Monday, May 9, 2016

Proses Jual Beli Rumah

Assalamualaikum,

Entry kali ni Cik Ti nak kongsi tentang proses jual beli rumah.

Dah jumpa rumah yang diidamkan? Tapi macam mana proses untuk tukar nama dan pinjaman? Berapa nilai hartanah? Layakkan saya? Berapa fee peguam? Boleh ke saya buat pindahmilik sendiri?

Kita kupas satu persatu..

Untuk proses jual beli ia melibatkan lebih dariapa dua pihak, yang mana ada diantara yang memakai khidmat pihak ketiga atau lebih dikenali sebagai broker dan pihak keempat dikenali sebagai pihak pemberi pinjaman atau bank dan kelima pihak peguam.


Pembeli:

1. Pembeli haruslah mendapatkan salinan Suratan Hakmilik (copy geran) rumah daripada pihak penjual, salinan geran ini haruslah diserahkan kepada pihak bank beserta dengan slip gaji pembeli, dengan adanya salinan geran tersebut pihak bank dapat memberikan harga pasaran rumah tersebut serta kelayakan pinjaman pembeli. (ini sekiranya pembeli berhasrat membeli dengan membuat pinjaman bank).

# ada juga sesetengah bank yang perlukan Perjanjian Jual Beli terlebih dahulu, sebelum dapat memberi anggaran pinjaman (lebih baik korang cari bank yang boleh berikan nilaian rumah tanpa ada nya Perjanjian jual Beli terlebih dahulu) .

# Sekiranya korang dah tanda tangan perjanjian Jual Beli, dan loan tidak diluluskan, takut Deposit korang hangus nanti, dan takut jugak dikenakan interest sebab lewat..

2. Pembeli boleh juga membuat Pinjaman Kerajaan di Lembaga Pinjaman dan Perumahan Sektor Awan (LPPSA) (ni bagi yang bekerja kerajaan sahaja ya), korang boleh takan SINI 

# untuk pinjaman kerajaan ni, wajib ada Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement (SnP)

3. Fee Peguam - Pembeli akan dikenakan 2 bayaran, yang pertama bayaran bagi pindahmilik daripada penjual kepada pembeli dan satu lagi bayaran dokumentasi loan yang bermaksud gadaian kepada bank atau LPPSA. Bayaran fee adalah bergantung sepenuhnya kepada haga jual beli rumah, yuran guaman bagi 100,000 ribu yang pertama adalah 1% daripada harga jual beli, selebihnya akan didarapkan dengan 0.7%.

# Ianya berbeza dengan Notis Taksiran yang dikenakan ianya akan mengikut nilai pasaran atau harga jual beli yang mana nilainya lebih tinggi (untuk mudah difahami, nilai rumah 200,000 ribu, tapi kita beli 185,000 ribu, notis dikira daripada nilaian 200,000 ya).

# Teknik Pengiraan Notis Taksiran :-

100,000 x 1%
100,00 ribu yang berikutnya x 2%

jumlah yang perlu dibayar adalah RM3,000.00

# Perlu pakai duit kita ke? Ya, Notis perlu dijelaskan sendiri oleh pembeli


4. Soalan yang selalu ditanya boleh tak saya buat pindahmilik sendiri?

i. Ya, sekiranya tidak melibatkan pinjaman, maksudnya korang nak beli secara tunai, bolehla lakukan transaksi jual beli tu sendiri tanpa melibatkan peguam, tapi ada risiko.. apa risikonya?

- Pembeli selalunya akan menjelaskan keseluruhan harga beli kepada penjual, tetapi proses tukar nama belum dilaksanakan.

- takut ada kaveat keatas tanah tersebut. Apa tu kaveat.. keaveat bermaksud sekatan terhadap tanah tersebut oleh pihak ketiga (selalunya kaveat dimasuk kan kerana beberapa faktor seperti tanah tersebut dipajak kepada individu lain)

- pembeli selalunya berfikir nak kurangkan kos, jadi mengambil keputusan untuk melaksanakan jual beli sendiri, tapi berhati2 ya, kerana banyak kes penipuan, tak salah keluarkan sedikit modal, untuk menjaga kepentingan kita sebagai pembeli.

sekiranya ada sebarang pertanyaan, bnoleh tinggalkan komen, Cik Ti akan sedaya upaya menjawab.

Next Entry Cik Ti akan bincangkan isu CKHT (Cukai KEuntungan Harta Tanah)..



5 comments:

  1. Terima kasih kerana tips yang diberikan

    ReplyDelete
  2. Snp dah byr.... settle.

    Cuma tak faham Fee Peguam - Pembeli akan dikenakan 2 bayaran.
    Disenangkan crita... brapa agak2 jumlah kos bg kedua2 jenis bayaran fee guaman bagi pindahmilik daripada penjual kepada pembeli dan bayaran dokumentasi loan yang bermaksud gadaian kepada bank atau LPPSA. Utk jumlah loan lppsa 300k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Abas snp dah bayar, maksud nya harga jual beli dah bayar, atau harga penyediaan dokumentasi snp dah dibayar (maksudnya fee peguam ke?)

      2 bayaran bermaksud, bayaran pertama utk proses tukar nama kepada pembeli dan penjual.. bayaran kedua untuk gadaian dan dokumen security bank antara pihak pembeli dan bank.

      Anggaran untuk kedua-dua bil dalam 5 ribu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...