Showing posts with label Perundangan. Show all posts
Showing posts with label Perundangan. Show all posts

Sunday, May 15, 2016

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Assalamualaikum..

seperti yang Cik ti janji..


entry kali ni Cik Ti nak bagi sedikit informasi mengenai CKHT..



1. Apa itu CKHT? 

   
CKHT bermaksud Cukai Keuntungan Harta Tanah adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan   daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain). 

2. Individu yang dikenakan CKHT?
Pelupus (penjual) yang ingin menjual atau melupuskan harta nereka, harusla mengistiharkan pelupusan dan pemerolehan tersebut kepada LHDN (lembaga Hasil Dalam Negeri).

3. Cara menghantar CKHT:-
  • Mengisi Borang CKHT 1A atau CKHT 3 (bagi pelupus) dan CKHT  3 (bagoi pemeroleh) dengan lengkap dan betul.
  • Melampirkan salinan bukti pemerolehan dan pelupusan.
# bagi pelupusan harta tanah - Perjanjian Jual Beli bersetem/KTN 14A bersetem/Memorandum Pindah Milik bersetem.

  • Melampirkan dokumen sokongan tuntutan perbelanjaan.
  • Mengemukakan Borang CKHT 1A atau CKHT 2A dan CKHT 3 dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh pelupusan aset atau syer dalam SHT.
  • Mengisi borang Perakuan Pemilihan Pengecualian Cukai untuk pelupusan kediaman persendirian di bawah Perenggan 9 Jadual 3 (Seksyen 8) ACKHT 1976 jika memilih untuk memohon pengecualian tersebut.
  • Mengisi CKHT (boleh klik disini untuk dapatkan borang CKHT) (Notis Pemberitahuan Maklumat di bawah seksyen 27 ACKHT 1976) sekiranya memilih supaya pemeroleh tidak memegang simpan dan meremitkan 3% daripada jumlah wang balasan atau kesemua wang berkenaan yang mana lebih rendah kepada LHDN dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh pelupusan aset

4. Pengecualian bayaran CKHT

  •  bagi pelupusan yang tidak layak dikenakan cukai dalam keadaan berikut:
a) Aset yang dilupuskan telah dimiliki lebih daripada lima (5) tahun; atau
b) Pelupus membuat pemilihan pengecualian cukai untuk pelupusan kediaman persendirian di bawah Perenggan 9 Jadual 3 (Seksyen 8) ACKHT 1976; atau
c) Pelupusan aset adalah dengan cara pemberian tanpa apa-apa balasan di bawah perenggan 12 Jadual 2, ACKHT 1976.
  • Melampirkan CKHT 3 bersama-sama Borang CKHT 1A , 2A dan mengemukakan ke LHDNM. CKHT 3 tidak akan diproses sekiranya gagal dikemukakan dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh pelupusan.

5. Jumlah bayaran yang dikenakan?
Amaun pegangan oleh pemeroleh adalah 3% daripada harga balasan atau kesemua wang balasan, yang mana lebih rendah. Pemeroleh dikehendaki meremitkan amaun tersebut kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pelupusan. Amaun wang yang diremitkan akan digunakan bagi membayar keseluruhan atau sebahagian cukai dikenakan ke atas pelupus.  


6. Denda, jika gagal membayar?
Jika pemeroleh gagal meremitkan amaun berkenaan, denda 10% dikenakan. Amaun sepatutnya diremit dan denda tersebut merupakan hutang kepada kerajaan dan hendaklah dibayar kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). 



7.  Bayaran balik kepada pelupus.
LHDN akan memproses semula  taksiran dan sekiranya akaun pelupus berbaki kredit (mempunyai amaun boleh dibayar balik) bayaran balik akan dilakukan.
Bayaran balik boleh berlaku dalam keadaan berikut :
  • Perjanjian Jual Beli dibatalkan;
  • Pelupusan yang mendapat pengecualian cukai;
  • Kes tidak kena cukai; atau
  • Cukai terlebih bayar.

Diharap penerangan ini dapat membantu pembeli dan penjual dalam proses penjualan

Monday, May 9, 2016

Proses Jual Beli Rumah

Assalamualaikum,

Entry kali ni Cik Ti nak kongsi tentang proses jual beli rumah.

Dah jumpa rumah yang diidamkan? Tapi macam mana proses untuk tukar nama dan pinjaman? Berapa nilai hartanah? Layakkan saya? Berapa fee peguam? Boleh ke saya buat pindahmilik sendiri?

Kita kupas satu persatu..

Untuk proses jual beli ia melibatkan lebih dariapa dua pihak, yang mana ada diantara yang memakai khidmat pihak ketiga atau lebih dikenali sebagai broker dan pihak keempat dikenali sebagai pihak pemberi pinjaman atau bank dan kelima pihak peguam.


Pembeli:

1. Pembeli haruslah mendapatkan salinan Suratan Hakmilik (copy geran) rumah daripada pihak penjual, salinan geran ini haruslah diserahkan kepada pihak bank beserta dengan slip gaji pembeli, dengan adanya salinan geran tersebut pihak bank dapat memberikan harga pasaran rumah tersebut serta kelayakan pinjaman pembeli. (ini sekiranya pembeli berhasrat membeli dengan membuat pinjaman bank).

# ada juga sesetengah bank yang perlukan Perjanjian Jual Beli terlebih dahulu, sebelum dapat memberi anggaran pinjaman (lebih baik korang cari bank yang boleh berikan nilaian rumah tanpa ada nya Perjanjian jual Beli terlebih dahulu) .

# Sekiranya korang dah tanda tangan perjanjian Jual Beli, dan loan tidak diluluskan, takut Deposit korang hangus nanti, dan takut jugak dikenakan interest sebab lewat..

2. Pembeli boleh juga membuat Pinjaman Kerajaan di Lembaga Pinjaman dan Perumahan Sektor Awan (LPPSA) (ni bagi yang bekerja kerajaan sahaja ya), korang boleh takan SINI 

# untuk pinjaman kerajaan ni, wajib ada Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement (SnP)

3. Fee Peguam - Pembeli akan dikenakan 2 bayaran, yang pertama bayaran bagi pindahmilik daripada penjual kepada pembeli dan satu lagi bayaran dokumentasi loan yang bermaksud gadaian kepada bank atau LPPSA. Bayaran fee adalah bergantung sepenuhnya kepada haga jual beli rumah, yuran guaman bagi 100,000 ribu yang pertama adalah 1% daripada harga jual beli, selebihnya akan didarapkan dengan 0.7%.

# Ianya berbeza dengan Notis Taksiran yang dikenakan ianya akan mengikut nilai pasaran atau harga jual beli yang mana nilainya lebih tinggi (untuk mudah difahami, nilai rumah 200,000 ribu, tapi kita beli 185,000 ribu, notis dikira daripada nilaian 200,000 ya).

# Teknik Pengiraan Notis Taksiran :-

100,000 x 1%
100,00 ribu yang berikutnya x 2%

jumlah yang perlu dibayar adalah RM3,000.00

# Perlu pakai duit kita ke? Ya, Notis perlu dijelaskan sendiri oleh pembeli


4. Soalan yang selalu ditanya boleh tak saya buat pindahmilik sendiri?

i. Ya, sekiranya tidak melibatkan pinjaman, maksudnya korang nak beli secara tunai, bolehla lakukan transaksi jual beli tu sendiri tanpa melibatkan peguam, tapi ada risiko.. apa risikonya?

- Pembeli selalunya akan menjelaskan keseluruhan harga beli kepada penjual, tetapi proses tukar nama belum dilaksanakan.

- takut ada kaveat keatas tanah tersebut. Apa tu kaveat.. keaveat bermaksud sekatan terhadap tanah tersebut oleh pihak ketiga (selalunya kaveat dimasuk kan kerana beberapa faktor seperti tanah tersebut dipajak kepada individu lain)

- pembeli selalunya berfikir nak kurangkan kos, jadi mengambil keputusan untuk melaksanakan jual beli sendiri, tapi berhati2 ya, kerana banyak kes penipuan, tak salah keluarkan sedikit modal, untuk menjaga kepentingan kita sebagai pembeli.

sekiranya ada sebarang pertanyaan, bnoleh tinggalkan komen, Cik Ti akan sedaya upaya menjawab.

Next Entry Cik Ti akan bincangkan isu CKHT (Cukai KEuntungan Harta Tanah)..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...