Thursday, January 31, 2019

Buat Sendiri Perjanjian, sah atau tidak?

soalan yang cik ti dapat semalam sama ada perjanjian yang kita buat sendiri tu sah atau tak? atau perlu ke kita dapatkan cop peguam atau pesuruhjaya sumpah supaya perjanjian itu sah?

Untuk menjawab kedua-dua soalan ni, yang menentukan sama ada perjanjian yang dibuat itu sah atau tidak bergantung kepada perjanjian itu sendiri... mesti ramai yang tak faham kan... kita ringkas kan dekat sini perjanjian yang kita buat mestilah memenuhi krateria berkontrak seperti:-

1. Pembeli & Penjual 

2. Harga Jual Bel (Wajib ada balasan, maksudnya wajib ada harga jual beli, kalau tak ada harga jual beli maksudnya kita tidak terikat dengan kontrak jual beli,, bila tiada nilai balasan ianya lebih cenderung kepada kasih sayang, untuk balasan kasih sayang ni nanti cik ti akan cerita dalam next entry).

3. Time frame (Masa atau tempoh berkontrak) nak letak berapa bulan ke berapa tahun ke, tu terpulang la pada korang ya.

Isu bila tempoh perjanjian tu korang buat, contohnya selepas dapat duit pinjaman peribadi, jangan la letak lepas dapat duit pinjaman, sebab tempoh tu tak pasti.. dibuatnya pinjaman tu dapat lepas 3 tahun, tak menangis ke nak tunggu... bila la satu tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan tarikh tu relevant ya... contoh 3-6 bulan tu adalah tempoh yang cukup memadai bagi kedua2dua pihak.

4. Witness (Saksi) - bab ni yang korang selalunya akan kelam kabut nak pergi cari pesuruhjaya sumpah or peguam dengan pandangan yang kalau ada cop tu, perjnajian itu akan jadi sah or valid... and ada juga yang cari saksi sendiri... 

Pandangan atau pemikiran yang mengatakan dengan adanya cop daripada peguam or pesuruhjaya sumpah itu sah adalah TIDAK BENAR... 

maksud saksi tu, orang itu menyaksikan pembeli or penjual itu tandatangan perjanjian itu dihadapan dia, dan faham segala fakta yang ada didalam perjanjian itu.. itu sahaja... kalau korang minta peguam jadi saksi perjanjian yang korang buat sendiri, dia cuma akan sign untuk penyaksiaan sahaja... 

Contohnya andai kata perkara nombor 3 (Masa) tu korang tak letak dalam perjanjian korang, macam mana nak dikatakan perjanjian tu sah walaupun korang minta peguam jadi saksi.. maksudnya di sini perjanjian yang korang buat tu sendiri yang akan menentukan sama ada perjanjian korang tu sah atau pun tidak, sebab dekat malaysia kita ada Akta Kontrak.

Boleh atau tak cari saksi sendiri contoh kawan-kawan? semestinya BOLEH.. tapi jangan yang ada pertalian takut ada conflict of interest (maksudnya, takut nanti kalau kita suuruh isteri kita sign sebagai saksi, isteri kita mesti akan menangkan kita kan), sebab tu lebih baik cari orang ketiga seperti peguam sebagai saksi, selain peguam ni tak ada interest dia juga senang untuk dipanggil untuk menghadiri perbicaraan, kalau korang letak nama kawan sebagai saksi, kalau kawan tu gagal dikesan nanti macam mana? peguam ni kalau pindah mana pun kita still boleh cari di website malaysia bar.

Selepas tu, jangan lupa mati kan setem hasil pada perjanjian yang korang buat tadi. sebab ianya pun ada effect nanti.

Kalau tulis panjang berjela-jela nanti takut korang tak larat nak baca kan.. so kalau ada apa-apa soalan boleh je email or tinggalkan komen dekat bawah ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...