Monday, May 2, 2016

Tips dan pengalaman bercuti di Singapura bersama anak-anak




Assalamualaikum...

Hari ni Cik Ti nak share tips bercuti bersama anak-anak..

Ramai yang bertanya dekat Cik Ti, "tak susah ke bawa anak-anak ni", "eh, kecil-kecil lagi dah bawa berjalan ya", "tak penat ke?"...

Ni cuma pandangan Cik Ti ya... Nabi Muhammad S.A.W sendiri menuntut hambannya menuntut ilmu... bak kata pepatah melayu "Jauh perjalanan Luas pengetahuan".. Anak-anak lebih mudah belajar daripada apa yang mereka lihat dengan mata, dan sentuh dengan tangan..

sebelum Cik Ti melalut panjang2, Cik Ti nak bagi tips untuk bawa kanak2 bercuti dan pengalaman Cik Ti di Singapura.

dekat Johor Cik Ti pergi ke Terminal Larkin, cari bas warna kuning dengan nombor CW2, kanak-kanak percuma ya.. tiket untuk seorang terus ke Queen Street RM3.50 seorang, yang penting jangan buang tiket bas tu ya..sebab tiket tu kita kena tunjuk semula pada pemandu bas, kalau tiket hilang? kena bayar lagi sekali la jawab nya... huhuhuhu...

* dari Terminal Larkin kita akan turun di Kompleks Kastam (CIQ complex)
* dari CIQ complex, check passport, terus turun bawah amik bas yang sama ya CW2
* Bus akan membawa ke Woodlands imigration (korang kena isi siap2 borang putih ya.. borang tu boleh dapat dekat mana-mana hotel yang korang duduk or isi dekat imigration pun boleh)
* Time ni, korang kena turun dari bas dan cop passport sekali lagi dan turun kebawah semula dan cari semula bas yang sama tadi ya.

# dekat bawah tu dia dah siapkan loroang2 mengikut nombor bas, jadi beratur je la.. bus sampai dalam 5 minit je...



Bas dari woodlands ke Queen street mengambil masa lebih kurang 30min.

Tambang balik dari Queen Street ke JB adalah = SGD2.50

Destinasi pertama yang kami pergi ialah: -

1) Bugis Street - tempat membeli belah, time ni mak nor tak ingat dunia shopping, sebab MURAH katanya... mana tak nya 3 helai SD10, baju budak sehelai SD5, buah SD3... Cik Ti pun diam je la buat seketika... Hehehe... Cik Ti beli apa? Beli Keychain dengan baju je yang mampu...huhuhu
(Maaf ya, tak ada gambar dekat Bugis Street, sibuk shopping kan)...
# Masa Cik Ti pergi memang ramai orang, jadi sila berhati-hati bila bawa anak-anak bersama ya..

# Dekat baris Bugis Street, jadi boleh la beli kad ezlink dengan harga USD10, dalam tu ada USD5, boleh guna untuk naik bas dan MRT.. terpulang la nak top up duit dalam tu atau tak (macam touch and go).




# MRT Map, ambil dr pakcik google


#tips MRT.
a) kalau korang guna mesin untuk beli tiket, jangan susah hati klu x ada duit kecil, sebab mesin tu akan bagi baki 
b) untuk ke MRT Rafflese place ambil MRT yang berada di sebelah kanan..jangan bimbang ya, dekat atas pintu masuk ada ditulis kita berada di station mana, perhentian ke2 baru la sampai ke MRT Rafflese dan ambil masa dlm 5 minit je.. keluar je dari MRT korang akan nampak bangunan tinggi2,

Kelaur dari bangunan tu korang kena jalan kaki (agak jauh jugak ya, and korang kena tanya orang arah keluar ke merlion ni tau..)

2) Merlion - Lambang Singapura


Ni mini Merlion

Tempat-tempat menarik kat Singapore: -

a) Sekitar Arab Street/ Masjid Sultan


#sekitar arab street/ masjid sultan (Cik Ti cuma lalu je dekat kawasan ni, tak sempat nak singgah, sebab dah penat)


b)Marina Bay - diatasnya terdapat kolam renang


Nampak tak Marian Bay dekat belakang tu? Korang boleh naik atas tu tau..

c) Esplainade



Gambar bangunan yang tertutup tu nama nya Esplainade ... tak jauh dari Merlion tadi



# tips berada di Sinagpura, sila menyeberangi jalan di tempat yang sepatutnya ya..tak leh main cross2 je... nanti kena saman...

# Gula2 getah dilarang sama sekali dibawa masuk ke Singapura

# kenapa tak pergi uss... Cik Ti memang plan nak habiskan masa jalan2 sekitar Singapura je, sebab kalau pergi uss, kita akan habiskan masa satu hari dkt dalam tu... kenapa? sebab dah bayar mahal2 kan..tak kan nak main 1/2 day je kan..hehehe..

Kalau korang ada nak tanya apa2 boleh la, tinggalkan comment, In Sya Allah, Cik Ti akan balas...


Thursday, April 28, 2016

Tips dan pengalaman bercuti di Legoland Team Park dan Water Park

Assalamualaikum,

Seperti yang Cik Ti janji, entry kali ni Cik Ti nak bagi tips bercuti di Legoland.

Kalau pergi satu hari confirm memang tak sempat nak explore semua tempat dalam team park.

Cik Ti ambil combo pack, satu hari boleh masuk team park dan water park..so, memang kena arrange masa betul2. Bila beli tiket combo ni, staff legoland akan cadangkan kita pergi ke water park dulu, sebab kalau hujan water park ni akan ditutup, but Cik Ti rasa sama je, sebab kalau hujan sesetengah mainan dlm team park pun akan ditutup. So, Cik Ti meneruskan untuk ke Taman tema Legoland dulu...

Dari pintu masuk, Cik Ti ambil sebelah kanan, sebab nak tuju bahagian permainan kanak2..

Cik Ti dah target, kena habiskan masa sehingga jam 2.00 petang sahaja di team park..

Tak banyak gambar yang Cik Ti dapat kongsikan, sebab aimin tak dapat main banyak permianan.. nak main permianan di Legoland ni, dia akan ukur ketinggian kanak2 ya.. 80cm dan keatas boleh main semua permainan.. bawah 80cm masih ada permainan untuk mereka, tetapi agak terhad..

Sila bawa baju sekali ya, walaupun tak main, silap2 basah jugak... hehehe

Jangan lupa ambil map Legoland ya..memudahkan nak pergi kemana-mana di dalam Legoland nanti..

Jom tengok gambar permainan yang ada di Taman Tema Legoland..


Harus la Bergambar di pintu masuk Legoland kan... hehehe


First permainan uwais ialah memandu kereta... Kalau datang dengan family, boleh minta salah seorang family member beratur di tempat permainan yang lain.. (hehehe).. tak perlu la nak beratur panjang kan...

# setiap tempat ada disediakan 2 bekas Lego, bagi kanak2 yang tak dapat main macam aimin, jangan risau ya... boleh main lego disini...

Selepas tu kami pergi 

i. main bot, 

ii. play ground (sementara tunggu en azmi beratur untuk main bot),

iii. naik kereta api yang mengelilingi hampir keseluruhan kawasan Legoland (best duduk dlm kereta api ni, rasa macam tak nak keluar... kenapa? sebab letih berjalan...hahaha... aimin pun siap boleh lena dalam keretapi ni)

iv. Bomba Station 

v. Kapal Terbang

vi. Movie (kami tak dapat tengok, sebab dia ada time)

vii. kemudian kami ke Star Wars Station - disini, kita akan tengok wayang dulu dalam 3-4 minit gitu, setelah habis kita boleh tengok Star Wars kecil dan ada sesetengahnya dibina daripada Lego dan paling best disetiap tempat terdapat butang hijau yang akan mengerakkan patung lego/ kapal/ pistol besrta dengan lampu dan bunyi...


budak2 memang tertarik la kan...


Ni pula menara... macam menara taming sari dekat melaka tu... dari atas ni kita akan nampak keseluruhan kawasan Legoland, lepas naik ni baru Cik Ti Perasan ada 2-3 tempat lagi yang Cik Ti tak pergi..


Jam dah menunjukkan 1.30 petang ok, so kena rushing, sebab nak masuk ke water park pulak kan...
jadi ada beberapa tempat yang Cik Ti tak dapat pergi...


Masuk Water park Legoland Cik Ti baru perasan tak ambil sekeping gambar pun... hehehe...
Time ni Cik Ti sibuk makan, letih berjalan dalm Legoland kan... anak2 pulak terus tukar baju dan terjun masuk kolam...

Legoland menyediakan baju keselamatan (namanya Cik ti tak ingat..huhuhu), jadi kanak2 boleh bermain air dengan selamat dan tak payah susah2 nak bawa pelampung dari rumah ya... Legoland ada menyediakan pelampung secara percuma...

minta maaf ya sebab tiada sebarang gambar yang Cik Ti dapat kongsikan...

Sebelum masuk Legoland tu, kami sempat la bersarapan di KFC yang berada bangunan yang berhadapan dengan Legoland dan sempat la berposing sikit.. hahaha..



untuk maklumat lajut boleh pergi ke website www.legoland.com.my ya...

Selamat bercuti dan berseronok di Legoland..











Pengalaman bercuti di Legoland Malaysia Resort

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua...

Nak kongsi pengalaman bercuti di Legoland...

Apa yang best dekat Legoland Resort ni dan kenapa perlu duduk dekat sini, dengan rate yang agak mahal (ni pandangan Cik Ti ya)...


Time ni dalam kereta, Cik Ti yang terlebih excited (hahahaha)... teruja dengan reka bentuk bangunannya...


Ni baru dekat luar Hotel...

Jom kita masuk dalam terokai apa yang ada..


Masuk je dalam budak-budak semua serbu beribu-ribu lego yang ada ... uwais dah dapat pedang lego... seriously memang teruja tengok budak2 kreatif membuat seni bina daripada lego.. Cik Ti pun tak mampu buat...


Patung kecik tu dibuat daripada lego tau...


Jangan terkejut tau.. gambar ni semuanya dibuat daripada Lego..


Siap 2 biji roket... (ni ambil orang punya je.. hahahaha)... nak buat memang Cik Ti tak tau...


And ada masa, patung- patung Lego ni akan keluar.. Jangan segan minta staff Legoland untuk ambil gambar ya.... sebab kalau kita tak minta, diaorg yang akan offer untuk tangkapkan gambar...



Lift dengan muzik dan lampu disko.. masa mula2 masuk lift tu aimin asyik tengok je lampu... time check out baru dia menari-nari dalam lift....

Banyak lagi aktiviti yang ada dekat Legoland ni, ianya berbeza mengikut hari dan bulan ya..

Hotel Activities - Banner
   Hotel Activities -01

(From 28 Apr - 31 May 2016)



LEGO® Ninjago
Colouring Activity
      9:00am - 7:00pm
(Except Mon, Wed & Sat from
     9am-10am/11am-4pm/5pm-7pm)    

LE GOTH (Play Well) with LEGO
*10:00am - 11:00am
*4:00pm - 5:00pm
Every Monday, Wednesday & Saturday


Building Activity Challenge
7:00pm - 10:00pm
    (Except Friday & Saturday
from 7:00pm - 8:00pm)


Movie Night
(Location - X BOX Area)
at 9:30pm

Dance with Characters
(Location - XBOX Area)
4:00pm

Minifigure Trading
at Lobby
9:00am - 6:00pm 
(Trade Your Favourite LEGO® Minifigure)
LEGO® Ninjago Mural
at Di Mattoni Restaurant
(For Dine in Guests Only)
5:00pm - 10:30pm

Little Chef - Pastry Making
at BRICKS Family Restaurant
(For Dine in Guests only)
7:00pm - 9:00pm

Bedtime Storytellling
at Lobby (Live)
Every Friday l 8:45pm
Special Performance
at Lobby (Don't Miss it!)
Every Saturday l 8:45pm

Dance Performance
at Lobby
(Catch Your Favourite Character)
Sunday l 10:45am


Cik ti and family ambil bilik bertemakan Adventure, ada jugak tema Kingdom and Pirate...  Apa yang best dalam bilik ni... ada Peti harta karun yang mana kita perlu la selesaikan soalan yang diberikan, baru la dapat nombor peti harta karun tu... jenuh jugak la Cik Ti cuba menjawab... (hahaha) susah jugak oooo soalan nya..

Adventure Themed


Ni pulak Restoran dia, Cik Ti and family sarapan disini, yang best nya dia tak kisah berapa orang yang masuk untuk makan... (hehehe), tapi make sure turun awal ya.. kalau tak kena tunggu giliran kalau nak masuk...

Restaurants & Bar

Cuma Cik Ti tak ssempat nak pergi swimming pool dia je... sebab sibuk dengan aktiviti2 dalam hotel je..

# kalau nak dapatkan potongan harga boleh la tinggalkan comment dan sertakan alamat email.. ada tips sikit.. sebab Legoland sentiasa buat promosi.. 

Next Entry Cik Ti cerita pulak kesoraonakan di Taman Tema dan Air Legoland ya...







Wednesday, April 27, 2016

Pengalaman buat blog

Assalamualaikum...

Cik Ti nak share pengalaman buat blog..

First of all, Cik Ti nak bagi tau tujuan Cik Ti buat blog ni sebab nak ucapkan ribuan terima kasigh yang tak terhingga kepada semua blogger-blogger..

Kenapa?

Sebab mereka sudi berkongsi pengalaman suka-duka yang menjadi iktibar buat semua pembaca, termasuk la Cik Ti, macam2 ilmu yang Cik Ti dapat..

And....

Cik Ti rasa harus juga berkongsi pengalaman dan ilmu yang mana ada ni, utuk di share buat semua..

hehehe..keluar tajuk...

Cik Ti dah banyak kali jugak la try buat blog ni, tapi tak mau jadi... hahaha tak tau dkt mana silapnya, and terus menyepi setelah gagal disitu..hahaha

But, hari ni Cik Ti dah nekad gitu, nak buat jugak blog hari ni... dengan segala ilmu yang Cik Ti dapat daripada blogger2 yang lain... terhasil la blog Cik Ti ni "KISAH PERJALAN HIDUP"...

terima kasih pada semua dan diharap dengan adanya blog Cik Ti ini akan membantu pembaca2 lain.

Salam buat semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...