Sunday, January 12, 2020

Refarm Kampar, Perak

Petang-Petang ni baru ada mood nak update new entry.. percutian singkat ke refarm kampar.. memang advice ke refarm kampar, sebab:-

1. jimat (tiket tak mahal)
2. boleh bawa makanan masuk (caj RM10.00)
3. habiskan hujung minggu bersama family tersayang.
4. ada mini zoo selain daripada mandi manda..


Refarm ni terletak di Kampar Perak, apa yang menarik dekat sini, tersedianya 2 kolam mandi yang agak besar, dan mini zoo. Yang bestnya dekat sini, makanan dibenarkan dibawa masuk, ala-ala berkhelah la... tapi disini tak ada slide2 macam dekat sunway tu, so korang jangan la mengharapkan benda-benda yang tak ada kan... hahahaha, tengok harga tiket nanti pun korang dah boleh tahu and jangan risau cik ti dah sediakan gambar-gambar untuk dinikmati.

Penginapan juga ada disediakan disini, kalau korang tak nak bermalam dekat sini, dia akan kira ikut jam... 

Before pergi mesti nak tahu harga tiket kan.. 

Dewasa            : RM10.00
Kanak- Kanak : RM5.00
Makanan         : RM10.00 



 Lepas bayar dapat la tiket macam dalam gambar dekat sebelah kanan atas tu...




                                  Jalan nak masuk, kena jalan kaki sikit la ya, nak ke kolam tu..





                                      Penunjuk arah, tak kan sesat... jangan risau... hahahaha

Nak ke mini zoo, tapi sorry ya semua, terlupa pulak nak ambil gambar-gambar haiwan dalam mini zoo ni..




Ni 1st Kolam, ada 2 kolam d










Selamat berhujung minggu dan bercuti semua... terima kasih berkunjung ke blog Cik Ti..

Thursday, January 31, 2019

Aiskrim Yogurt versi Azlina Ina

Kenapa Cik Ti suka letak resepi cikgu Azlina Ina dalam blog Cik Tisu? sebab majority resepi yang diberi oleh Azlina Ina ni setakat ni semuanya menjadi.. jadi Cik Ti siap-siap save dekat sini, sebab kalau dah save deakt sini, maksudnya Cik Ti akan buat and untuk share juga resepi ni buat semua, nanti kita boleh la bertukar-tukar komen...

Bahan- Bahan
* 1cwan penuh whipping cream
(Guna value pride jugak..)

* 1/2 cawan susu cair.
(Susu segar pun bule)

*1 sdb ovelette.
Putar 3 bhn ini dulu sampai gebu.
Tak perlu sampai kental.

Kmudian msukkn ..
* 1/2 cawan susu pekat manis.
* 2 cawan yogurts plain

Mix sume ni sampai kental dan gebu.

Sudukn dlm bekas selang seli dgn filling apa pun perisa.

Buh dlm piping bag yg filling tu..

Picit membulat keliling spya nmpk kt dinding bekas cawan tu layer2nya.

Klu nk add atasnya buah2 segar ckup stakat 3/4 isian shj. 

Simpn d pt ais beku slma 4jam 

Lepas tu letak la buah yg dipotong dadu kecil2. Dan sudukn sikit fillingnya.

Slmt mncuba.

Buat Sendiri Perjanjian, sah atau tidak?

soalan yang cik ti dapat semalam sama ada perjanjian yang kita buat sendiri tu sah atau tak? atau perlu ke kita dapatkan cop peguam atau pesuruhjaya sumpah supaya perjanjian itu sah?

Untuk menjawab kedua-dua soalan ni, yang menentukan sama ada perjanjian yang dibuat itu sah atau tidak bergantung kepada perjanjian itu sendiri... mesti ramai yang tak faham kan... kita ringkas kan dekat sini perjanjian yang kita buat mestilah memenuhi krateria berkontrak seperti:-

1. Pembeli & Penjual 

2. Harga Jual Bel (Wajib ada balasan, maksudnya wajib ada harga jual beli, kalau tak ada harga jual beli maksudnya kita tidak terikat dengan kontrak jual beli,, bila tiada nilai balasan ianya lebih cenderung kepada kasih sayang, untuk balasan kasih sayang ni nanti cik ti akan cerita dalam next entry).

3. Time frame (Masa atau tempoh berkontrak) nak letak berapa bulan ke berapa tahun ke, tu terpulang la pada korang ya.

Isu bila tempoh perjanjian tu korang buat, contohnya selepas dapat duit pinjaman peribadi, jangan la letak lepas dapat duit pinjaman, sebab tempoh tu tak pasti.. dibuatnya pinjaman tu dapat lepas 3 tahun, tak menangis ke nak tunggu... bila la satu tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan tarikh tu relevant ya... contoh 3-6 bulan tu adalah tempoh yang cukup memadai bagi kedua2dua pihak.

4. Witness (Saksi) - bab ni yang korang selalunya akan kelam kabut nak pergi cari pesuruhjaya sumpah or peguam dengan pandangan yang kalau ada cop tu, perjnajian itu akan jadi sah or valid... and ada juga yang cari saksi sendiri... 

Pandangan atau pemikiran yang mengatakan dengan adanya cop daripada peguam or pesuruhjaya sumpah itu sah adalah TIDAK BENAR... 

maksud saksi tu, orang itu menyaksikan pembeli or penjual itu tandatangan perjanjian itu dihadapan dia, dan faham segala fakta yang ada didalam perjanjian itu.. itu sahaja... kalau korang minta peguam jadi saksi perjanjian yang korang buat sendiri, dia cuma akan sign untuk penyaksiaan sahaja... 

Contohnya andai kata perkara nombor 3 (Masa) tu korang tak letak dalam perjanjian korang, macam mana nak dikatakan perjanjian tu sah walaupun korang minta peguam jadi saksi.. maksudnya di sini perjanjian yang korang buat tu sendiri yang akan menentukan sama ada perjanjian korang tu sah atau pun tidak, sebab dekat malaysia kita ada Akta Kontrak.

Boleh atau tak cari saksi sendiri contoh kawan-kawan? semestinya BOLEH.. tapi jangan yang ada pertalian takut ada conflict of interest (maksudnya, takut nanti kalau kita suuruh isteri kita sign sebagai saksi, isteri kita mesti akan menangkan kita kan), sebab tu lebih baik cari orang ketiga seperti peguam sebagai saksi, selain peguam ni tak ada interest dia juga senang untuk dipanggil untuk menghadiri perbicaraan, kalau korang letak nama kawan sebagai saksi, kalau kawan tu gagal dikesan nanti macam mana? peguam ni kalau pindah mana pun kita still boleh cari di website malaysia bar.

Selepas tu, jangan lupa mati kan setem hasil pada perjanjian yang korang buat tadi. sebab ianya pun ada effect nanti.

Kalau tulis panjang berjela-jela nanti takut korang tak larat nak baca kan.. so kalau ada apa-apa soalan boleh je email or tinggalkan komen dekat bawah ya.

Monday, January 28, 2019

Resepi Aiskrim Home made

Bahan-bahan Resepi Aiskrim
1 tin susu cair, ada juga yang guna susu Dutch Lady.
1 Sudu besar ovelatte atau ovalette.
1/4 tin susu pekat.
(bergantung kepada kemanisan yang korang suka ya.. kalau tak berapa suka manis letak 1-2 sudu pun dah cukup).
1 sudu kecil esen vanila.


Perasa Aiskrim:
Milo, pewarna stawbery, koko, chocolate rice 
(ni pun bergantung pada rasa yang korang suka, jangan letak perasa yang bukan-bukan sudah la).

Cara 
1. mix semua bahan. Boleh guna mixer, blender 
2. Mix lebih kurang 15 minit guna mixer dan blender. 
Kalau dah pekat likat tu dah oklah. Tak sampai 15 minit pun kadang dah likat. 
3. Kalau guna blender, disarankan buat sukatan separuh-separuh. 
Maksudnya buat setengah tin susu cair dan setengah bahan-bahan lain. 
Pastu buat lagi setengah sebab bila blend dia akan mengembang nanti, 
takut blender tak muat.

4. Kemudian, boleh bahagikan ikut perisa apa yang anda nak letak.kalau ada 3 perisa, boleh la bahagikan pada 3 bahagian ya... then boleh tabur kan dengan chocolate rice atas tu.
selamat mencuba semua, dah cuba nanti boleh la tinggal kan komen dekat bawah ni ya..

APAM KAMPUNG PANDAN versi Azlina Ina

Petang ni rasa macam nak makan apam je... ni resepi milik kak Azlina Ina, cik ti save dulu dekat sini, nanti senang-senang kita boleh la buat...

APAM KAMPUNG vesi PANDAN

Bahan - Bahan:-

Tiga setengah cawan tepung gandum
Satu cawan air pandan
5 helai daun pandan
blender dan tapis
Satu cawan santan
Satu cawan gula pasir
Satu paket yis mauripan (11 gram )
sedikit garam
Pewarna hijau sikit

Cara2
Satukan semua bahan dan blender sebati
Perap selama satu jam
sapu minyak pada acuan
Tuang adunan separuh acuan
Kukus selama lima belas minit atau sampai masak jgn lupa pengukus lapik dgn towel untuk elak air jatuh pd kuih. 
Dah masak, biarkan seketika. Bila sudah sejuk baru keluarkan dari acuan dan gaul bersama kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.


Wednesday, January 23, 2019

Resepi Semperit

Hari ni tiba-tiba nak update resepi semperit, masa raya hari tu ada buat sikit, tapi cuma tambah pewarna bagi colourful, hari ni kita tukar ke milo..


Bahan- Bahan:


250g butter cup
1/2 cawan susu pekat
1sk.esen vanila


kacau rata, kemudian masukkan


1sb tepung custard 
1/2 sb tepung beras



kacau lagi, kemudian masukkan


400g tepung jagung di tuang sedikit demi sedikit, kena extra tepung jagung ya, sebab takut doh masih melekat dekat tangan, kalau masih melekat, kena tambah tepung jagung tu sedikit lagi dan uli sampai tak melekat dekat tangan ya..

kemudian bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian..

1 bahagian letak 1/2 sudu serbuk coklat+ 1sudu serbuk milo + 1sudu kecil emolco coklat dan kacau rata

ambik sikit adunan coklat dan sikit adunan asal, gulungkan dan masuk kan dalam adunan semperit, kemudian tekan dan letak coklat chips..

panas kan oven 170 api atas bawah..masukkan semperit dalam oven 25 minit smpai masak.

gambar nanti cik ti update ya dan selamat mencuba ya.. 

Tuesday, January 22, 2019

Perjanjian boleh buat sendiri? guna pesuruhjaya sumpah atau peguam?

Semalam ada yang minta pandangan daripada cik ti tentang perjanjian, so hari ni cik ti nak bagi sedikit penerangan tentang perjanjian daripada sudut pandang cik ti... cik ti ulang sekali lagi ya, cuma dari sudut pandang cik ti sahaja.

Perjanjian jual beli, sewa, usahasama, pajakan dan lain-lain yang kita rasa perlu dibuat bagi menjamin keselamatan kedua-dua pihak sama ada pembeli atau penjual, tuan tanah atau penyewa dan sebagainya.

Ada yang kata atas dasar percaya, kita buat satu surat perjanjian dan minta cop daripada pesuruhjaya sumpah.

Untuk makluman dan pengetahuan, pesuruhjaya sumpah dilarang untuk menjadi saksi bagi apa-apa perjanjian seperti diatas. ramai yang datang jumpa cik ti dan tanya kenapa tak boleh jadi saksi? sebab dalam kaedah-kaedah pesuruhjaya sumpah 2016 serta pekeliling daripada Mahkamah telah melarangan sama sekali pesuruhjaya sumpah untuk menjadi saksi bagi sesuatu perjanjian.

Siapa yang boleh jadi saksi bagi perjanjian tersebut? kalau tanya dekat cik ti, cik ti akan suruh cari peguam untuk menjadi saksi kepada perjanjian tersebut.. kenapa? asyik kenapa je ya... untuk menjaga keselamatan untuk kedua-dua belah pihak... sebab bukan semua orang boleh dijadikan sebagai saksi, takut ada conflict of interest pulak nanti. jadi senang cerita cari orang tengah yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan dalam bidang ini dan semestinya la seorang peguam, ada juga sebab-sebab lain kenapa cik ti suruh refer ke peguam, salah satu sebab dia akan bagi advise dekat korang, dekat mana kekurngan perjanjian yang korang buat tu.. tp itu pilhan korang sama ada nak teruskan perjanjian tu or tak.

Apa yang perlu ada dalam perjanjian tu?
1. nama
2. no kad pengenalan
3. alamat
4. no hakmilik
5. alamat premis
6. terma bayaran
7. pendahuluan/ deposit
8. baki bayaran
9. tempoh bayaran

perkara-perkara dekat atas ni wajib ada.. wajib tau.. no.4 tu selalunya orang tak ada, so, before buat apa-apa perjanjian minta dulu salinan geran tanah or kereta atau apa-apa yang melibatkan perjanjian tersebut.

sebab bila tak ada no hakmilik tersebut, macam mana nak membuktikan korang menyewa, memajak atau membeli tanah tersebut. silap-silap tanah tu bukan milik penjual, lagi satu masalah nanti.

sekiranya korang nak lebih selamat, lebih baik gunakan perkhidmatan peguam dalam menyediakan perjanjian tersebut... dalam berapa ratus sahaja, daripada korang rugi beribu duit deposit dan deposit tu tak boleh nak tuntut semula, kerana ada keraguaan dalam perjanjian yang korang buat... jangan tak percaya, ada yang tak mengaku ambil deposit  dan sebagainya, ditambah lagi buat bayaran secara tunai. please ya, jangan buat bayaran secara tunai, transfer duit ke akaun penerima, slip transfer akan digunakan sebagai bukti pembayaran, atau pun boleh gunakan banker's cheque dan masa ni korang boleh gunakan surat akuan bahawa penjual/tuan tanah telah menerima wang tersebut dan boleh cop sumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah.

nak tanya apa-apa, boleh komen dekat bawah ya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...