Selamat petang semua...
Coretan hari ni tentang iklan goggle Adsense... gembira rasa nak melompat-lompat bila akhirnya berjaya dapatkan iklan adsense untuk blog ni..
Siapa yang follow Cik ti mesti tahu before this Cik ti guna perjalanancikti.blogspot, then Cik Ti tukar address ke ciktisu.blogspot.com... disebabkan nak dapatkan iklan Adsense ni... seriously memang tak dapat jugak.. hahaha.. masa ni baru mula2 nak belajar kan...
Then Cik ti ada terbaca satu blog ni kata better buat iklan dekat youtube dulu.. then dengan gigihnya cik ti pun buat la youtube channel.. but tak ada input pun nak letak dalam youtube.. for a long time cik ti pun senyap la dekat youtube channel.
Bukan senang nak jadi senang, ada blogger sekejab je dah dapat iklan adsense ni, walaupun baru beberapa bulan je ber blog... semuanya bergantung pada nasib juga ya...
Cik Ti terpaka menunggu hampir 4 tahun... yes 4 tahun, baru dapat iklan adsense dalam blog... so, memang sepatutnya cikti melompat kegembiraan kan.... actually dah 4 hari lepas, adsense hantar message yang cik ti dah boleh masukkan iklan... but now, cik ti tak begitu teruja seperti 4 tahun lepas...
After all, adik-adik yang bercita-cita nak dapatkan duit iklan adsense ni, yang penting kena banyak bersabar, bukan senang nak jadi senang, duit tak datang bergolek ya.. kena berusaha... buat blog atau youtube bukan jalan pintas untuk kaya... semua orang yang buat blog dan youtube tu terpaksa bekerja keras untuk dapatkan pendapatan macam sekarang ni. bukan sebulan dua dah dapat income..
Cik Ti nak ucapkan terima kasih juga, pada semua yang follow dan singgah dekat blog Cik Ti... any update will coming soon.. walaupun orang kata blog ni dah lapuk, orang lebih pada ig, but cik ti masih suka berblog, sebab senang nak tulis panajng-panjang and cari balik tempat peranginan yang cik ti dah pergi...
Monday, January 13, 2020
Sunday, January 12, 2020
Refarm Kampar, Perak
Petang-Petang ni baru ada mood nak update new entry.. percutian singkat ke refarm kampar.. memang advice ke refarm kampar, sebab:-
1. jimat (tiket tak mahal)
2. boleh bawa makanan masuk (caj RM10.00)
3. habiskan hujung minggu bersama family tersayang.
4. ada mini zoo selain daripada mandi manda..
Lepas bayar dapat la tiket macam dalam gambar dekat sebelah kanan atas tu...
Jalan nak masuk, kena jalan kaki sikit la ya, nak ke kolam tu..
Penunjuk arah, tak kan sesat... jangan risau... hahahaha
1. jimat (tiket tak mahal)
2. boleh bawa makanan masuk (caj RM10.00)
3. habiskan hujung minggu bersama family tersayang.
4. ada mini zoo selain daripada mandi manda..
Refarm ni terletak di Kampar Perak, apa yang menarik dekat sini, tersedianya 2 kolam mandi yang agak besar, dan mini zoo. Yang bestnya dekat sini, makanan dibenarkan dibawa masuk, ala-ala berkhelah la... tapi disini tak ada slide2 macam dekat sunway tu, so korang jangan la mengharapkan benda-benda yang tak ada kan... hahahaha, tengok harga tiket nanti pun korang dah boleh tahu and jangan risau cik ti dah sediakan gambar-gambar untuk dinikmati.
Penginapan juga ada disediakan disini, kalau korang tak nak bermalam dekat sini, dia akan kira ikut jam...
Before pergi mesti nak tahu harga tiket kan..
Dewasa : RM10.00
Kanak- Kanak : RM5.00
Makanan : RM10.00
Jalan nak masuk, kena jalan kaki sikit la ya, nak ke kolam tu..
Penunjuk arah, tak kan sesat... jangan risau... hahahaha
Nak ke mini zoo, tapi sorry ya semua, terlupa pulak nak ambil gambar-gambar haiwan dalam mini zoo ni..
Ni 1st Kolam, ada 2 kolam d
Selamat berhujung minggu dan bercuti semua... terima kasih berkunjung ke blog Cik Ti..
Thursday, January 31, 2019
Aiskrim Yogurt versi Azlina Ina
Kenapa Cik Ti suka letak resepi cikgu Azlina Ina dalam blog Cik Tisu? sebab majority resepi yang diberi oleh Azlina Ina ni setakat ni semuanya menjadi.. jadi Cik Ti siap-siap save dekat sini, sebab kalau dah save deakt sini, maksudnya Cik Ti akan buat and untuk share juga resepi ni buat semua, nanti kita boleh la bertukar-tukar komen...
Bahan- Bahan
* 1cwan penuh whipping cream
(Guna value pride jugak..)
(Guna value pride jugak..)
* 1/2 cawan susu cair.
(Susu segar pun bule)
*1 sdb ovelette.
Putar 3 bhn ini dulu sampai gebu.
Tak perlu sampai kental.
Tak perlu sampai kental.
Kmudian msukkn ..
* 1/2 cawan susu pekat manis.
* 2 cawan yogurts plain
* 2 cawan yogurts plain
Mix sume ni sampai kental dan gebu.
Sudukn dlm bekas selang seli dgn filling apa pun perisa.
Buh dlm piping bag yg filling tu..
Picit membulat keliling spya nmpk kt dinding bekas cawan tu layer2nya.
Klu nk add atasnya buah2 segar ckup stakat 3/4 isian shj.
Simpn d pt ais beku slma 4jam
Lepas tu letak la buah yg dipotong dadu kecil2. Dan sudukn sikit fillingnya.
Slmt mncuba.
Buat Sendiri Perjanjian, sah atau tidak?
soalan yang cik ti dapat semalam sama ada perjanjian yang kita buat sendiri tu sah atau tak? atau perlu ke kita dapatkan cop peguam atau pesuruhjaya sumpah supaya perjanjian itu sah?
Untuk menjawab kedua-dua soalan ni, yang menentukan sama ada perjanjian yang dibuat itu sah atau tidak bergantung kepada perjanjian itu sendiri... mesti ramai yang tak faham kan... kita ringkas kan dekat sini perjanjian yang kita buat mestilah memenuhi krateria berkontrak seperti:-
1. Pembeli & Penjual
2. Harga Jual Bel (Wajib ada balasan, maksudnya wajib ada harga jual beli, kalau tak ada harga jual beli maksudnya kita tidak terikat dengan kontrak jual beli,, bila tiada nilai balasan ianya lebih cenderung kepada kasih sayang, untuk balasan kasih sayang ni nanti cik ti akan cerita dalam next entry).
3. Time frame (Masa atau tempoh berkontrak) nak letak berapa bulan ke berapa tahun ke, tu terpulang la pada korang ya.
Isu bila tempoh perjanjian tu korang buat, contohnya selepas dapat duit pinjaman peribadi, jangan la letak lepas dapat duit pinjaman, sebab tempoh tu tak pasti.. dibuatnya pinjaman tu dapat lepas 3 tahun, tak menangis ke nak tunggu... bila la satu tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan tarikh tu relevant ya... contoh 3-6 bulan tu adalah tempoh yang cukup memadai bagi kedua2dua pihak.
4. Witness (Saksi) - bab ni yang korang selalunya akan kelam kabut nak pergi cari pesuruhjaya sumpah or peguam dengan pandangan yang kalau ada cop tu, perjnajian itu akan jadi sah or valid... and ada juga yang cari saksi sendiri...
Pandangan atau pemikiran yang mengatakan dengan adanya cop daripada peguam or pesuruhjaya sumpah itu sah adalah TIDAK BENAR...
maksud saksi tu, orang itu menyaksikan pembeli or penjual itu tandatangan perjanjian itu dihadapan dia, dan faham segala fakta yang ada didalam perjanjian itu.. itu sahaja... kalau korang minta peguam jadi saksi perjanjian yang korang buat sendiri, dia cuma akan sign untuk penyaksiaan sahaja...
Contohnya andai kata perkara nombor 3 (Masa) tu korang tak letak dalam perjanjian korang, macam mana nak dikatakan perjanjian tu sah walaupun korang minta peguam jadi saksi.. maksudnya di sini perjanjian yang korang buat tu sendiri yang akan menentukan sama ada perjanjian korang tu sah atau pun tidak, sebab dekat malaysia kita ada Akta Kontrak.
Boleh atau tak cari saksi sendiri contoh kawan-kawan? semestinya BOLEH.. tapi jangan yang ada pertalian takut ada conflict of interest (maksudnya, takut nanti kalau kita suuruh isteri kita sign sebagai saksi, isteri kita mesti akan menangkan kita kan), sebab tu lebih baik cari orang ketiga seperti peguam sebagai saksi, selain peguam ni tak ada interest dia juga senang untuk dipanggil untuk menghadiri perbicaraan, kalau korang letak nama kawan sebagai saksi, kalau kawan tu gagal dikesan nanti macam mana? peguam ni kalau pindah mana pun kita still boleh cari di website malaysia bar.
Selepas tu, jangan lupa mati kan setem hasil pada perjanjian yang korang buat tadi. sebab ianya pun ada effect nanti.
Kalau tulis panjang berjela-jela nanti takut korang tak larat nak baca kan.. so kalau ada apa-apa soalan boleh je email or tinggalkan komen dekat bawah ya.
Monday, January 28, 2019
Resepi Aiskrim Home made
Bahan-bahan Resepi Aiskrim
1 tin susu cair, ada juga yang guna susu Dutch Lady.
1 Sudu besar ovelatte atau ovalette.
1/4 tin susu pekat.
(bergantung kepada kemanisan yang korang suka ya.. kalau tak berapa suka manis letak 1-2 sudu pun dah cukup).
1 sudu kecil esen vanila.
Perasa Aiskrim:
Milo, pewarna stawbery, koko, chocolate rice
(ni pun bergantung pada rasa yang korang suka, jangan letak perasa yang bukan-bukan sudah la).
Cara
1. mix semua bahan. Boleh guna mixer, blender
2. Mix lebih kurang 15 minit guna mixer dan blender.
Kalau dah pekat likat tu dah oklah. Tak sampai 15 minit pun kadang dah likat.
Kalau dah pekat likat tu dah oklah. Tak sampai 15 minit pun kadang dah likat.
3. Kalau guna blender, disarankan buat sukatan separuh-separuh.
Maksudnya buat setengah tin susu cair dan setengah bahan-bahan lain.
Pastu buat lagi setengah sebab bila blend dia akan mengembang nanti,
takut blender tak muat.
4. Kemudian, boleh bahagikan ikut perisa apa yang anda nak letak.kalau ada 3 perisa, boleh la bahagikan pada 3 bahagian ya... then boleh tabur kan dengan chocolate rice atas tu.

APAM KAMPUNG PANDAN versi Azlina Ina
Petang ni rasa macam nak makan apam je... ni resepi milik kak Azlina Ina, cik ti save dulu dekat sini, nanti senang-senang kita boleh la buat...
APAM KAMPUNG vesi PANDAN
Bahan - Bahan:-
Tiga setengah cawan tepung gandum
Satu cawan air pandan
5 helai daun pandan
blender dan tapis
Satu cawan santan
Satu cawan gula pasir
Satu paket yis mauripan (11 gram )
sedikit garam
Pewarna hijau sikit
Satu cawan air pandan
5 helai daun pandan
blender dan tapis
Satu cawan santan
Satu cawan gula pasir
Satu paket yis mauripan (11 gram )
sedikit garam
Pewarna hijau sikit
Cara2
Satukan semua bahan dan blender sebati
Perap selama satu jam
sapu minyak pada acuan
Tuang adunan separuh acuan
Kukus selama lima belas minit atau sampai masak jgn lupa pengukus lapik dgn towel untuk elak air jatuh pd kuih.
Perap selama satu jam
sapu minyak pada acuan
Tuang adunan separuh acuan
Kukus selama lima belas minit atau sampai masak jgn lupa pengukus lapik dgn towel untuk elak air jatuh pd kuih.
Dah masak, biarkan seketika. Bila sudah sejuk baru keluarkan dari acuan dan gaul bersama kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.
Wednesday, January 23, 2019
Resepi Semperit
Hari ni tiba-tiba nak update resepi semperit, masa raya hari tu ada buat sikit, tapi cuma tambah pewarna bagi colourful, hari ni kita tukar ke milo..
Bahan- Bahan:
250g butter cup
1/2 cawan susu pekat
1sk.esen vanila
kacau rata, kemudian masukkan
1sb tepung custard
1/2 sb tepung beras
kacau lagi, kemudian masukkan
400g tepung jagung di tuang sedikit demi sedikit, kena extra tepung jagung ya, sebab takut doh masih melekat dekat tangan, kalau masih melekat, kena tambah tepung jagung tu sedikit lagi dan uli sampai tak melekat dekat tangan ya..
kemudian bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian..
1 bahagian letak 1/2 sudu serbuk coklat+ 1sudu serbuk milo + 1sudu kecil emolco coklat dan kacau rata
ambik sikit adunan coklat dan sikit adunan asal, gulungkan dan masuk kan dalam adunan semperit, kemudian tekan dan letak coklat chips..
panas kan oven 170 api atas bawah..masukkan semperit dalam oven 25 minit smpai masak.
gambar nanti cik ti update ya dan selamat mencuba ya..
Tuesday, January 22, 2019
Perjanjian boleh buat sendiri? guna pesuruhjaya sumpah atau peguam?
Semalam ada yang minta pandangan daripada cik ti tentang perjanjian, so hari ni cik ti nak bagi sedikit penerangan tentang perjanjian daripada sudut pandang cik ti... cik ti ulang sekali lagi ya, cuma dari sudut pandang cik ti sahaja.
Perjanjian jual beli, sewa, usahasama, pajakan dan lain-lain yang kita rasa perlu dibuat bagi menjamin keselamatan kedua-dua pihak sama ada pembeli atau penjual, tuan tanah atau penyewa dan sebagainya.
Ada yang kata atas dasar percaya, kita buat satu surat perjanjian dan minta cop daripada pesuruhjaya sumpah.
Untuk makluman dan pengetahuan, pesuruhjaya sumpah dilarang untuk menjadi saksi bagi apa-apa perjanjian seperti diatas. ramai yang datang jumpa cik ti dan tanya kenapa tak boleh jadi saksi? sebab dalam kaedah-kaedah pesuruhjaya sumpah 2016 serta pekeliling daripada Mahkamah telah melarangan sama sekali pesuruhjaya sumpah untuk menjadi saksi bagi sesuatu perjanjian.
Siapa yang boleh jadi saksi bagi perjanjian tersebut? kalau tanya dekat cik ti, cik ti akan suruh cari peguam untuk menjadi saksi kepada perjanjian tersebut.. kenapa? asyik kenapa je ya... untuk menjaga keselamatan untuk kedua-dua belah pihak... sebab bukan semua orang boleh dijadikan sebagai saksi, takut ada conflict of interest pulak nanti. jadi senang cerita cari orang tengah yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan dalam bidang ini dan semestinya la seorang peguam, ada juga sebab-sebab lain kenapa cik ti suruh refer ke peguam, salah satu sebab dia akan bagi advise dekat korang, dekat mana kekurngan perjanjian yang korang buat tu.. tp itu pilhan korang sama ada nak teruskan perjanjian tu or tak.
Apa yang perlu ada dalam perjanjian tu?
1. nama
2. no kad pengenalan
3. alamat
4. no hakmilik
5. alamat premis
6. terma bayaran
7. pendahuluan/ deposit
8. baki bayaran
9. tempoh bayaran
perkara-perkara dekat atas ni wajib ada.. wajib tau.. no.4 tu selalunya orang tak ada, so, before buat apa-apa perjanjian minta dulu salinan geran tanah or kereta atau apa-apa yang melibatkan perjanjian tersebut.
sebab bila tak ada no hakmilik tersebut, macam mana nak membuktikan korang menyewa, memajak atau membeli tanah tersebut. silap-silap tanah tu bukan milik penjual, lagi satu masalah nanti.
sekiranya korang nak lebih selamat, lebih baik gunakan perkhidmatan peguam dalam menyediakan perjanjian tersebut... dalam berapa ratus sahaja, daripada korang rugi beribu duit deposit dan deposit tu tak boleh nak tuntut semula, kerana ada keraguaan dalam perjanjian yang korang buat... jangan tak percaya, ada yang tak mengaku ambil deposit dan sebagainya, ditambah lagi buat bayaran secara tunai. please ya, jangan buat bayaran secara tunai, transfer duit ke akaun penerima, slip transfer akan digunakan sebagai bukti pembayaran, atau pun boleh gunakan banker's cheque dan masa ni korang boleh gunakan surat akuan bahawa penjual/tuan tanah telah menerima wang tersebut dan boleh cop sumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah.
nak tanya apa-apa, boleh komen dekat bawah ya...
Monday, January 21, 2019
Perancangan Family Day di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Puteri Beach Resort, PD
Cik Ti dengan family plan nak buat family day untuk tahun 2019 ni... kita buat awal-awal tahun senang, sebab hujung-hujung tahun, banyak sangat program...
Disebabkan family cik ti ni besar jugak la, kita kena cari la tempat yang sesuai dengan tempat tidur dan makanan..kena bujet betul-betul bab ni, sebab before ni Cik Ti buat family day makanan tak cukup... budak-budak lepas mandi kolam selalunya akan makan banyak or senang cakap cepat lapar, makan, mandi, makan, mandi... tu je la kerjanya kan...
So, base on budak-budak suka mandi kolam, Cik Ti plan tahun ni nak buat family day dekat laut.. bagi budak-budak gembira..
But, before nak plan family day, kena la buat tempahan hotel awal, nak buat lambat pun tak ada masalah, cuma bayarannya mahal la...last minute kan.
Dissebabkan faktor family yang ramai dan memerlukan penginapan yang murah beserta berada di tepian pantai... hahahaha.. cik ti pilih, Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Puteri Beach Resort, PD.
Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Puteri Beach Resort, PD, hanya di khas kan untuk kakitangan awam sahaja, untuk kakitangan swasta yang nak mohon juga boleh, tapi bayaran nya dengan rate hotel.
Untuk makluman kita kena mohon awal kalau tak memang sentiasa full booking. bagi kakitngan kerajaan boleh la gunakan kemudahan yang disedikana oleh kerajaan untuk bercuti dan boleh klik di http://www.bph.gov.my/ untuk membuat tempahan, tetapi sebelum boleh buat tempahan kena la buat pendaftaran dulu ya.
Dalam perancangan nak pergi ke:
1. Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang
2. Pd Ostrich Show Farm
3. Kota dan Muzium Lukut
4. Hutan Reakreasi Tanjung Tuan & Rumah Api Tanjung Tuan
Permainan untuk family Day:
1. susun puzzle
2. isi air dalam botol
3. tepung + gula-gula
4. istana pasir
5. pecah belon
disebakan cik ti belum pergi lagi, so tak ada la gambar-gambar yang boleh diberikan setakat ni... nanti cik ti update bila dah buat family day ya..
ANIMATION PARK STUDIO (MAPS) IPOH PERAK REVIEW
Assalamualaikum semua reader...
Hari ni nak review tentang MAPS... apa MAPS tu... bukan peta ya adik-adik.. hahahaha..
ANIMATION PARK STUDIO (MAPS) ni taman tema animasi yang pertama yang terletak di ipoh, perak.
Dengan harapan entry kali ni, boleh membantu semua yang ingin pergi ke MAPS.. sebab memang selalu cik ti akan baca review blogger-blogger lain before pergi mana-mana...

Waktu Operasi MAPS:
Isnin - Jumaat : 10.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu - Ahad : 10.00 pagi - 10.00 malam
Selamat datang ke MAPS Ipoh... Masa korang nak masuk untuk beli tiket nanti akan ada staff MAPS yang akan membantu dan beri penerangan.
Harga tiket masuk ke MAPS sekarang tengah promosi :-
Perlu ada Kad Petron atau Tounch n Go
Dewasa : RM45.00
Kanak-Kanak : RM40.00
Warga Emas : RM40.00
Kanak-Kanak dibawah umur 4 tahun masuk percuma ya..
* Promosi ni sampai bulan September, 2018 je ya
* Satu Kad boleh beli 4 tiket je.. kalau korang ramai.. make sure bawa lebih dari satu kad
* Tiket kena beli secara walkin
Kalau tak ada kad tu MAPS still ada bg promosi juga:
1. Promosi Special untuk hari Selasa = RM50.00
( ni Cik Ti tak pasti promo sampai bila.. kena semak website MAPS)
2. Beli 2 tiket percuma 1 tiket = RM180.00
(promo ni sampai 17.08.2018)
3. Extravaganza Promosi :
i. Dewasa = RM70.00
ii. Kanak-Kanak / Warga Emas = RM60.00
(promo ni Cik ti tak pasti sampai bila)
Korang jugak boleh beli tiket melalui online..
Dah habis bab tiket, masa nak masuk tu nanti, kita ada la pemeriksaan beg.. makanan dilarang bawa masuk ya.. soal makanan jangan takut, memang banyak jenis makanan yang dijual.. siapkan duit je la ya... hihihihi..
Dan jangan lupa minta peta and snap gambar board pertunjukan masa nak masuk nanti... dekat board tu ada tulis masa setiap persembahan dan pertunjukan.
Nak masuk tu, kita akan melalui tasik dan bila sampai terpegun dengan bangunan-bangunan yang cantik.. jom cuci mata kejab...
Rasa semua tempat nak bergambar... hahahaha
di MAPS terdapat 6 zon kesemuanya... masa pergi cuma 5 zon je yang buka..
setiap zon ada time untuk buat pertunjukan or boleh joint aktiviti nya... macam nak tengok movie boboiboy setiap satu jam akan ditayangkan movie tersebut... so kena pandai-pandai rancang masa. ada pertunjukan kereta, dan macam-macam lagi..
Cari gambar tak jumpa... nanti jumpa cik ti up date ya...
thanks to all yang membaca... anything boleh tinggalkan komen di bawah or boleh email cik ti for any enquiry ya..
Wednesday, July 25, 2018
Resepi Nasi Lemak Milik Azlina Ina
Resepi ni Cik Ti ambil dari resepi Azlina Ina, resepi yang tak pernah mengecewakan.. Next time Cik Ti bagi gambar ya...
RESEPI NASI LEMAK SEDAP EMAK
1 genggam ikan bilis belah rendam 1 jam
10 ulas bawang merah +2 labu bawang besar belah 4
4 ulas bawang putih (dikisar bwang merah dan putih td ketepikan)
15 hngga 20 tangkai cili kering rendam air panas tos dan kisar dgn sedikit air masak dan minyak( bg biji lada hancur)
sedikit gula melaka
sedikit asam jawa
garam.gula dan perise
Minyak masak
ikut beras yg korg gune jugak ye.
sukatan paras air die
3 cawan beras
2 cawan santan pekat( kalau santan kotak 1 kotak 200ml)
3 cawan air
3-4 hirisan halia( mak xsuka bau halia jd ina jrg letak kalau masak)
2-3 helai daun pandan
3 ulas bawang merah hiris
5sb minyak masak
Sedikit garam
Boleh dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun..
Sunday, July 16, 2017
Blog bebas iklan
Assalamualaikum semua pembaca...
Agak lama juga Cik Ti menyepi... sibuk sebenarnya dengan tugasan seharian... and pening dok fikir macam mana nak remove ads dr blog cik ti ni..
Pernah tak baca blog yang penuh dengan iklan...aduhai pening kan... sama la macam blog Cik Ti ni... alhamdulilah satu iklan telah pun dikeluarkan...
Bukan pembaca je yang susah nak baca, Cik Ti sendiri pun rasa susah nak baca...masalahnya nak buang tak tahu macam mana kan...but now, alhamdulilah satu iklan telah pun dikeluarkan dari blog cik ti ni..
harap masih ada yang sudi singgah dan membaca di blog cik ti ni ya...

Sunday, March 19, 2017
Pra-Sekolah atau Tadika?
Assalamualaikum and good morning reader..
Mesti Ramai parents dalam dilema untuk memilih pra-sekolah atau tadika untuk si kecil kan...
Pendaftaran untuk mendaftar anak-anak yang berumur diantara 5 - 6 tahun untuk ke pra-sekolah telah dibuka, and tarikh tutup pada 30.05.2017 ni.. siapa yang belum mendaftar boleh la mendaftar dekat sini https://eprasekolah.moe.gov.my.
Pada tahun ni anak Cik Ti seorang di Pra-sekolah dan seorang lagi di Tadika.. kenapa letak dekat Tadika? sebab umur dia baru 4 tahun (sebenarnya 3 tahun 1 bulan) masa masuk sekolah dulu, sebab aimin lahir bulan 12.. Jadi, Cik Ti hantar dulu ke Tadika bagi membiasakan diri ke sekolah, dapat belajar bergaul dan dapat lebih perhatian dari pendidik, memandangkan di tadika terdapat pembahagian pelajar dan pendidik, jadi tumpuan dapat diberikan dengan sepenuhnya, cuma ianya berbayar.. sekiranya parents berkemampuan memang tak ada masalah..
Uwais dah 5 tahun, jadi Cik Ti daftarkan dia ke pra-sekolah, dan alhamdulilah ramai kawan-kawan dia yang juga mendaftar di Pra-sekolah yang sama..
Istilah pra-sekolah untuk golongan yang berpendapatan rendah?
Rasanya, bukan semua parents yang mendaftar anak dekat pra-sekolah ni berpendapatan rendah dan sederhana.. bagi Cik Ti, tak kira dekat mana kita hantar anak-anak kita, yang penting pendidik harus la yang terbaik... Pra-sekolah juga berbayar, tapi tidak la mahal... bayaran bulanan dibuat untuk kutipan sammbutan hari lahir, lawatan dan sebagainya.. jangan risau memang tak akan membebankan..
yang penting kita sebagai parents sepatutnya tahu dekat mana tahap pembelajaran anak-anak, bukan semata-mata mengharapkan pendidik.. sebab waktu anak di sekolah/tadika hanya 4 jam - 5 jam sahaja.
Bagi pandangan Cik Ti, tak kisah dekat mana kita hantar anak-anak kita, yang penting bimbingan dan pantauan dari ibu bapa sangat penting..
Alhamdulilah, Tadika dan Pra-Sekolah kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri.
![]() |
| Uwais di Pra-Sekolah |
Monday, March 13, 2017
SEMAKAN SEMULA KERTAS PEPERIKSAAN
Entry kali ni Cik Ti nak cerita pasal semakan semula kertas peperiksaan, perasaan sekarang tengah berdebar-debar menunggu keputusan semakan semula, first time buat semakan semula.. Cik ti cuba google entry berkenaan semakan semula ni, tp tak banyak article untuk menenagkan diri Cik Ti untuk menunggu keputusan yang lagi seminggu nak keluar.
Before, buat keputusan untuk buat semakan semula paper tu, ambil masa berfikir dulu, jangan kelojoh sangat or sebab marah punya pasal terus buat rayuan semakan tanpa berfikir dengan jawapan yang kita buat dan carry marks yang kita dapat... takut-takut terus down pointer je nanti..
Cik Ti pun kadang-kadang menyesal jugak buat semakan semula ni, yo la takut jugak la kan.. jawapan tak seberapa, ada hati nak buat semakan semula... huhuhu...
Lepas dapat result yg tidak membanggakan tu, cik ti terus decide nak buat rayuan semakan tu, tak fikir panjang...rasa macam dah bagus jawapan tu... hahaha... (seriously, time tu je fikir macam tu) sekarang ni dah fikir maybe ada hikmahnya keputusan nya lecture bagi tu, maybe tak mengikut kehendak atau skema jawapan...
Walaupun apa pun keputusan yang kita dapat, Cik Ti percaya ada hikmah disebaliknya.. cuma sekarang kita tak nampak...
In Sya Allah Cik Ti will update keputusan rayuan semakan tu semula... tapi disaat ini sehingga result keluar next week, confirm tak tido lena and tak lalu makan la jawabnya... semoga semua yang buat semakan semula keputusan dapat keputusan yang terbaik.. Cik ti percaya, setiap keputusan yang dibuat tu dah difikirkan sebijak-bijak nya kan.. doakan Cik Ti juga berjaya ya..
p/s: Fikir sebelum bertindak..
Idea Goodies Bag Hari Lahir Anak
Assalamualaikum and good morning...
Firstly, cik Ti tak tau la nak buat review ke tak pasal Idea for goodies bag ni, sebab ada yang kata, siapa la nak baca kan...huhuhu... tapi, memandangkan Cik Ti pun, dok baca blog orang untuk dapatkan idea tentang goodies bag tiap-tiap tahun untuk hari lahir anak..so, cik ti nak kongsi juga la idea cik ti ni... hahaha..
Firstly.. sebab kan anak Cik Ti nak sambut birthday yg ke 5, so, cik ti decide nak bg 5 barang dalam goodies baa tu..
Majority parents tak bagi anak-anak makan gula2.. so Cik Ti letak 2 biskut dalam goodies bag.. tp boleh la gantikan dengan kismis ke..
5 barang dalam goodies bag:
1. Vitagen - RM0.80
2. Biskut - RM0.20
3. Biskut - RM0.20
4. Puding - Free (buat sendiri)
5. Tanah Liat - RM1.30
6. kotak goodies - RM0.10
Total = RM2.60/bag (still murah rasanya)

Next Time, Cik Ti share tentang sambutan Hari Lahir pulak ya.. nak buat entry kali ni pun makan masa satu hari...
Kalau entry-entry Cik Ni membantu anda semua yang baca, boleh la follow Cik ti ya.. takut Cik Ti syok sendiri je... tulis bukan main, tapi tak ada org baca... hahaha

Wednesday, September 21, 2016
Blog bersawang
Assalamualaikum semua readers...
Blog Cik Ti ni dah bersawang, lama tak update, tengok byk jugak komen..
Maaf sebab Cik Ti lambar reply, sebab memang tak perasan ada email masuk or comment.. (padahal sebab lama sangat tak buka blog)...
Kalau comment adik-adik semua akak, tak balas, boleh email dekat Cik Ti siti_frc@yahoo.com... In Sya Allah Cik Ti balas, sebab selalu buka email ni...
Dan terima kasih, pada semua reader yang sudi berkunjung dkt blog Cik Ti, walaupun tak de update, maintain je org datang singgah.. thanks a lots..
sampai sini dulu, sebab kerja banyak mcm bangunan klcc, client semua nak cepat siap.. (padahal Cik Ti yang lambat buat) ...
Jumpa next entry..

Wednesday, August 24, 2016
Bayaran Nuffnang ditolak
Assalamualaikum reader,
Terima kasih kepada yang sudi singgah dekat blog Cik Ti,
Rindu sangat dah lama tak menulis.. tapi biasa la dik kerana kekangan waktu dan kesibukan bekerja, amanah yang diberi harus digalas dahulu..
Entry kali ni, Cik Ti nak share pasal bayaran nuffnang Cik Ti ditolak oleh Mr. Nuff.. invalid clik katanya or dalam bahasa mudahnya, penipuan atau lagi senang nak faham, klik sendiri punya iklan..
hmmm..
So, kepada blogger-blogger baru yang meletakkan iklan nuffnang korang please becareful ok, sebab invalid klik ni, kadang-kadang bukan korang yang klik pun, orang lain yg klik banyak-banyak, last-last masa nak keluar duit, Mr. Nuff kata invalid click..
Sedih jugak la, but for Cik Ti menulis bukan sebab nak dapatkan keuntungan semata, kalau dapat it's become bonus, kalau tak dapat pun tak apa...
Menulis Menenangkan dan Menghiburkan, kepada reader yang dapat ilmu daripada blog Cik Ti ni, harap dapat dimanfaatkan.
Jumpa lagi next entry.. Selamat Malam..

Thursday, July 28, 2016
Tutorial Tambah Gadget dalam Blog
Assalamualaikum..
Entry kali ni Cik Ti nak cerita macam mana cara nak tambah gadget (kotak-kotak macam dekat sebelah kanan Cik Ti ni)
1. Pertama sekali pergi dekat Lauout.
2. Tekan Tambah Gadget
3. Boleh la Pilih Gadget mana yang korang suka
4. Tekan Butang + (warna biru) tu je
5. view blog dan gadget akan keluar
# ada banyak pilihan gadget yang telah disediakan oleh pihak blogspot, so tinggal pilih je.
Macam mana kalau tak disediakan oleh blogspot, contoh macam Feedjit.
Cik Ti ni selalu blogwalking ke Blog orang, tp silent reader je la.. and kadang-kadang berkenan dengan gadget-gadget diaorg tu.. so, Cik Ti akan tekan dekat gadget tu, dan selalunya dia akan bawa kita ke website untuk mendaftar. Sama dengan Feedjit ni, senang je nak letak,
1. korang pergi dekat blog Cik Ti, tekan je Feedjit dia akan terus bawa korang ke website dia atau
2. korang boleh tekan sini Feedjit
3. Pilih Colour macam mana korang suka
4. Tekan step 1, kalau korang belum log in blog, kalau dah log in blog tekan step 2.
3. kalau tak boleh save code dekat bawah sekali.
4. pergi dekat layout blog, tambah HTML dan paste kan code tadi dah save.
5. view blog korang. In Sya Allah akan adan gadget tu..
Selamat mencuba, jumpa lagi next entry.
Cik Ti tinggalkan korang dengan video tutorial, supaya lebih mudah untuk faham..

Tuesday, July 26, 2016
Tutorial Buat Tulisan Cantik Pada Header Blog
Assalamualaikum,
Entry kali ni Cik ti nak share buat tulisan yang cantik-cantik pada header blog..
Dah ada blog, mesti nak kasi blog cantik kan..
Cara-Cara:
1. Pergi dekat google, taip www.cooltext.com
2. Boleh pilih tulisan yg macam mana korang nak
3. Lepas tu boleh la tulis header blog korang dekat ruangan text
4. Download Image
5. Save

Tulisan yang Cik Ti dah save
Cara Nak letak Tulisan pada Blog:-
1. Buka Blog, pergi ke Layout
2. Dekat bahagian header tu, klik edit,
3. Pilih gambar tadi dan save
4. Siap dan korang boleh view blog korang.
Macam biasa, Cik Ti sediakan video untuk tontotan korang, kalau ada video ni lagi mudah faham kan.. tapi Cik Ti minta maaf banyak-banyak sebab video nya senget sikit.. moga video ini dapat dimanfaatkan semua...
Arious, jumpa next entry ya...
Sunday, July 17, 2016
Tutorial Cara Nak Buat Blog
Assalamualaikum pada semua pembaca Cik Ti,
i. Nama & Nama Email (nama email
ii. Password
iii. Tarikh Lahir
iv. No. Tel ................... kemudian boleh submit la ya, kemudia ada keluar perkataaan accept nan ti, korang accept la ya, kemudia ada link biru, tekan link tu dia akan terus buka ke akaun gmail korang.
sekarang korang dah ada akaun gmail sendiri.
Sekarang cara buat blog
Lama tak update blog, masih sibuk dengan aktiviti beraya.. hahaha..
Entry kali ni Cik Ti nak tulis tentang tutorial buat blog. Ramai pembaca yang tanya Cik Ti, macam mana nak buat blog, dekat sini Cik Ti kongsikan cara nak buat blog.
Entry kali ni Cik Ti nak tulis tentang tutorial buat blog. Ramai pembaca yang tanya Cik Ti, macam mana nak buat blog, dekat sini Cik Ti kongsikan cara nak buat blog.
Tapi sebelum tu, Cik Ti nak pesan, niat kita mesti iklas dalam menulis, bukan sorang dua yang akan baca blog kita..
Cara yang pertama sebelum kita buat blog, kita mesti ada akaun gmail. kalau tak ada kena buat dulu. Cara nak buat akaun gmail macam ni:-
1. Pergi dekat google, tekan gmail
2. Create akaun gmail
2. Create akaun gmail
i. Nama & Nama Email (nama email
ii. Password
iii. Tarikh Lahir
iv. No. Tel ................... kemudian boleh submit la ya, kemudia ada keluar perkataaan accept nan ti, korang accept la ya, kemudia ada link biru, tekan link tu dia akan terus buka ke akaun gmail korang.
sekarang korang dah ada akaun gmail sendiri.
Sekarang cara buat blog
1. Dekat atas blog cek ti, di sebalah kanan ada tulis create blog.. korang tekan
2. masukkan email korang tadi dan password.. klik done
3. klik create a blogge profile, korang boleh la tulis nama untuk display, contohnya macam Cik Ti, bila korang bagi komen nanti akan keluar nama ni je la..kemudian boleh klik continue..
4. kemudian korang boleh klik dekat new blog, boleh la tulis tajuk/title, (tajuk ni akan ada pada header blog nanti)
5. dan kena cari la nama blog.. macam cik ti, perjalanancikti.blogspot.com, jadi korang pilih la url blog, jangan panjang-panjang sangat, nanti susah orang nak cari blog korang.
6. boleh la pilih template, cik ti cadangkan korang pilih template simple dulu bagi permulaan, (kemudian boleh tukar ke template, warna dan gambar yang lain).. kemudian boleh klik create a blog
Tahniah sekarang korang dah ada blog sendiri..
Nak view blog korang boleh tekan dekat view blog dekat bahagian atas.
Nak post cerita boleh tekan post dekat bahagian sebelas kiri, boleh la mula menulis..
fuhhhh... penat nak tulis entry kali ni..
Cik ti juga dah sediakan tutorial secara video, harap dengan ada nya video ni, lebih mudah untuk korang faham..
Selamat mencuba dan selamat berblog.. terima kasig kerana sudi membaca..

Subscribe to:
Posts (Atom)