Wednesday, September 21, 2016

Blog bersawang

Assalamualaikum semua readers...

Blog Cik Ti ni dah bersawang, lama tak update, tengok byk jugak komen..

Maaf sebab Cik Ti lambar reply, sebab memang tak perasan ada email masuk or comment.. (padahal sebab lama sangat tak buka blog)...

Kalau comment adik-adik semua akak, tak balas, boleh email dekat Cik Ti siti_frc@yahoo.com... In Sya Allah Cik Ti balas, sebab selalu buka email ni...

Dan terima kasih, pada semua reader yang sudi berkunjung dkt blog Cik Ti, walaupun tak de update, maintain je org datang singgah.. thanks a lots..

sampai sini dulu, sebab kerja banyak mcm bangunan klcc, client semua nak cepat siap.. (padahal Cik Ti yang lambat buat) ...

Jumpa next entry..

Wednesday, August 24, 2016

Bayaran Nuffnang ditolak

Assalamualaikum reader,

Terima kasih kepada yang sudi singgah dekat blog Cik Ti,

Rindu sangat dah lama tak menulis.. tapi biasa la dik kerana kekangan waktu dan kesibukan bekerja, amanah yang diberi harus digalas dahulu..

Entry kali ni, Cik Ti nak share pasal bayaran nuffnang Cik Ti ditolak oleh Mr. Nuff.. invalid clik katanya or dalam bahasa mudahnya, penipuan atau lagi senang nak faham, klik sendiri punya iklan..
hmmm..

So, kepada blogger-blogger baru yang meletakkan iklan nuffnang korang please becareful ok, sebab invalid klik ni, kadang-kadang bukan korang yang klik pun, orang lain yg klik banyak-banyak, last-last masa nak keluar duit, Mr. Nuff kata invalid click..

Sedih jugak la, but for Cik Ti menulis bukan sebab nak dapatkan keuntungan semata, kalau dapat it's become bonus, kalau tak dapat pun tak apa...

Menulis Menenangkan dan Menghiburkan, kepada reader yang dapat ilmu daripada blog Cik Ti ni, harap dapat dimanfaatkan.

Jumpa lagi next entry.. Selamat Malam..

Thursday, July 28, 2016

Tutorial Tambah Gadget dalam Blog

Assalamualaikum..

Entry kali ni Cik Ti nak cerita macam mana cara nak tambah gadget (kotak-kotak macam dekat sebelah kanan Cik Ti ni)

1. Pertama sekali pergi dekat Lauout.

2. Tekan Tambah Gadget

3. Boleh la Pilih Gadget mana yang korang suka

4. Tekan Butang + (warna biru) tu je

5. view blog dan gadget akan keluar

# ada banyak pilihan gadget yang telah disediakan oleh pihak blogspot, so tinggal pilih je.

Macam mana kalau tak disediakan oleh blogspot, contoh macam Feedjit.

Cik Ti ni selalu blogwalking ke Blog orang, tp silent reader je la.. and kadang-kadang berkenan dengan gadget-gadget diaorg tu.. so, Cik Ti akan tekan dekat gadget tu, dan selalunya dia akan bawa kita ke website untuk mendaftar. Sama dengan Feedjit ni, senang je nak letak,

1. korang pergi dekat blog Cik Ti, tekan je Feedjit dia akan terus bawa korang ke website dia atau

2. korang boleh tekan sini Feedjit 

3. Pilih Colour macam mana korang suka

4. Tekan step 1, kalau korang belum log in blog, kalau dah log in blog tekan step 2.

3.  kalau tak boleh save code dekat bawah sekali.

4. pergi dekat layout blog, tambah HTML dan paste kan code tadi dah save.

5. view blog korang. In Sya Allah akan adan gadget tu..

Selamat mencuba, jumpa lagi next entry.



Cik Ti tinggalkan korang dengan video tutorial, supaya lebih mudah untuk faham..

Tuesday, July 26, 2016

Tutorial Buat Tulisan Cantik Pada Header Blog

Assalamualaikum,

Entry kali ni Cik ti nak share buat tulisan yang cantik-cantik pada header blog..

Dah ada blog, mesti nak kasi blog cantik kan..

Cara-Cara:

1. Pergi dekat google, taip www.cooltext.com

2. Boleh pilih tulisan yg macam mana korang nak

3. Lepas tu boleh la tulis header blog korang dekat ruangan text

4. Download Image

5. Save

Tulisan yang Cik Ti dah save


Cara Nak letak Tulisan pada Blog:-

1. Buka Blog, pergi ke Layout

2. Dekat bahagian header tu, klik edit,

3. Pilih gambar tadi dan save

4. Siap dan korang boleh view blog korang.


Macam biasa, Cik Ti sediakan video untuk tontotan korang, kalau ada video ni lagi mudah faham kan.. tapi Cik Ti minta maaf banyak-banyak sebab video nya senget sikit.. moga video ini dapat dimanfaatkan semua...

Arious, jumpa next entry ya... 





Sunday, July 17, 2016

Tutorial Cara Nak Buat Blog

Assalamualaikum pada semua pembaca Cik Ti,

Lama tak update blog, masih sibuk dengan aktiviti beraya.. hahaha..

Entry kali ni Cik Ti nak tulis tentang tutorial buat blog. Ramai pembaca yang tanya Cik Ti, macam mana nak buat blog, dekat sini Cik Ti kongsikan cara nak buat blog.

Tapi sebelum tu, Cik Ti nak pesan, niat kita mesti iklas dalam menulis, bukan sorang dua yang akan baca blog kita..

Cara yang pertama sebelum kita buat blog, kita mesti ada akaun gmail. kalau tak ada kena buat dulu. Cara nak buat akaun gmail macam ni:-

1. Pergi dekat google, tekan gmail

2. Create akaun gmail
 
     i. Nama & Nama Email (nama email
     ii. Password
     iii. Tarikh Lahir
     iv. No. Tel ................... kemudian boleh submit la ya, kemudia ada keluar perkataaan accept nan ti, korang accept la ya, kemudia ada link biru, tekan link tu dia akan terus buka ke akaun gmail korang.

sekarang korang dah ada akaun gmail sendiri.


 Sekarang cara buat blog
    
1. Dekat atas blog cek ti, di sebalah kanan ada tulis create blog.. korang tekan

2. masukkan email korang tadi dan password.. klik done

3. klik create a blogge profile, korang boleh la tulis nama untuk display, contohnya macam Cik Ti, bila korang bagi komen nanti akan keluar nama ni je la..kemudian boleh klik continue..

4. kemudian korang boleh klik dekat new blog, boleh la tulis tajuk/title, (tajuk ni akan ada pada header blog nanti)

5.  dan kena cari la nama blog.. macam cik ti, perjalanancikti.blogspot.com, jadi korang pilih la url blog, jangan panjang-panjang sangat, nanti susah orang nak cari blog korang.

6. boleh la pilih template, cik ti cadangkan korang pilih template simple dulu bagi permulaan, (kemudian boleh tukar ke template, warna dan gambar yang lain).. kemudian boleh klik create a blog

Tahniah sekarang korang dah ada blog sendiri..

Nak view blog korang boleh tekan dekat view blog dekat bahagian atas.

Nak post cerita boleh tekan post dekat bahagian sebelas kiri, boleh la mula menulis..

fuhhhh... penat nak tulis entry kali ni..

Cik ti juga dah sediakan tutorial secara video, harap dengan ada nya video ni, lebih mudah untuk korang faham..

Selamat mencuba dan selamat berblog.. terima kasig kerana sudi membaca..


Sunday, July 3, 2016

Resepi Biskut Raya

Assalamualaikum,

Tak sedar, ktia dah berada di penghujung Ramadhan, sayang sungguh untuk meninggalkan Ramadhan..

Cik Ti mohon ampun dan maaf pada semua, sekiranya ada tersalah ungkapan atau perkataan di dalam artikel2 Cik Ti. 

Time hujung-hujung Ramadhan ni, ramai yang cari resepi biskut raya kan.. hari ni Cik Ti nak share 3 resepi Biskut Raya yang simple & ranggup.


Conflakes Madu

Bahan-Bahannya:

100g               Butter
200g               Conflakes
6 sudu besar   Madu
3 sudu besar   Gula
                       Cherry (jika suka)
                       Coklat Urai
                       paper cup (rasanya betul kot nama nya ni.. haha, bekas untuk kita letak conflakes yang                        dah siap nanti)


Cara-Cara:-

Cairkan butter, gula dan madu didalam kuali dengan api yang perlahan.. larutkan dan jangan sampai hangit ya.. kalau dia dah berbuih-buih tu, dah ok la tu..

Dalam bekas, masuk kan Conflakes dan Cherry (jika suka + badam (ni pun jika suka)).. Cik Ti, tak letak, sebab anak-anak tak berapa suka..

Tuang larutan madu tadi ke dalam conflakes (tuang sedikit-sedikit), supaya semua bahagian conflakes disaluti dengan madu.

Kemudian, boleh la disusun didalam paper cup, dan taburkan coklat urai diatas conflakes (coklat urai boleh digantikan dengan cherry atau badam).

Bakar sekejab, supaya conflakes lebih ranggup, Cik Ti bakar dlm 4-5 minit dengan suhu 150C, (ianya terpulang pada oven masing-masing).



Resepi Lidah Kucing Rainbow

Bahan-bahannya:-

250gm butter
175gm gula kastor
100ml putih telur (anggaran dalan 4 biji telur)
200gm tepung gandun
50 gm tepung jagung
1/4 sudu emplex
6 warna (merah, biru, kuning, hijau, ungu, oren)

# dulang khas lidah kucing (kalau tak ada boleh pakai dulang biasa, cuma ianya lebih nipis, dan size nya tak sama.. akan ada yang gemuk, yang pendek, yang tinggi, yang kurus.. hehehe)


Cara-caranya:-

Panaskan ketuhar terlebih dahulu

Griskan loyang dengan sedikit butter

Ayak tepung jagung, emplex dan tepung gandum, ketepikan

Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim (warna kuning kuning bertukar ke kuning pucat)

Masukkan putih teler, sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

Masukkan tepi yang telah diayak tadi, gaulkan dengan spatula hingga rata.

Bahagi kan adunan kepada 6 bahagian.

Setiap satu bahagian letakkan satu warna (letak setitik sahaja)

Masukkan adunan kedalam piping beg atau bag plastik, potong hujung munjung beg plastik/piping beg.

Paip kan ke dalam loyang.

Bakar dalam suhu 160C dalam 5 minit.

#kena berhati-hati supaya biskut tak bertukar warna..



Biskut Conflakes Ceri

Bahan-Bahan:

150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm badam cincang
1sd esen vanilla
ceri merah - dihiris panjang / dadu

Cara-caranya:-

satukan butter dan gula (guna spatula/senduk kayu je, bagi sebati) jangan guna mixer sebab kita tak nak biskut terlalu kembang masa bakar nanti

masukkan tepung gandum dan gaul sebati.

masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudian gaul rata,

sudukan / bulatkan atas loyang dan letak ceri diatas adunan tadi.

Bakar pada suhu 170C dalam 20-25 minit (bergantung pada oven masing-masing)


Setakat hari ni, baru 3 jenis je kuih raya, in sya allah coming soon lagi 2 jenis, lepas Cik Ti masak, Cik Ti update lagi 2 resepi ya... nak try dulu kan.. ngam ke tak sukatannya kan..

Nanti ada yg cuba tak menjadi pulak.. resepi yang dkt atas2 tu memang cik ti dah buat dan confirm sedap..

selamat mencuba dan selamat hari raya aidilfitri...

Sunday, June 19, 2016

Tips Mudah Hamil

Alhamdulilah, akhir, dah mengandung 4 bulan!! setelah sekian lama menunggu. Inilah kata-kata yang akan Cik Ti ucapkan sekiranya Cik Ti mengandung 4 bulan... hahaha, tapi ini semua omongan kosong, nampak sangat Cik Ti dah berisi sekarang, sampai ada yang kata Cik Ti mengandung. hahaha

Isu anak terlalu sensitif untuk diperkatakan, ada yang telah bertahun2 kahwin masih tak dapat menimang cahaya mata dan ada yang merancang kerana terlalu ramai anak.

Setiap manusia akan diuji, dan ujian itu tidak akan lebih daripada kemampuan diri kita.. kenapa kita diuji? supaya kita lebih dekat kepadanya.. ceramah yang baru Cik Ti dengar pagi semalam dalam kereta, tapi maaf tak ingat nama penceramah tu, peneranganya lebih kurang macam ni:-

"Bila saya buat ceramah, ada 2 situasi, di mana golangan pertama yang menderngar ceramah, golongan orang tua yang sihat, dan golongan yang kedua, orang tua yang bersandar di dinding. Setelah seleai ceramah golongan pertama yang sihat tadi terus bangun dan berlalu pergi, tetapi golongan kedua yang bersandar tadi, menyebut nama Allah ssebelum bangun".. Bila kita sakit kita akan selalu ingat pada Allah.. Golongan yang diuji, adalah golongan yang disayangi oleh Allah..

Cik Ti teringat pada seorang sahabat Cik Ti, yang begitu kuat semangat nya, dalam berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, tak pernah kenal putus asa, masih mencuba, walaupun hingga ke hari ni tidak berjaya, Cik Ti benar-benar bersyukur, kerana dikurnikan putera puteri yang menghiburkan dan menjadi semangat buat Cik Ti.

sebelum Cik ti syok sendiri menulis, mari Cik Ti nak share tips mudah hamil..

Faktor Pertama daripada segi permakanan :- Elok mengambil makanan-makanan seperti di bawah:-

1. Pegambilan buah pisang – buah Pisang yang kaya dengan vitamin B6 dapat membantu menstabilkan hormon. seseorang yang kurang kandungan vitamin B6 akan mengakibatkan, kitar haid tidak menentu.

2. Asparagus – Asparagus yg kaya dengan acid folic, dapat membantu perkembangan proses pensenyawaan.

3. Telur Ayam – seelok-eloknya telur ayam kampung, kerana kandungan vitamin D semulajadinya amat penting untuk badan.

4.Ikan –  Asid lemak  ikan  penting untuk menyihatkan sistem produksi wanita dan untuk kesihatan sperma lelaki.

7. Kacang pis –  kaya dengan zink. Apabila zink dalam badan mencukupi, kualiti sperma akan meningkat. Untuk wanita, kekurangan zink menyebabkan hormon estrogen dan progesteron tidak seimbang.

8. Tofu – Zat besi dalam tofu sangat penting untuk memastikan tubuh wanita bersedia.Kurang zat besi dalam badan menurunkan kadar kehamilan sebanyak 60%.


Faktor Kedua :- Dari segi kesihatan

1. Berhenti Merokok  –  Lelaki yang merokok mempunyai sperma yang kurang berbanding lelaki yan tidak merokok dan ianya lebih lemah dan kurang kurang berkualit, ianya akan  mempengaruhi peluang untuk hamil.

2. Kurangkan Kopi –  wanita yang minum kopi dengan kuantiti yang banyak dalam sehari juga tidak baik untuk kesihatan kerana kandungan caffen yag terdapat pada kopi.

3. Berat  badan ideal – Jangan terlalu kurus atau terlalu gemuk (kawal pemakanan)

4. Kawal Stress – Jangan terlalu stress untuk mengandung. Stress akan menyebabkan darah sukar bergerak.

5. Tidur secukupnya - selewat-lewatnya sebelum pukul 10 malam

6. Minum air masak dengan secukupnya.


Faktor Ketiga :- Rawatan 

1. Gunakan Aplikasi Telefon seperti Period Calendar- yang dapat memberikan tips dan membantu anda melihat waktu subur anda dengan lebih tepat.

2.    Buat Pemerksiaan Kesihatan & dapatkan nasihat daripada Doktor yang bertauliah. (selalunya doktor akan nasihatkan untuk cuba buat IOI)



Faktor Keempat :- Doa & Tawakal

In sya Allah,  Allah S.W.T maha mengetahui dah mendengar segala nya, berdoa la padanya dan tawakal la, kerana sudah pasti ada khimah di sebebalik sesuatu kejadian.


Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu..



Saturday, June 18, 2016

Iftar Ramadhan @ Intekma Resort Shah Alam..

Assalamualaikum buat semua pembaca Kisah Perjalanan Hidup.

Hari ni Cik Ti nak cerita pasal Iftar Ramadhan @ Intekma Resort Shah Alam, sekaligus surprise birthday buat Cik Ti..

Bukan niat Cik Ti untuk menunjuk-nunjuk, cuma bertujuan berkongsi pengalaman berbuka di Intekma Resort Shah Alam.. Alhamdullah, Cik Ti benar-benar bersyukur atas segala rezeki yang diberikan Nya. Jangan sekali-kali kita lupa tentang golongan yang kurang bernasib baik dan jangan kita sombong dengan rezeki yang kita perolehi.. sesungguhnya Allah itu maha melihat dan mengetahui segalanya...


Sebelum nak pergi, mesti semua nak tahu  bayaran nya berapa kan..

Harga bayaran untuk Iftar di Intekma Resort pada tahun 2016:-

i. Dewasa - RM55/seorang
ii. Kanak-Kanak - RM27 / seorang (bawah 4 tahun - free)
iii. Warga Emas - RM 49/ seorang (umur 60 tahun keatas)

# siapa yang ada anak kecik memang untung la, masuk free.. macam Cik Ti, Maya sorang je, y perlu bayar, lagi 2 putera hati Cik Ti tu free je..


Tempat Makan:-

i. Dekat Kolam - tempat ni best sikit, dengan permandangan kolam dan diiringi dengan muzik live yang dialunkan, memang best...

ii. Dalam Dewan - Dewan ni tak jauh la daripada kolam, turun tangga je...

iii. Khemah & Coffee House - Masa first time Cik Ti pergi, tak ada lai khemah ni, but second time je Cik Ti berbuka dekat sini dah ada khemah ni...

# Masa first time berbuka dekat sini dulu, meamng Cik Ti pilih dekat kolam, but for the second time, tak boleh pilih tempat pulak, Cik Ti dapat dekat Coffee House, maybe sebab hari tu ramai orang booking kot..

# Nanti, pihak Intekma akan bagi nombor meja, so please la bertolak ansur, kalau dah nampak orang duduk dekat table korang dengan meja dah penuh makanan dan dengan bayi kecil, tak salah tukar je meja dengan dia.. x perlu la buat muka sombong..

# Cik Ti memang cadangkan, pilih la dekat bahagian kolam ya..hehehe (ni cuma pandangan Cik Ti setelah 2 kali berbuka di Intekma)


Menu:-

Bab menu ni, perlu ke cerita ya, nanti terliur pulak... hahaha.. tapi Cik Ti rasa menu nya akan bertukar setiap hari.. menu utama, masa fisrt time Cik Ti pergi hari tu nasi minyak for second time nasi tomato, selain tu, menu2 nya:-

i. murtabak
ii. Roti John
iii. Kuih Muih / Buah-buahan
iv. Kuew Tiaw Goreng (ni dekat Coffee House)
v. Mee Rebus (ni dekat Kolam)
vi. ABC
vii. Aiskrim
viii. Kambing Bakar

dan macam2 lagi la... bagi yang berdiet tu pandai2 la bujet makan ya...

Next, jom layan gambar.. asal nama blogger, tak sah la, kalau tak ada gambar kan...







# Ni siapa punya Hari Jadi?




Banyak lagi gambar, tapi tak boleh nak upload.. Cik Ti nak ucapkan selamat berpuasa buat semua yan beragama Islam..

In sya Allah, jumpa lagi next entry ya..



Sunday, June 5, 2016

Cara hilangkan Pecah / Ulser Mulut

Assalamualaikum,

Hari ni Cik Ti nak share tentang ulser mulut sebab Cik Ti kena nak dekat sesminggu. Pedih betul, masa kerja nak cakap dengan kawan dan client pun terpaksa tahan sakit.  
ulser mulut iaitu luka yang berbentuk tompokan putih, kemerah-merahan, Ulser ini selalunya tidak melebihi daripada dua atau tiga mm dan Sakit pada bahagian yang dijangkiti terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman. Selalunya akan terjadi berulang kali.
ulser ni akan berkurangan selepas 3-4 hari tetapi mengambil masa 7-14 hari untuk sembuh sepenuhnya.
Punca terjadinya ulser mulut

  • Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  • Daya menahan sakit yang lemah.
  • Kekurangan zat dalam makanan yang diambil terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi.
  • Tekanan perasaan (stress) akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir.
  • Alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
  • Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • Pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).
  • Kesan daripada radioterapi dan kimioterapi.

Kesan buruk ulser mulut ni pun banyak:
  • Kesakitan apabila nak bercakap, gelak, senyum, masa nak berus gigi, berkumur, makan dan minum. 
  • Hilang selera makan dan minum.
  • Panas badan. 
  • Dehidrasi (badan akan kekurangan air)
  • Sakit tekak 
  • Bila dah kena dehidrasi, bibir merekah dan luka.

Petua merawat ulser mulut


  • Air garam

Ini adalah cara tradisional dan pilihan ramai sejak dulu . Korang boleh berkumur dengan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut.

Cara ini merupakan cara untuk ulser mulut korang sembuh dengan cepat, tapi korang kena la tahan sakit ketika berkumur, pedih... Air garam dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.


  • Air baking soda

Korang boleh mencampurkan air dan baking soda dan diletakkan di bahagian ulser. Perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter luka terbabit.


  • Air kelapa

Air kelapa boleh menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser,ia juga bagus untuk kesihatan.


  • Marjerin

korang  letakkan marjerin di ulser sehingga marjerin cair. Amalkan selalu sehingga ulser tersebut sembuh. (Petua ini sesuai untuk kanak-kanak, sebab iainya tak menyakitkan)


  • Madu

Korang cuba letakkan madu di ulser tersebut sekaligus menyebabkan ulser tersebut semakin mengecut. (petua ni pun sesuai untuk kanak-kanak)


Mudah dan senang je kan. semua petua-petua ni kita boleh cuba untuk mengurangkan ulser mulut. 

Jadi lepas ni tak perlu korang risau lagi jika terjadi ulser mulut, cuba salah satu petua diatas. In sya allah  ianya dapat memabntu korang semua.


kesan ulser berbeza-beza pada setiap orang, dan biasa la ada yg rasi dengan petua ni, ada yang rasi dengan petua tu... yang penting korang dah berusaha. tapi paling berkesan buat cik Ti berkumur dengan air garam tu la, tapi kadang-kadang memang tak tahan pedih nya tu.. dalam 3-4 hari baru kurang pedihnya, tapi sehingga ke saat ni, ulser ni masih ada di dalam mulut Cik Ti.. harap-harap 1st Ramadhan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Semoga korang semua daapt menjalan ibadah puasa dengan sempurna, In Sya Allah, jangan lupa jaga kesihatan.











Thursday, June 2, 2016

Tips memutuskan susu badan

Assalamualaikum semua...

Hari ni Cik Ti nak cerita sikit mengenai cara-cara menghentikan susu badan, bagi anak yang telah mencapai umur 2 tahun dan keatas.

Ketiga-tiga orang anak Cik Ti menyusu badan, tetapi setiap kali nak ceraikan susu badan tu, dah tak ingat macam mana... pernah Cik Ti tanya sorang kawan, dan dia juga tak ingat... dan sekarang ada yang bertanya dekat Cik Ti, macamana cara Cik Ti putuskan susu bagi anak yang telah cukup umur 2 tahun..

Setiap Ibu semestinya mempunyai ada pengalaman yang berbeza daripada mula mengandung, melahirkan, menyusukan dan juga memutuskan susu badan daripada bayi comel kita.

Setiap kali nak berhentikan susu, selalunya ibu akan sedih, masa anak yang pertama dan kedua dulu, tak la terlalu sedih,  Cik Ti putuskan susu sebab terpaksa, masa tu mengandung.. tapi untuk anak yang ketiga ni, terpaksa putuskan susu sebab dia dah cukup umur 2 tahun...

Yang penting ibu dan bapa mesti kuat semangat, sabar dan banyakkan berdoa, kalau tak kuat, jarang la nampak keberkesanan tu... Sebab anak akan mula menangis, merajuk dan juga berjauhan dengan ibu buat sementara waktu. Ibu dan Bapa kena kuat semangat ya, In Sya Allah bayi kita akan faham.


Pengalaman putuskan susu dengan Uwais


Masa menyusukan Uwais adalah masa yang sangat membahagiakan. Boleh rasa kemesraan antara Cik Ti dengan Uwais. Sebab tu la Uwais manja sangat sampailah sekarang walaupun dah 4 tahun.

Masa Uwais berumur 1 tahun 3 bulan, Cik Ti disahkan mengandung lagi. Boleh ke menyusu masa mengandung lagi? Masa tu Cik Ti tahu yang Is takkan dapat nak menyusu badan lagi. Cik Ti pulak bukan jenis yang suka pam-pam susu. So, stock susu memang taka da la..

Tapi, Alhamdulillah, Uwais takde masalah langsung untuk bertukar susu.  Memang boleh je Uwais minum susu formula sebab sebelum ni pun, Uwais dah minum susu formula dan badan secara, Cuma tidak secara menyeluruh, terutama time nak tidur memang Uwais nak menyusu badan je.

Tapi setiap malam Cik Ti akan buatkan susu formula untuk Uwais, walaupun pada mula dia menolak, Cuma dalam masa 1 minggu sahaja, Uwais dah boleh terima susu formula dan berhenti susu badan.

Alhamdulilah memang lega, bila tak ada banyak masalah dalam mengberhentikan susu badan pada ketiga-tiga orang anak Cik Ti..

Cuma yang kecil ni ambil masa agak panjang sedikit, rasanya dalam 2 minggu ke 3 minggu baru Aimin berhenti susu badan sepenuhnya..

Cik Ti tulis panjang-panjang pun, takut juga korang malas nak baca kan.. so, Cik ti terus bagi tips-tips yang Cik Ti pakai untuk putuskan susu badan ni...


1. Beritahu anak kenapa kena berhenti

Terangkan dan cakap dengan anak, “Uwais dah besar, dah pandai minum susu dalam botol”. Cakaplah baik-baik dan layanlah kerenah anak kalau mereka meminta-minta nak susu.

Kebayakkan anak faham dan bersedia untuk berhenti menyusu. cuma, emosi dan perasaan mereka kena jaga supaya nanti anak tak buat hal.

2. Kurangkan dulu, jangan terus berhenti

Peringkat nak berhenti menyusu ni bergantung pada anak-anak itu sendiri, ada yang kejab dan ada yang agak lama. Jadi jangan terus berhenti tetapi kurangkan dulu pemberian susu badan dalam sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum menghentikan terus penyusuan.

3. Pastikan anak kenyang makan sebelum menyusu

Sebelum anak kita menyusu, pastikan mereka dah kenyang makan. supaya tempoh penyusuan tidak lama.

4. Minta suami layan dan tidurkan anak 

Anak kita mesti nak menyusu sebelum tidur. Jadi, masa nie kita kena la minta tolong suami layan anak  dan tidurkan anak.  Nak tak nak kena la minum susu botol, sebab pertama anak tak nak maknya dan yang  kedua takut juga pada ayahnya.

Sebab itulah Cik Ti dah mention awal-awal tadi ibu dan bapa kena kuat semangat dan banyak bersabar.

5. Leka kan anak dengan permainan.

Bagi anak bermain pada waktu petang sehingga mereka letih, supaya anak dapat tidur lebih cepat dan tidak mencari susu sebelum tidur.

Cik Ti doakan, ibu-ibu semua berjaya dengan tips2 yang diberikan.. meamng sukar dan banyak rintangan, tapi In Sya allah, Cik Ti yakin Ibu-Ibu boleh melakukannya.

Untuk maklumat lanjuk Ibu boleh klik disni untuk mendapat lebih maklumat mengenai memutuskan susu badan.

Wednesday, June 1, 2016

Semakan Keputusan Peperiksaan Anak-Anak dengan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Assalamualaikum...

Hari ni Cik Ti nak share mengenai SAPS..

Memandangkan anak-anak akan dapat keputusan peperiksaan masing-masing, dan ibu bapa yang susah hati, tak tidur malam, memikirkan keputusan anak-anak, Cik Ti share cara nak semak keputusan peperiksaan anak-anak secara online.. ramai yang dah tahu mengenai SAPS ni, tetapi masih ada juga ibu bapa yang tidak tahu, terumatanya jika anak mereka baru melangkah ke tahun satu dan merupakan anak sulong.. 

Apa tu SAPS, SAPS adalah singkatan bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, yang mana ibu-bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ianya bertujuan memudahkan ibu-bapa melihat dan memantau keputusan anak-anak dengan lebih cepat dan mudah secara online.

Keputusan peperiksaan yang boleh disemak ialah:-

i. Keputusan peperiksaan Sekolah Rendah daripada tahun 1 hingga tahun 6; dan

ii.Keputusan peperiksaan Sekolah Menengah daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.


Cara-cara semakan:-

1. Klik link https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php untuk masuk ke portal semakan.


 


2. Akan keluar paparan seperti gambar diatas, masuk kan No. Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran anak-anak, klik pada sekolah rendah atau sekolah menengah dan pilih tahun. kemudian tekan Semak Laporan.

3. Ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun anak-anak.

Semoga ibu bapa dan mengguanakan perkhidmatan yang disediakan untuk melihat prestasi pelajaran anak masing-masing.

Cuma sedikit pesanan daripada Cik Ti, yang membandingkan anak-anak kita dengan anak-anak yang lain sekiranya mereka gagal pada kali ini. Tetapi berilah mereka semangat supaya mereka terus berjuang dan bersaing.

Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya, cari dimana kelemahan anak-anak kita, dan perbaiki la ia dengan sebaiknya.

Ibu bapa semua, boleh la share teknik pembelajaran anak-anak anda, tips cepat mengira ke, tips menghafal sifir, jadual pembelajaran dan sebagainya di komen, supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa yang lain..

jumpa lagi di entry yang lain...sharing is caring..


Tuesday, May 24, 2016

5 Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat dan Berkesan


Assalamualaikum semua,

Terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah dekat blog Cik Ti.

Entry kali ni Cik Ti nak bagi tips kursuskan badan yang berkesan tak perlu la nak berlapar, makan pil atau lain-lain, yang penting kena displinkan diri dan kuat semangat.

Cik Ti nak kogsi 5 tips kuruskan badan dengan cepat dan berkesan.


  1.  Sarapan Pagi
  • Wajib makan sarapan pagi.
  • Sarapan pagi bukan merupakan sebab utama penambahan berat badan kita, faktor utama peningkatan berat badan seseorang berpunca daripada kuantiti makanan yang berlebihan atau lebih senang disebut sebagai nafsu makan kita yang terlalu tinggi.
  • Sebab kenapa kita makan dalam kuantiti yang banyak dan lebih daripada yang sepatnya kerana kita selalu abaikan sarapan pagi. Bila perut dah berbunyi, mula la kita fikir nak makan itu, nak makan ini, kuantiti yang kita ambil juga berlebihan.
  • Elok ambil makan berat dan berkhasiat untuk sarapan pagi, seperti Nasi
  • Mereka yang tidak mengambil sarapa pagi, lebih cenderung makan pada waktu tengahari dengan kuantiti yang banyak.
  • Boleh baca artikle pentingnya sarapan pagi
  • Kelebihan Sarapan pagi:-
          + Menghasilkan tenaga kepada badan dan Otak
          + Memberikan 'mood' yang baik pada setiap setiap orang, bak kata perpatah gendang gendut 
             tali kecapi, kenyang perut senang hati... haha


      2. Berhenti Makan Sebelum Kenyang

  • Ambil makanan secara sederhana, maksudnya tidak ambil makanan yang berlebihan, dan sekaligus akan menghentikan kita makan sebelum kenyang.. (bak kata orang, kalau dah sedawa tu berhenti la makan).

     3. Bersenam

  • Kalau tak bersenam tak boleh ke? kalau nak kurus je mesti bersenam..
  • Senaman memberikan 30% impak sekiranya seseorang ingin mengurangkan berat badan.
  • Faktor utama adalah dari segi permakanan seseorang, memang tidak dinafikan ada yang berjaya mengurangkan berat badan tanpa bersenam.
  • Bagi Cik Ti fungis utama bersenam, adalah untuk kesihatan, mengeluarkan peluh dan mengerakkan aktiviti fizikal seseorang dan metabolisma badan.
  • Tak ada masa? tak perlu berjam2 pun, 5 minit pun dah cukup... tak boleh keluar? dalam rumah pun boleh.. (kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih, orang cakap).. Cuba main skipping dlm rumah atau berzumba... tak tahu, senang je, boleh buka video zumba dekat youtube, boleh tekan SINI

    4.  Jangan Makan Lewat Malam
  • Cuba pastikan makan malam diawal waktu, cuba praktis kan makan malam sebelum pukul tujuh malam.
  • Iannya bertujuan untuk penghadaman makanan dan supaya ianya tidak tersimpan sebagai lemak.
  • Kalau mulut still nak mengunyah sambil tengok tv, sila sediakan buah-buahan sebagai snek. kadang2 perut bukan lapar sangat pun, tp mulut saje nak kunyah kan..

    5. Periksa Info di Label Makanan
  • Makanan yang dibeli terutama nya, makanan ringan tinggi dgn MSG dan lemak.
  • Periksa betul-betul kandungan gula dalam minuman (seeloknya jangan ambil minuman bergas kerana kandungan gula yang tinggi)
  • Boleh baca artikel minuman berkarbonat jejaskan kesihatan

Kenapa perlu kuruskan badan atau kurangkan berat badan.

Selain utnuk nampak cantik, dan menambah keyakinan diri seseorang, ianya juga untuk kesihatan, 

Semoga korang semua berjaya mendisplinkan diri.. jangan lupa share pengalman korang yang..


Thursday, May 19, 2016

CPC Nuffnang..

Assalamualaikum semua,

Rasanya majoriti blogger tahu pasal encik nuffnang ni, tambah-tambah blogger-blogger yang otai kan..

Entry ini bertujuan untuk memberi sedikit maklumat kepada bloger-bloger yang baru berkecimpung dalam bidang ini, macam Cik Ti..

Cik Ti pun baru je mendaftar dengan encik Nuffnang ni, dalam bulan lepas, dan masa tu masih terkial-kial dan tak dapat maklumat yang lengkap mengenai CPC daripada encik nuffnang ni.

Buat masa ni, Cik Ti hanya boleh ceritakan pasal CPC daripada en nuff ni je ya, sebab Cik Ti pun tak pernah dapat lagi CPUV or galiretaty daripada encik nuff ya..

1. Apa itu Nuffnang?

Nuffnang.com ialah syarikat pertama dan peneraju di Asia-Pasifik bagi sektor pengiklanan melalui blog-blog. Secara umumnya, Nuffnang akan mencari syarikat yang ingin mengiklankan barang-barang mereka dengan bakal-bakal pengguna melalui bloggers.


2. Apa maksud CPC?

CPC bermaksud Cost-Per-Click. CPC dikira bedasarkan klik pada iklan (ni berdasarkan pengalaman Cik Ti ya).. kalau tak ada yang klik iklan, maknanya tak ada la income..


3. Cara Pengiraan CPC?

Cik Ti pun tak pasti cara pengiraan yang tepat, tapi dalam linkungan RM0.15 per click. Nanti korang akan nampak peratusan yang klik dan ianya akan didarap pada kadar harga iklan semasa.


4. Bila kita boleh semak bayaran CPC?

soalan ni la yang bermain-main dalam fikiran Cik Ti masa mula-mula daftar dengan en nuff.. hahaha.. rekod bayaran akan di kemaskini setiap hari isnin pada setiap minggu.. Setiap Isnin korang boleh la cek akaun Nuffnang korang ya..


5. Bila boleh cash out bayaran?

Koraong hanya boleh cash-out duit dalam akaun nuffnang, sekiranya akaun korang dah ada RM50.00 ya.. tak kan baru ada RM15.00 dah nak keluar kan...tak berbaloi la nuffnang nak keluarkan cek.. Nuffnang akan pos kan cek, dalam tempoh masa 1 - 2 bulan .. tunggu je la depan peti pos ya..

tips: korang cash out la, pada hari jumaat terakhir setiap bulan contoh kalau bulan 5 ni, dalam 27 haribulan, sebab nuffnang akan proses cash out pada hujung bulan sahaja.. pada yang cash out pada awal bulan, tu yang terasa cek sampai 2  bulan... tapi yang pasti cek nuffnang akan sampai..


6. Ada ke orang yang nak klik iklan ni?

Kebarangkalian untuk klik memang rendah, sebab tu kita kena ada follower atau ramai pengunjung yang datang blog kita. Boleh dikatakan 10:1, maksudnya 10 orang yang berkunjung ke blog kita, hanya ada seorang yang akan tekan iklan tersebut. Kalau kita dapat tingkatkan pengunjung, bermakna pendapatan kita akan turut sama meningkat.


7. Boleh ke klik iklan di blog sendiri?

Soalan ni, ramai yang tanya dekat Cik Ti, jawapannya JANGAN sesekali klik iklan sendiri, takut nanti fraud. apa tu fraud? maksud fraud ni penipuan, menjadi kesalahan sekiranya melakukan perbuatan fraud ni, silap2 encik Nuff beku kan pendapatan korang.

Tapi tak salah kalau nak klik, sekiranya korang minat dengan iklan tersebut, iklan terbaru daripada encik nuff dalam blog Cik Ti, iklan U Mobile, Cik ti pun klik iklan, sebab ada kawan2 yang tanya tentang simcard U Mobile ni... tak kan iklan dah ada dalam blog, tapi kita sebagai blogger tak tahu serba sedikit tentang iklan tersebut kan.. Cik Ti pun ada buat review pasal U Mobile ni.


8. Macam mana nak naikkan trafik dan ramaikan pengunjung ke blog kita?

Dengan kemasikini blog setiap hari, post yang dibuat mestilah dengan tajuk yang hits.. setakat ni Cik Ti pun tak ada lagi post yang hits.. harap-harap post ni boleh mendapat sambutan yang tinggi.

9. Cara nak daftar dengan Nuffnang

Boleh klik dekat gambar Nuffnang, macam dekat atas dalam blog Cik Ti ya, nanti dia kan terus ke website Nuffnang, dan boleh la mendaftar dekat sana.

Macam mana nak masukkan code dan template design iklan nuffnang dalam blog? In Sya Allah, kalau berkesempatan Cik Ti akan terangkan dalam next entry ya..

CPUV dan BE nanti kalau Cik Ti dah dapat, Cik Ti share..

Macam biasa, kalau ada sebarang masalah atau pertanyaan, boleh la tinggalkan dekat comment dibawah ya.
 



Monday, May 16, 2016

U Mobile

Assalamualaikum,

Pagi ni Cik Ti nak cerita Pasal U Mobile..

1. Ada yang tanya Cik Ti kenapa harga Sim Card U Mobile ni mahal? sampai RM30.00...

  • Cik Ti pun baru beli sim card U Mobile, lepas tengok iklan U Mobile ni rasa tertarik Cik Ti nak cuba, tapi harga simcard ni cuma RM8.50 je, Cik ti beli dekat 7 Eleven je.. so, kepada pembaca2 yang nak beli Sim Card U Mobile ni boleh la beli dekat 7 E ya.



2. Apa yang buat Cik Ti tertarik nak beli Sim Card U Mobile ni?

  • Sebab utama Cik Ti, korang boleh terus top up dekat website dia, boleh tekan SINI untuk terus ke website U Mobile ya. Memandangkan cik Ti bekerja dekat tingkat 2, memang malas la nak turun bawah, dah senang la nak top up sekarang...



3. Apa lagi keistimewaan ni guan Sim Card U Mobile ni?

  • Cik Ti baru je guna sim card ni, lepas tengok iklan jugak... so, Cik Ti tak dapat nak rasa lagi keistimewan yang lain, ni review daripada pembaca blog Cik Ti, katanya buat panggilan dengan U Mobile lebih murah dan jimat. Internet pun laju. 
  • U Mobile ni ada point, maksudnya kita boleh kumpul mata dan tebus, haiah mesti dapat top up kan.. U Mobile ni lain sikit, reward yang dia bagi selain daripada boleh tebus top up, ada voucer zalora, voucher agoda, boleh la tempah hotel, Groupon vourcer, Voucher makan Papa John's, yang lain-lain korang boleh tengok website dia ya.
Setakat ni, tu je yang Cik Ti boleh bagi review, kalau dah lama guna In Sya Allah boleh bagi review yang lain..

Selamat mencuba U Mobile Sim Card..

Jangan segan-segan tinggalkan komen korang dekat bawah ni ya..


Sunday, May 15, 2016

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Assalamualaikum..

seperti yang Cik ti janji..


entry kali ni Cik Ti nak bagi sedikit informasi mengenai CKHT..



1. Apa itu CKHT? 

   
CKHT bermaksud Cukai Keuntungan Harta Tanah adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan   daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain). 

2. Individu yang dikenakan CKHT?
Pelupus (penjual) yang ingin menjual atau melupuskan harta nereka, harusla mengistiharkan pelupusan dan pemerolehan tersebut kepada LHDN (lembaga Hasil Dalam Negeri).

3. Cara menghantar CKHT:-
  • Mengisi Borang CKHT 1A atau CKHT 3 (bagi pelupus) dan CKHT  3 (bagoi pemeroleh) dengan lengkap dan betul.
  • Melampirkan salinan bukti pemerolehan dan pelupusan.
# bagi pelupusan harta tanah Perjanjian Jual Beli bersetem/KTN 14A bersetem/Memorandum Pindah Milik bersetem.

  • Melampirkan dokumen sokongan tuntutan perbelanjaan.
  • Mengemukakan Borang CKHT 1A atau CKHT 2A dan CKHT 3 dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh pelupusan aset atau syer dalam SHT.
  • Mengisi borang Perakuan Pemilihan Pengecualian Cukai untuk pelupusan kediaman persendirian di bawah Perenggan 9 Jadual 3 (Seksyen 8) ACKHT 1976 jika memilih untuk memohon pengecualian tersebut.
  • Mengisi CKHT (boleh klik disini untuk dapatkan borang CKHT) (Notis Pemberitahuan Maklumat di bawah seksyen 27 ACKHT 1976) sekiranya memilih supaya pemeroleh tidak memegang simpan dan meremitkan 3% daripada jumlah wang balasan atau kesemua wang berkenaan yang mana lebih rendah kepada LHDN dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh pelupusan aset

4. Pengecualian bayaran CKHT

  •  bagi pelupusan yang tidak layak dikenakan cukai dalam keadaan berikut:
a) Aset yang dilupuskan telah dimiliki lebih daripada lima (5) tahun; atau
b) Pelupus membuat pemilihan pengecualian cukai untuk pelupusan kediaman persendirian di bawah Perenggan 9 Jadual 3 (Seksyen 8) ACKHT 1976; atau
c) Pelupusan aset adalah dengan cara pemberian tanpa apa-apa balasan di bawah perenggan 12 Jadual 2, ACKHT 1976.
  • Melampirkan CKHT 3 bersama-sama Borang CKHT 1A , 2A dan mengemukakan ke LHDNM. CKHT 3 tidak akan diproses sekiranya gagal dikemukakan dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh pelupusan.

5. Jumlah bayaran yang dikenakan?
Amaun pegangan oleh pemeroleh adalah 3% daripada harga balasan atau kesemua wang balasan, yang mana lebih rendah. Pemeroleh dikehendaki meremitkan amaun tersebut kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pelupusan. Amaun wang yang diremitkan akan digunakan bagi membayar keseluruhan atau sebahagian cukai dikenakan ke atas pelupus.  


6. Denda, jika gagal membayar?
Jika pemeroleh gagal meremitkan amaun berkenaan, denda 10% dikenakan. Amaun sepatutnya diremit dan denda tersebut merupakan hutang kepada kerajaan dan hendaklah dibayar kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). 



7.  Bayaran balik kepada pelupus.
LHDN akan memproses semula  taksiran dan sekiranya akaun pelupus berbaki kredit (mempunyai amaun boleh dibayar balik) bayaran balik akan dilakukan.
Bayaran balik boleh berlaku dalam keadaan berikut :
  • Perjanjian Jual Beli dibatalkan;
  • Pelupusan yang mendapat pengecualian cukai;
  • Kes tidak kena cukai; atau
  • Cukai terlebih bayar.

Diharap penerangan ini dapat membantu pembeli dan penjual dalam proses penjualan

Intekma Resort

Assalamualaikum semua,

Hari ni Cik Ti nak kongsi pasal Intekma Resort yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Selain terdapat bilik hotel, Intekma juga menawarkan bilik jenis apartment 1 bilik, 2 bilik, junior suit dan sebagainya.

Cik Ti duduk dekat apartment 1 bilik, so boleh review pasal apartment ni je la ya..

Apartment 1 bilik ni bertangga ya, bagi yang ada anak kecil dan warga emas atau orang kurang upaya tak digalakan duduk dekat bilik ni. Kenapa?

i. Takut anak2 jatuh, terutamanya jika rumah kita tak ada tangga, anak2 confirm naik turun tangga.

ii. Warga emas dan OKU susah nak naik turun tangga, sebab bilik air dan katil dekat tingkat 1, kalau nak tengok tv, kena turun bawah la..

Korang boleh la view gambar2 dekat bawah ya, nak baca panjang2 pun penat kan..😆


Tangga berpusing


Ruang tamu, memang besar, kalau bawa toto boleh tido 2 family dekat bawah ni.
Perabot memang antik la..


Ni bahagian dapur, diasingkan dengan sebuah pintu, apa dalam bekas coklat tu? Jangan kata harta karun ya..haha..


Dalam bekas tu, diletak cawan dan nescafe 3 in 1, antik kan bekasnya


Ni gambar bilik tidur dibahagian atas, ada 4 buah katil single, memang boleh tido 4 orang, Cik Ti satu family muat je tido dekat katil ni.. cuma dia tak ada bilik, maksudnya sebelah kiri ada 2 single katil dan sebelah kanan ada 2 single katil, ruang memang luas..



Dekat bilik air ada tab mandi ya..memang seronok budak2..tp, bukan semua bilik apartment 1 bilik ni ada tab, ada yg tak ada..


Sarapan pagi untuk 4 orang ya.. kanak2 umur 6 tahun keatas baru dikira ya..bawah 6 tahun free..



Selamat beristirehat di Intekma ya.

Harga RM170 sebab cik ti guna goverment rate. Cara nak boking boleh terus call intekma untuk booking (x ada bayaran yang dikenakan), atau boleh booking terus dekat website intekma atau dekat booking.com. Cik Ti, pernah dapat harga yang murah tau..kena rajin la semak website dan booking awal ya sebab intekma selalu penuh terutama time uitm convo..

Fasiliti lain yang ada, kolam renang..

Boleh tinggalkan komen kepada sesiapa yang dah pernah duduk dekat intekma ni atau nak buat pertanyaan ke, in sya allah Cik Ti akan cuba jawab ya..






Monday, May 9, 2016

Proses Jual Beli Rumah

Assalamualaikum,

Entry kali ni Cik Ti nak kongsi tentang proses jual beli rumah.

Dah jumpa rumah yang diidamkan? Tapi macam mana proses untuk tukar nama dan pinjaman? Berapa nilai hartanah? Layakkan saya? Berapa fee peguam? Boleh ke saya buat pindahmilik sendiri?

Kita kupas satu persatu..

Untuk proses jual beli ia melibatkan lebih dariapa dua pihak, yang mana ada diantara yang memakai khidmat pihak ketiga atau lebih dikenali sebagai broker dan pihak keempat dikenali sebagai pihak pemberi pinjaman atau bank dan kelima pihak peguam.


Pembeli:

1. Pembeli haruslah mendapatkan salinan Suratan Hakmilik (copy geran) rumah daripada pihak penjual, salinan geran ini haruslah diserahkan kepada pihak bank beserta dengan slip gaji pembeli, dengan adanya salinan geran tersebut pihak bank dapat memberikan harga pasaran rumah tersebut serta kelayakan pinjaman pembeli. (ini sekiranya pembeli berhasrat membeli dengan membuat pinjaman bank).

# ada juga sesetengah bank yang perlukan Perjanjian Jual Beli terlebih dahulu, sebelum dapat memberi anggaran pinjaman (lebih baik korang cari bank yang boleh berikan nilaian rumah tanpa ada nya Perjanjian jual Beli terlebih dahulu) .

# Sekiranya korang dah tanda tangan perjanjian Jual Beli, dan loan tidak diluluskan, takut Deposit korang hangus nanti, dan takut jugak dikenakan interest sebab lewat..

2. Pembeli boleh juga membuat Pinjaman Kerajaan di Lembaga Pinjaman dan Perumahan Sektor Awan (LPPSA) (ni bagi yang bekerja kerajaan sahaja ya), korang boleh takan SINI 

# untuk pinjaman kerajaan ni, wajib ada Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement (SnP)

3. Fee Peguam - Pembeli akan dikenakan 2 bayaran, yang pertama bayaran bagi pindahmilik daripada penjual kepada pembeli dan satu lagi bayaran dokumentasi loan yang bermaksud gadaian kepada bank atau LPPSA. Bayaran fee adalah bergantung sepenuhnya kepada haga jual beli rumah, yuran guaman bagi 100,000 ribu yang pertama adalah 1% daripada harga jual beli, selebihnya akan didarapkan dengan 0.7%.

# Ianya berbeza dengan Notis Taksiran yang dikenakan ianya akan mengikut nilai pasaran atau harga jual beli yang mana nilainya lebih tinggi (untuk mudah difahami, nilai rumah 200,000 ribu, tapi kita beli 185,000 ribu, notis dikira daripada nilaian 200,000 ya).

# Teknik Pengiraan Notis Taksiran :-

100,000 x 1%
100,00 ribu yang berikutnya x 2%

jumlah yang perlu dibayar adalah RM3,000.00

# Perlu pakai duit kita ke? Ya, Notis perlu dijelaskan sendiri oleh pembeli


4. Soalan yang selalu ditanya boleh tak saya buat pindahmilik sendiri?

i. Ya, sekiranya tidak melibatkan pinjaman, maksudnya korang nak beli secara tunai, bolehla lakukan transaksi jual beli tu sendiri tanpa melibatkan peguam, tapi ada risiko.. apa risikonya?

- Pembeli selalunya akan menjelaskan keseluruhan harga beli kepada penjual, tetapi proses tukar nama belum dilaksanakan.

- takut ada kaveat keatas tanah tersebut. Apa tu kaveat.. keaveat bermaksud sekatan terhadap tanah tersebut oleh pihak ketiga (selalunya kaveat dimasuk kan kerana beberapa faktor seperti tanah tersebut dipajak kepada individu lain)

- pembeli selalunya berfikir nak kurangkan kos, jadi mengambil keputusan untuk melaksanakan jual beli sendiri, tapi berhati2 ya, kerana banyak kes penipuan, tak salah keluarkan sedikit modal, untuk menjaga kepentingan kita sebagai pembeli.

sekiranya ada sebarang pertanyaan, bnoleh tinggalkan komen, Cik Ti akan sedaya upaya menjawab.

Next Entry Cik Ti akan bincangkan isu CKHT (Cukai KEuntungan Harta Tanah)..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...