Monday, May 2, 2016

Tips dan pengalaman bercuti di Singapura bersama anak-anak




Assalamualaikum...

Hari ni Cik Ti nak share tips bercuti bersama anak-anak..

Ramai yang bertanya dekat Cik Ti, "tak susah ke bawa anak-anak ni", "eh, kecil-kecil lagi dah bawa berjalan ya", "tak penat ke?"...

Ni cuma pandangan Cik Ti ya... Nabi Muhammad S.A.W sendiri menuntut hambannya menuntut ilmu... bak kata pepatah melayu "Jauh perjalanan Luas pengetahuan".. Anak-anak lebih mudah belajar daripada apa yang mereka lihat dengan mata, dan sentuh dengan tangan..

sebelum Cik Ti melalut panjang2, Cik Ti nak bagi tips untuk bawa kanak2 bercuti dan pengalaman Cik Ti di Singapura.

dekat Johor Cik Ti pergi ke Terminal Larkin, cari bas warna kuning dengan nombor CW2, kanak-kanak percuma ya.. tiket untuk seorang terus ke Queen Street RM3.50 seorang, yang penting jangan buang tiket bas tu ya..sebab tiket tu kita kena tunjuk semula pada pemandu bas, kalau tiket hilang? kena bayar lagi sekali la jawab nya... huhuhuhu...

* dari Terminal Larkin kita akan turun di Kompleks Kastam (CIQ complex)
* dari CIQ complex, check passport, terus turun bawah amik bas yang sama ya CW2
* Bus akan membawa ke Woodlands imigration (korang kena isi siap2 borang putih ya.. borang tu boleh dapat dekat mana-mana hotel yang korang duduk or isi dekat imigration pun boleh)
* Time ni, korang kena turun dari bas dan cop passport sekali lagi dan turun kebawah semula dan cari semula bas yang sama tadi ya.

# dekat bawah tu dia dah siapkan loroang2 mengikut nombor bas, jadi beratur je la.. bus sampai dalam 5 minit je...



Bas dari woodlands ke Queen street mengambil masa lebih kurang 30min.

Tambang balik dari Queen Street ke JB adalah = SGD2.50

Destinasi pertama yang kami pergi ialah: -

1) Bugis Street - tempat membeli belah, time ni mak nor tak ingat dunia shopping, sebab MURAH katanya... mana tak nya 3 helai SD10, baju budak sehelai SD5, buah SD3... Cik Ti pun diam je la buat seketika... Hehehe... Cik Ti beli apa? Beli Keychain dengan baju je yang mampu...huhuhu
(Maaf ya, tak ada gambar dekat Bugis Street, sibuk shopping kan)...
# Masa Cik Ti pergi memang ramai orang, jadi sila berhati-hati bila bawa anak-anak bersama ya..

# Dekat baris Bugis Street, jadi boleh la beli kad ezlink dengan harga USD10, dalam tu ada USD5, boleh guna untuk naik bas dan MRT.. terpulang la nak top up duit dalam tu atau tak (macam touch and go).




# MRT Map, ambil dr pakcik google


#tips MRT.
a) kalau korang guna mesin untuk beli tiket, jangan susah hati klu x ada duit kecil, sebab mesin tu akan bagi baki 
b) untuk ke MRT Rafflese place ambil MRT yang berada di sebelah kanan..jangan bimbang ya, dekat atas pintu masuk ada ditulis kita berada di station mana, perhentian ke2 baru la sampai ke MRT Rafflese dan ambil masa dlm 5 minit je.. keluar je dari MRT korang akan nampak bangunan tinggi2,

Kelaur dari bangunan tu korang kena jalan kaki (agak jauh jugak ya, and korang kena tanya orang arah keluar ke merlion ni tau..)

2) Merlion - Lambang Singapura


Ni mini Merlion

Tempat-tempat menarik kat Singapore: -

a) Sekitar Arab Street/ Masjid Sultan


#sekitar arab street/ masjid sultan (Cik Ti cuma lalu je dekat kawasan ni, tak sempat nak singgah, sebab dah penat)


b)Marina Bay - diatasnya terdapat kolam renang


Nampak tak Marian Bay dekat belakang tu? Korang boleh naik atas tu tau..

c) Esplainade



Gambar bangunan yang tertutup tu nama nya Esplainade ... tak jauh dari Merlion tadi



# tips berada di Sinagpura, sila menyeberangi jalan di tempat yang sepatutnya ya..tak leh main cross2 je... nanti kena saman...

# Gula2 getah dilarang sama sekali dibawa masuk ke Singapura

# kenapa tak pergi uss... Cik Ti memang plan nak habiskan masa jalan2 sekitar Singapura je, sebab kalau pergi uss, kita akan habiskan masa satu hari dkt dalam tu... kenapa? sebab dah bayar mahal2 kan..tak kan nak main 1/2 day je kan..hehehe..

Kalau korang ada nak tanya apa2 boleh la, tinggalkan comment, In Sya Allah, Cik Ti akan balas...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...