Monday, January 21, 2019

Perancangan Family Day di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Puteri Beach Resort, PD

Cik Ti dengan family plan nak buat family day untuk tahun 2019 ni... kita buat awal-awal tahun senang, sebab hujung-hujung tahun, banyak sangat program...

Disebabkan family cik ti ni besar jugak la, kita kena cari la tempat yang sesuai dengan tempat tidur dan makanan..kena bujet betul-betul bab ni, sebab before ni Cik Ti buat family day makanan tak cukup... budak-budak lepas mandi kolam selalunya akan makan banyak or senang cakap cepat lapar, makan, mandi, makan, mandi... tu je la kerjanya kan...

So, base on budak-budak suka mandi kolam, Cik Ti plan tahun ni nak buat family day dekat laut.. bagi budak-budak gembira.. 

But, before nak plan family day, kena la buat tempahan hotel awal, nak buat lambat pun tak ada masalah, cuma bayarannya mahal la...last minute kan.

Dissebabkan faktor family yang ramai dan memerlukan penginapan yang murah beserta berada di tepian pantai... hahahaha.. cik ti pilih, Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Puteri Beach Resort, PD.

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Puteri Beach Resort, PD, hanya di khas kan untuk kakitangan awam sahaja, untuk kakitangan swasta yang nak mohon juga boleh, tapi bayaran nya dengan rate hotel.

Untuk makluman kita kena mohon awal kalau tak memang sentiasa full booking. bagi kakitngan kerajaan boleh la gunakan kemudahan yang disedikana oleh kerajaan untuk bercuti dan boleh klik di http://www.bph.gov.my/ untuk membuat tempahan, tetapi sebelum boleh buat tempahan kena la buat pendaftaran dulu ya.

Dalam perancangan nak pergi ke:

1. Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang

2. Pd Ostrich Show Farm

3. Kota dan Muzium Lukut

4. Hutan Reakreasi Tanjung Tuan & Rumah Api Tanjung Tuan


Permainan untuk family Day:

1. susun puzzle

2. isi air dalam botol

3. tepung + gula-gula

4. istana pasir

5. pecah belon

disebakan cik ti belum pergi lagi, so tak ada la gambar-gambar yang boleh diberikan setakat ni... nanti cik ti update bila dah buat family day ya..







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...