Wednesday, July 25, 2018

Resepi Nasi Lemak Milik Azlina Ina

Resepi ni Cik Ti ambil dari resepi Azlina Ina, resepi yang tak pernah mengecewakan.. Next time Cik Ti bagi gambar ya...

RESEPI NASI LEMAK SEDAP EMAK
💕Bahan-bahan (Sambal)
1 genggam ikan bilis belah rendam 1 jam
10 ulas bawang merah +2 labu bawang besar belah 4
4 ulas bawang putih (dikisar bwang merah dan putih td ketepikan)
15 hngga 20 tangkai cili kering rendam air panas tos dan kisar dgn sedikit air masak dan minyak( bg biji lada hancur)
sedikit gula melaka
sedikit asam jawa
garam.gula dan perise
Minyak masak
💕Bahan-bahan (Nasi)
ikut beras yg korg gune jugak ye.
sukatan paras air die
3 cawan beras
2 cawan santan pekat( kalau santan kotak 1 kotak 200ml)
3 cawan air
3-4 hirisan halia( mak xsuka bau halia jd ina jrg letak kalau masak)
2-3 helai daun pandan
3 ulas bawang merah hiris
5sb minyak masak
Sedikit garam
💕Cara-cara

👉Untuk sambal, masukkan minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih kisar td sehingga sedikit garing.Masukkan cili kisar dan kacau sekata dan terus masukkan ikan bilis yg dah direndam td dan 2@3sb gula biasa atau 1 keping dalam 100g gula melaka.masak api perlahan lg lama lg sedap kalau cikgu ina mmg akan lebih dr 30 mnt dah garing plus air lg sket2 smpai sambal betukar meroon dan minyak naik atas sambal mmg baru kaw sedap.last baru masuk garam n perise serta sedikit air asam jawa lebeh kurg 1sb dan ttup api.kalau masak sambal lama dia akan lebih tahan lama untuk niaga bagus masak lama sket sambal tu ok

👉Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air, garam, halia,bawang merah hiris dan daun pandan yang disimpul, minyak dan kacau rata. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Boleh juga kalau nak guna rice cooker.lepas 20 mnt kacau rata bg nasik lemak xbekerak di bawah.ttup permukaan periuk dgn baking paper baru ttup dgn penutup periuk lepas kacau2 nasik td kalau nak hasil lembut kalau kat kampung boleh letak daun pisang.
Boleh dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun..

Sunday, July 16, 2017

Blog bebas iklan

Assalamualaikum semua pembaca...

Agak lama juga Cik Ti menyepi... sibuk sebenarnya dengan tugasan seharian... and pening dok fikir macam mana nak remove ads dr blog cik ti ni..

Pernah tak baca blog yang penuh dengan iklan...aduhai pening kan... sama la macam blog Cik Ti ni... alhamdulilah satu iklan telah pun dikeluarkan...

Bukan pembaca je yang susah nak baca, Cik Ti sendiri pun rasa susah nak baca...masalahnya nak buang tak tahu macam mana kan...but now, alhamdulilah satu iklan telah pun dikeluarkan dari blog cik ti ni..
 
harap masih ada yang sudi singgah dan membaca di blog cik ti ni ya...

Sunday, March 19, 2017

Pra-Sekolah atau Tadika?

Assalamualaikum and good morning reader..

Mesti Ramai parents dalam dilema untuk memilih pra-sekolah atau tadika untuk si kecil kan...

Pendaftaran untuk mendaftar anak-anak yang berumur diantara 5 - 6 tahun untuk ke pra-sekolah telah dibuka, and tarikh tutup pada 30.05.2017 ni.. siapa yang belum mendaftar boleh la mendaftar dekat sini https://eprasekolah.moe.gov.my.

Pada tahun ni anak Cik Ti seorang di Pra-sekolah dan seorang lagi di Tadika.. kenapa letak dekat Tadika? sebab umur dia baru 4 tahun (sebenarnya 3 tahun 1 bulan) masa masuk sekolah dulu, sebab aimin lahir bulan 12.. Jadi, Cik Ti hantar dulu ke Tadika bagi membiasakan diri ke sekolah, dapat belajar bergaul dan dapat lebih perhatian dari pendidik, memandangkan di tadika terdapat pembahagian pelajar dan pendidik, jadi tumpuan dapat diberikan dengan sepenuhnya, cuma ianya berbayar.. sekiranya parents berkemampuan memang tak ada masalah..

Uwais dah 5 tahun, jadi Cik Ti daftarkan dia ke pra-sekolah, dan alhamdulilah ramai kawan-kawan dia yang juga mendaftar di Pra-sekolah yang sama..

Istilah pra-sekolah untuk golongan yang berpendapatan rendah?

Rasanya, bukan semua parents yang mendaftar anak dekat pra-sekolah ni berpendapatan rendah dan sederhana.. bagi Cik Ti, tak kira dekat mana kita hantar anak-anak kita, yang penting pendidik harus la yang terbaik... Pra-sekolah juga berbayar, tapi tidak la mahal... bayaran bulanan dibuat untuk kutipan sammbutan hari lahir, lawatan dan sebagainya.. jangan risau memang tak akan membebankan..

yang penting kita sebagai parents sepatutnya tahu dekat mana tahap pembelajaran anak-anak, bukan semata-mata mengharapkan pendidik.. sebab waktu anak di sekolah/tadika hanya 4 jam - 5 jam sahaja.

Bagi pandangan Cik Ti, tak kisah dekat mana kita hantar anak-anak kita, yang penting bimbingan dan pantauan dari ibu bapa sangat penting..

Alhamdulilah, Tadika dan Pra-Sekolah kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Uwais di Pra-Sekolah


Usaimin di Tadika

Monday, March 13, 2017

SEMAKAN SEMULA KERTAS PEPERIKSAAN

Entry kali ni Cik Ti nak cerita pasal semakan semula kertas peperiksaan, perasaan sekarang tengah berdebar-debar menunggu keputusan semakan semula, first time buat semakan semula.. Cik ti cuba google entry berkenaan semakan semula ni, tp tak banyak article untuk menenagkan diri Cik Ti untuk menunggu keputusan yang lagi seminggu nak keluar.

Before, buat keputusan untuk buat semakan semula paper tu, ambil masa berfikir dulu, jangan kelojoh sangat or sebab marah punya pasal terus buat rayuan semakan tanpa berfikir dengan jawapan yang kita buat dan carry marks yang kita dapat... takut-takut terus down pointer je nanti..

Cik Ti pun kadang-kadang menyesal jugak buat semakan semula ni, yo la takut jugak la kan.. jawapan tak seberapa, ada hati nak buat semakan semula... huhuhu...

Lepas dapat result yg tidak membanggakan tu, cik ti terus decide nak buat rayuan semakan tu, tak fikir panjang...rasa macam dah bagus jawapan tu... hahaha... (seriously, time tu je fikir macam tu) sekarang ni dah fikir maybe ada hikmahnya keputusan nya lecture bagi tu, maybe tak mengikut kehendak atau skema jawapan...

Walaupun apa pun keputusan yang kita dapat, Cik Ti percaya ada hikmah disebaliknya.. cuma sekarang kita tak nampak...

In Sya Allah Cik Ti will update keputusan rayuan semakan tu semula... tapi disaat ini sehingga result keluar next week, confirm tak tido lena and tak lalu makan la jawabnya... semoga semua yang buat semakan semula keputusan dapat keputusan yang terbaik.. Cik ti percaya, setiap keputusan yang dibuat tu dah difikirkan sebijak-bijak nya kan.. doakan Cik Ti juga berjaya ya..

p/s: Fikir sebelum bertindak..

Idea Goodies Bag Hari Lahir Anak

Assalamualaikum and good morning...

Firstly, cik Ti tak tau la nak buat review ke tak pasal Idea for goodies bag ni, sebab ada yang kata, siapa la nak baca kan...huhuhu... tapi, memandangkan Cik Ti pun, dok baca blog orang untuk dapatkan idea tentang goodies bag tiap-tiap tahun untuk hari lahir anak..so, cik ti nak kongsi juga la idea cik ti ni... hahaha..

Firstly.. sebab kan anak Cik Ti nak sambut birthday yg ke 5, so, cik ti decide nak bg 5 barang dalam goodies baa tu..

Majority parents tak bagi anak-anak makan gula2.. so Cik Ti letak 2 biskut dalam goodies bag.. tp boleh la gantikan dengan kismis ke..

5 barang dalam goodies bag:

1. Vitagen            - RM0.80
2. Biskut              - RM0.20
3. Biskut              - RM0.20
4. Puding             - Free (buat sendiri)
5. Tanah Liat       - RM1.30
6. kotak goodies  - RM0.10

Total  = RM2.60/bag (still murah rasanya)









Next Time, Cik Ti share tentang sambutan Hari Lahir pulak ya.. nak buat entry kali ni pun makan masa satu hari...

Kalau entry-entry Cik Ni membantu anda semua yang baca, boleh la follow Cik ti ya.. takut Cik Ti syok sendiri je... tulis bukan main, tapi tak ada org baca... hahaha


Wednesday, September 21, 2016

Blog bersawang

Assalamualaikum semua readers...

Blog Cik Ti ni dah bersawang, lama tak update, tengok byk jugak komen..

Maaf sebab Cik Ti lambar reply, sebab memang tak perasan ada email masuk or comment.. (padahal sebab lama sangat tak buka blog)...

Kalau comment adik-adik semua akak, tak balas, boleh email dekat Cik Ti siti_frc@yahoo.com... In Sya Allah Cik Ti balas, sebab selalu buka email ni...

Dan terima kasih, pada semua reader yang sudi berkunjung dkt blog Cik Ti, walaupun tak de update, maintain je org datang singgah.. thanks a lots..

sampai sini dulu, sebab kerja banyak mcm bangunan klcc, client semua nak cepat siap.. (padahal Cik Ti yang lambat buat) ...

Jumpa next entry..

Wednesday, August 24, 2016

Bayaran Nuffnang ditolak

Assalamualaikum reader,

Terima kasih kepada yang sudi singgah dekat blog Cik Ti,

Rindu sangat dah lama tak menulis.. tapi biasa la dik kerana kekangan waktu dan kesibukan bekerja, amanah yang diberi harus digalas dahulu..

Entry kali ni, Cik Ti nak share pasal bayaran nuffnang Cik Ti ditolak oleh Mr. Nuff.. invalid clik katanya or dalam bahasa mudahnya, penipuan atau lagi senang nak faham, klik sendiri punya iklan..
hmmm..

So, kepada blogger-blogger baru yang meletakkan iklan nuffnang korang please becareful ok, sebab invalid klik ni, kadang-kadang bukan korang yang klik pun, orang lain yg klik banyak-banyak, last-last masa nak keluar duit, Mr. Nuff kata invalid click..

Sedih jugak la, but for Cik Ti menulis bukan sebab nak dapatkan keuntungan semata, kalau dapat it's become bonus, kalau tak dapat pun tak apa...

Menulis Menenangkan dan Menghiburkan, kepada reader yang dapat ilmu daripada blog Cik Ti ni, harap dapat dimanfaatkan.

Jumpa lagi next entry.. Selamat Malam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...