Saturday, May 7, 2016

Passport Kumpulan

Assalamualaikum,

Pernah dengar tak mengenai Passport berkumpulan (Group Passport)?



Passport berkumpulan mempunyai tujuan yang sama seperti passport biasa iaitu untuk keluar negara.

Cuma perbezaannya Passport Kumpulan ini membolehkan maxima seramai 20 org peserta dan minima 5 org peserta didalam satu passport.

Maksudnya kena lebih daripada 5 org kalau nak mohon Passport kumpulan ni...

Better lebih daripada 6 orang, sebab jika kurang daripada 5 org yg dapat pergi, passport ni tak dapat digunakan ya..

Dan tak boleh melebihi 20 orang dalam satu kumpulan, kalau kata ada 30 orang boleh la buat 2  passport ya..

Seorang ketu harus la dilantik, dan sekiranya ketua yg tidak dapat pergi, passport tak dapat digunakan..so, pilih la ketua yang betul2 boleh merancang perjalanan dengan baik ya.

Semua peserta perlu hadir di pejabat Imigresen untuk cop cari ya, tak boleh nak wakil2..hehehe dan sila sertakana 2 keping gambar ukuran passort dengan berlatar belakang warna biru ya.. Cik Ti pergi kedai gambar dia kata kena latar belakang putih, latar belakanh putih untuk jenis passport biasa shj dan itu pun sekiranya individu tu tua, sakit atau oku kerana Jabatan Imigresen akan menangkap gambar korang semasa membuat passport nanti (sama macam ambil gambar kad pengenalan tu..hehehe)

Apa kelebihan Group Passport ni? Tentu la ianya lebih jimat daripada Passport biasa.

Kos passport dewasa RM200 selama tempoh 5 tahun bagi kanak2 dan warga emas pula RM100 bagi tempoh 5 tahun.

Kos Group Passport adalah RM200 untuk max 20 org.. Jatuh RM10 seorg je la kena bayar..klu 6 org je..harga tetap sama ya..

Group Passport ni sangat sesuai untuk golongan pelajar sebab Group Passport ni hanya boleh digunakan sekali sahaja..

Setelah digunakan, passport tersebut tidak boleh diguna semula utk ke destinasi yang lain. Dua hala, pergi dan balik je ya..

Sila pastikan passport dicop di imigresen malaysia dan negara yang korang nak pergi tu... Cik Ti pernah ditahan kerana x perasan x ada cop Imigresen..kena tunggu proses diaorg la..baru boleh balik Malaysia..

Passport ni tahan 6 bulan selepas korang daftar ya..kalau dah planning2 tu buat cepat..sebab passport ni x siap dlm satu hari macam passport biasa tau.. passport ni siap dalam masa seminggu dari tarikh korang daftar.

Berapa lama boleh stay dkt negara org? Korang bolej stay berapa lama pun (maksudnya boleh bermalam dkt sana, x perlu balik hari) mcm passport biasa..cuma dah balik tak dapat la nak masuk balik, walaupun ada barang tertinggal..sedih..

Cik Ti harap perkongsian hari ni dapat membantu



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...