Sunday, July 3, 2016

Resepi Biskut Raya

Assalamualaikum,

Tak sedar, ktia dah berada di penghujung Ramadhan, sayang sungguh untuk meninggalkan Ramadhan..

Cik Ti mohon ampun dan maaf pada semua, sekiranya ada tersalah ungkapan atau perkataan di dalam artikel2 Cik Ti. 

Time hujung-hujung Ramadhan ni, ramai yang cari resepi biskut raya kan.. hari ni Cik Ti nak share 3 resepi Biskut Raya yang simple & ranggup.


Conflakes Madu

Bahan-Bahannya:

100g               Butter
200g               Conflakes
6 sudu besar   Madu
3 sudu besar   Gula
                       Cherry (jika suka)
                       Coklat Urai
                       paper cup (rasanya betul kot nama nya ni.. haha, bekas untuk kita letak conflakes yang                        dah siap nanti)


Cara-Cara:-

Cairkan butter, gula dan madu didalam kuali dengan api yang perlahan.. larutkan dan jangan sampai hangit ya.. kalau dia dah berbuih-buih tu, dah ok la tu..

Dalam bekas, masuk kan Conflakes dan Cherry (jika suka + badam (ni pun jika suka)).. Cik Ti, tak letak, sebab anak-anak tak berapa suka..

Tuang larutan madu tadi ke dalam conflakes (tuang sedikit-sedikit), supaya semua bahagian conflakes disaluti dengan madu.

Kemudian, boleh la disusun didalam paper cup, dan taburkan coklat urai diatas conflakes (coklat urai boleh digantikan dengan cherry atau badam).

Bakar sekejab, supaya conflakes lebih ranggup, Cik Ti bakar dlm 4-5 minit dengan suhu 150C, (ianya terpulang pada oven masing-masing).



Resepi Lidah Kucing Rainbow

Bahan-bahannya:-

250gm butter
175gm gula kastor
100ml putih telur (anggaran dalan 4 biji telur)
200gm tepung gandun
50 gm tepung jagung
1/4 sudu emplex
6 warna (merah, biru, kuning, hijau, ungu, oren)

# dulang khas lidah kucing (kalau tak ada boleh pakai dulang biasa, cuma ianya lebih nipis, dan size nya tak sama.. akan ada yang gemuk, yang pendek, yang tinggi, yang kurus.. hehehe)


Cara-caranya:-

Panaskan ketuhar terlebih dahulu

Griskan loyang dengan sedikit butter

Ayak tepung jagung, emplex dan tepung gandum, ketepikan

Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim (warna kuning kuning bertukar ke kuning pucat)

Masukkan putih teler, sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

Masukkan tepi yang telah diayak tadi, gaulkan dengan spatula hingga rata.

Bahagi kan adunan kepada 6 bahagian.

Setiap satu bahagian letakkan satu warna (letak setitik sahaja)

Masukkan adunan kedalam piping beg atau bag plastik, potong hujung munjung beg plastik/piping beg.

Paip kan ke dalam loyang.

Bakar dalam suhu 160C dalam 5 minit.

#kena berhati-hati supaya biskut tak bertukar warna..



Biskut Conflakes Ceri

Bahan-Bahan:

150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm badam cincang
1sd esen vanilla
ceri merah - dihiris panjang / dadu

Cara-caranya:-

satukan butter dan gula (guna spatula/senduk kayu je, bagi sebati) jangan guna mixer sebab kita tak nak biskut terlalu kembang masa bakar nanti

masukkan tepung gandum dan gaul sebati.

masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudian gaul rata,

sudukan / bulatkan atas loyang dan letak ceri diatas adunan tadi.

Bakar pada suhu 170C dalam 20-25 minit (bergantung pada oven masing-masing)


Setakat hari ni, baru 3 jenis je kuih raya, in sya allah coming soon lagi 2 jenis, lepas Cik Ti masak, Cik Ti update lagi 2 resepi ya... nak try dulu kan.. ngam ke tak sukatannya kan..

Nanti ada yg cuba tak menjadi pulak.. resepi yang dkt atas2 tu memang cik ti dah buat dan confirm sedap..

selamat mencuba dan selamat hari raya aidilfitri...

3 comments:

  1. Terima kasih CikTi bagi resepi yang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan sri, until now, tak dapat lagi resepi..

      Delete
    2. Puan sri, until now, tak dapat lagi resepi..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...