersebut... so kena pandai-pandai rancang masa. ada pertunjukan kereta, dan macam-macam lagi..

Cari gambar tak jumpa... nanti jumpa cik ti up date ya...

thanks to all yang membaca... anything boleh tinggalkan komen di bawah or boleh email cik ti for any enquiry ya..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...