Sunday, June 5, 2016

Cara hilangkan Pecah / Ulser Mulut

Assalamualaikum,

Hari ni Cik Ti nak share tentang ulser mulut sebab Cik Ti kena nak dekat sesminggu. Pedih betul, masa kerja nak cakap dengan kawan dan client pun terpaksa tahan sakit.  
ulser mulut iaitu luka yang berbentuk tompokan putih, kemerah-merahan, Ulser ini selalunya tidak melebihi daripada dua atau tiga mm dan Sakit pada bahagian yang dijangkiti terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman. Selalunya akan terjadi berulang kali.
ulser ni akan berkurangan selepas 3-4 hari tetapi mengambil masa 7-14 hari untuk sembuh sepenuhnya.
Punca terjadinya ulser mulut

  • Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  • Daya menahan sakit yang lemah.
  • Kekurangan zat dalam makanan yang diambil terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi.
  • Tekanan perasaan (stress) akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir.
  • Alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
  • Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • Pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).
  • Kesan daripada radioterapi dan kimioterapi.

Kesan buruk ulser mulut ni pun banyak:
  • Kesakitan apabila nak bercakap, gelak, senyum, masa nak berus gigi, berkumur, makan dan minum. 
  • Hilang selera makan dan minum.
  • Panas badan. 
  • Dehidrasi (badan akan kekurangan air)
  • Sakit tekak 
  • Bila dah kena dehidrasi, bibir merekah dan luka.

Petua merawat ulser mulut


  • Air garam

Ini adalah cara tradisional dan pilihan ramai sejak dulu . Korang boleh berkumur dengan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut.

Cara ini merupakan cara untuk ulser mulut korang sembuh dengan cepat, tapi korang kena la tahan sakit ketika berkumur, pedih... Air garam dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.


  • Air baking soda

Korang boleh mencampurkan air dan baking soda dan diletakkan di bahagian ulser. Perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter luka terbabit.


  • Air kelapa

Air kelapa boleh menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser,ia juga bagus untuk kesihatan.


  • Marjerin

korang  letakkan marjerin di ulser sehingga marjerin cair. Amalkan selalu sehingga ulser tersebut sembuh. (Petua ini sesuai untuk kanak-kanak, sebab iainya tak menyakitkan)


  • Madu

Korang cuba letakkan madu di ulser tersebut sekaligus menyebabkan ulser tersebut semakin mengecut. (petua ni pun sesuai untuk kanak-kanak)


Mudah dan senang je kan. semua petua-petua ni kita boleh cuba untuk mengurangkan ulser mulut. 

Jadi lepas ni tak perlu korang risau lagi jika terjadi ulser mulut, cuba salah satu petua diatas. In sya allah  ianya dapat memabntu korang semua.


kesan ulser berbeza-beza pada setiap orang, dan biasa la ada yg rasi dengan petua ni, ada yang rasi dengan petua tu... yang penting korang dah berusaha. tapi paling berkesan buat cik Ti berkumur dengan air garam tu la, tapi kadang-kadang memang tak tahan pedih nya tu.. dalam 3-4 hari baru kurang pedihnya, tapi sehingga ke saat ni, ulser ni masih ada di dalam mulut Cik Ti.. harap-harap 1st Ramadhan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Semoga korang semua daapt menjalan ibadah puasa dengan sempurna, In Sya Allah, jangan lupa jaga kesihatan.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...