Sunday, June 5, 2016

Cara hilangkan Pecah / Ulser Mulut

Assalamualaikum,

Hari ni Cik Ti nak share tentang ulser mulut sebab Cik Ti kena nak dekat sesminggu. Pedih betul, masa kerja nak cakap dengan kawan dan client pun terpaksa tahan sakit.  
ulser mulut iaitu luka yang berbentuk tompokan putih, kemerah-merahan, Ulser ini selalunya tidak melebihi daripada dua atau tiga mm dan Sakit pada bahagian yang dijangkiti terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman. Selalunya akan terjadi berulang kali.
ulser ni akan berkurangan selepas 3-4 hari tetapi mengambil masa 7-14 hari untuk sembuh sepenuhnya.
Punca terjadinya ulser mulut

  • Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  • Daya menahan sakit yang lemah.
  • Kekurangan zat dalam makanan yang diambil terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi.
  • Tekanan perasaan (stress) akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir.
  • Alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
  • Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • Pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).
  • Kesan daripada radioterapi dan kimioterapi.

Kesan buruk ulser mulut ni pun banyak:
  • Kesakitan apabila nak bercakap, gelak, senyum, masa nak berus gigi, berkumur, makan dan minum. 
  • Hilang selera makan dan minum.
  • Panas badan. 
  • Dehidrasi (badan akan kekurangan air)
  • Sakit tekak 
  • Bila dah kena dehidrasi, bibir merekah dan luka.

Petua merawat ulser mulut


  • Air garam

Ini adalah cara tradisional dan pilihan ramai sejak dulu . Korang boleh berkumur dengan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut.

Cara ini merupakan cara untuk ulser mulut korang sembuh dengan cepat, tapi korang kena la tahan sakit ketika berkumur, pedih... Air garam dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.


  • Air baking soda

Korang boleh mencampurkan air dan baking soda dan diletakkan di bahagian ulser. Perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter luka terbabit.


  • Air kelapa

Air kelapa boleh menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser,ia juga bagus untuk kesihatan.


  • Marjerin

korang  letakkan marjerin di ulser sehingga marjerin cair. Amalkan selalu sehingga ulser tersebut sembuh. (Petua ini sesuai untuk kanak-kanak, sebab iainya tak menyakitkan)


  • Madu

Korang cuba letakkan madu di ulser tersebut sekaligus menyebabkan ulser tersebut semakin mengecut. (petua ni pun sesuai untuk kanak-kanak)


Mudah dan senang je kan. semua petua-petua ni kita boleh cuba untuk mengurangkan ulser mulut. 

Jadi lepas ni tak perlu korang risau lagi jika terjadi ulser mulut, cuba salah satu petua diatas. In sya allah  ianya dapat memabntu korang semua.


kesan ulser berbeza-beza pada setiap orang, dan biasa la ada yg rasi dengan petua ni, ada yang rasi dengan petua tu... yang penting korang dah berusaha. tapi paling berkesan buat cik Ti berkumur dengan air garam tu la, tapi kadang-kadang memang tak tahan pedih nya tu.. dalam 3-4 hari baru kurang pedihnya, tapi sehingga ke saat ni, ulser ni masih ada di dalam mulut Cik Ti.. harap-harap 1st Ramadhan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Semoga korang semua daapt menjalan ibadah puasa dengan sempurna, In Sya Allah, jangan lupa jaga kesihatan.











Thursday, June 2, 2016

Tips memutuskan susu badan

Assalamualaikum semua...

Hari ni Cik Ti nak cerita sikit mengenai cara-cara menghentikan susu badan, bagi anak yang telah mencapai umur 2 tahun dan keatas.

Ketiga-tiga orang anak Cik Ti menyusu badan, tetapi setiap kali nak ceraikan susu badan tu, dah tak ingat macam mana... pernah Cik Ti tanya sorang kawan, dan dia juga tak ingat... dan sekarang ada yang bertanya dekat Cik Ti, macamana cara Cik Ti putuskan susu bagi anak yang telah cukup umur 2 tahun..

Setiap Ibu semestinya mempunyai ada pengalaman yang berbeza daripada mula mengandung, melahirkan, menyusukan dan juga memutuskan susu badan daripada bayi comel kita.

Setiap kali nak berhentikan susu, selalunya ibu akan sedih, masa anak yang pertama dan kedua dulu, tak la terlalu sedih,  Cik Ti putuskan susu sebab terpaksa, masa tu mengandung.. tapi untuk anak yang ketiga ni, terpaksa putuskan susu sebab dia dah cukup umur 2 tahun...

Yang penting ibu dan bapa mesti kuat semangat, sabar dan banyakkan berdoa, kalau tak kuat, jarang la nampak keberkesanan tu... Sebab anak akan mula menangis, merajuk dan juga berjauhan dengan ibu buat sementara waktu. Ibu dan Bapa kena kuat semangat ya, In Sya Allah bayi kita akan faham.


Pengalaman putuskan susu dengan Uwais


Masa menyusukan Uwais adalah masa yang sangat membahagiakan. Boleh rasa kemesraan antara Cik Ti dengan Uwais. Sebab tu la Uwais manja sangat sampailah sekarang walaupun dah 4 tahun.

Masa Uwais berumur 1 tahun 3 bulan, Cik Ti disahkan mengandung lagi. Boleh ke menyusu masa mengandung lagi? Masa tu Cik Ti tahu yang Is takkan dapat nak menyusu badan lagi. Cik Ti pulak bukan jenis yang suka pam-pam susu. So, stock susu memang taka da la..

Tapi, Alhamdulillah, Uwais takde masalah langsung untuk bertukar susu.  Memang boleh je Uwais minum susu formula sebab sebelum ni pun, Uwais dah minum susu formula dan badan secara, Cuma tidak secara menyeluruh, terutama time nak tidur memang Uwais nak menyusu badan je.

Tapi setiap malam Cik Ti akan buatkan susu formula untuk Uwais, walaupun pada mula dia menolak, Cuma dalam masa 1 minggu sahaja, Uwais dah boleh terima susu formula dan berhenti susu badan.

Alhamdulilah memang lega, bila tak ada banyak masalah dalam mengberhentikan susu badan pada ketiga-tiga orang anak Cik Ti..

Cuma yang kecil ni ambil masa agak panjang sedikit, rasanya dalam 2 minggu ke 3 minggu baru Aimin berhenti susu badan sepenuhnya..

Cik Ti tulis panjang-panjang pun, takut juga korang malas nak baca kan.. so, Cik ti terus bagi tips-tips yang Cik Ti pakai untuk putuskan susu badan ni...


1. Beritahu anak kenapa kena berhenti

Terangkan dan cakap dengan anak, “Uwais dah besar, dah pandai minum susu dalam botol”. Cakaplah baik-baik dan layanlah kerenah anak kalau mereka meminta-minta nak susu.

Kebayakkan anak faham dan bersedia untuk berhenti menyusu. cuma, emosi dan perasaan mereka kena jaga supaya nanti anak tak buat hal.

2. Kurangkan dulu, jangan terus berhenti

Peringkat nak berhenti menyusu ni bergantung pada anak-anak itu sendiri, ada yang kejab dan ada yang agak lama. Jadi jangan terus berhenti tetapi kurangkan dulu pemberian susu badan dalam sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum menghentikan terus penyusuan.

3. Pastikan anak kenyang makan sebelum menyusu

Sebelum anak kita menyusu, pastikan mereka dah kenyang makan. supaya tempoh penyusuan tidak lama.

4. Minta suami layan dan tidurkan anak 

Anak kita mesti nak menyusu sebelum tidur. Jadi, masa nie kita kena la minta tolong suami layan anak  dan tidurkan anak.  Nak tak nak kena la minum susu botol, sebab pertama anak tak nak maknya dan yang  kedua takut juga pada ayahnya.

Sebab itulah Cik Ti dah mention awal-awal tadi ibu dan bapa kena kuat semangat dan banyak bersabar.

5. Leka kan anak dengan permainan.

Bagi anak bermain pada waktu petang sehingga mereka letih, supaya anak dapat tidur lebih cepat dan tidak mencari susu sebelum tidur.

Cik Ti doakan, ibu-ibu semua berjaya dengan tips2 yang diberikan.. meamng sukar dan banyak rintangan, tapi In Sya allah, Cik Ti yakin Ibu-Ibu boleh melakukannya.

Untuk maklumat lanjuk Ibu boleh klik disni untuk mendapat lebih maklumat mengenai memutuskan susu badan.

Wednesday, June 1, 2016

Semakan Keputusan Peperiksaan Anak-Anak dengan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Assalamualaikum...

Hari ni Cik Ti nak share mengenai SAPS..

Memandangkan anak-anak akan dapat keputusan peperiksaan masing-masing, dan ibu bapa yang susah hati, tak tidur malam, memikirkan keputusan anak-anak, Cik Ti share cara nak semak keputusan peperiksaan anak-anak secara online.. ramai yang dah tahu mengenai SAPS ni, tetapi masih ada juga ibu bapa yang tidak tahu, terumatanya jika anak mereka baru melangkah ke tahun satu dan merupakan anak sulong.. 

Apa tu SAPS, SAPS adalah singkatan bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, yang mana ibu-bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ianya bertujuan memudahkan ibu-bapa melihat dan memantau keputusan anak-anak dengan lebih cepat dan mudah secara online.

Keputusan peperiksaan yang boleh disemak ialah:-

i. Keputusan peperiksaan Sekolah Rendah daripada tahun 1 hingga tahun 6; dan

ii.Keputusan peperiksaan Sekolah Menengah daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.


Cara-cara semakan:-

1. Klik link https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php untuk masuk ke portal semakan.


 


2. Akan keluar paparan seperti gambar diatas, masuk kan No. Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran anak-anak, klik pada sekolah rendah atau sekolah menengah dan pilih tahun. kemudian tekan Semak Laporan.

3. Ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun anak-anak.

Semoga ibu bapa dan mengguanakan perkhidmatan yang disediakan untuk melihat prestasi pelajaran anak masing-masing.

Cuma sedikit pesanan daripada Cik Ti, yang membandingkan anak-anak kita dengan anak-anak yang lain sekiranya mereka gagal pada kali ini. Tetapi berilah mereka semangat supaya mereka terus berjuang dan bersaing.

Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya, cari dimana kelemahan anak-anak kita, dan perbaiki la ia dengan sebaiknya.

Ibu bapa semua, boleh la share teknik pembelajaran anak-anak anda, tips cepat mengira ke, tips menghafal sifir, jadual pembelajaran dan sebagainya di komen, supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa yang lain..

jumpa lagi di entry yang lain...sharing is caring..


Tuesday, May 24, 2016

5 Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat dan Berkesan


Assalamualaikum semua,

Terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah dekat blog Cik Ti.

Entry kali ni Cik Ti nak bagi tips kursuskan badan yang berkesan tak perlu la nak berlapar, makan pil atau lain-lain, yang penting kena displinkan diri dan kuat semangat.

Cik Ti nak kogsi 5 tips kuruskan badan dengan cepat dan berkesan.


  1.  Sarapan Pagi
  • Wajib makan sarapan pagi.
  • Sarapan pagi bukan merupakan sebab utama penambahan berat badan kita, faktor utama peningkatan berat badan seseorang berpunca daripada kuantiti makanan yang berlebihan atau lebih senang disebut sebagai nafsu makan kita yang terlalu tinggi.
  • Sebab kenapa kita makan dalam kuantiti yang banyak dan lebih daripada yang sepatnya kerana kita selalu abaikan sarapan pagi. Bila perut dah berbunyi, mula la kita fikir nak makan itu, nak makan ini, kuantiti yang kita ambil juga berlebihan.
  • Elok ambil makan berat dan berkhasiat untuk sarapan pagi, seperti Nasi
  • Mereka yang tidak mengambil sarapa pagi, lebih cenderung makan pada waktu tengahari dengan kuantiti yang banyak.
  • Boleh baca artikle pentingnya sarapan pagi
  • Kelebihan Sarapan pagi:-
          + Menghasilkan tenaga kepada badan dan Otak
          + Memberikan 'mood' yang baik pada setiap setiap orang, bak kata perpatah gendang gendut 
             tali kecapi, kenyang perut senang hati... haha


      2. Berhenti Makan Sebelum Kenyang

  • Ambil makanan secara sederhana, maksudnya tidak ambil makanan yang berlebihan, dan sekaligus akan menghentikan kita makan sebelum kenyang.. (bak kata orang, kalau dah sedawa tu berhenti la makan).

     3. Bersenam

  • Kalau tak bersenam tak boleh ke? kalau nak kurus je mesti bersenam..
  • Senaman memberikan 30% impak sekiranya seseorang ingin mengurangkan berat badan.
  • Faktor utama adalah dari segi permakanan seseorang, memang tidak dinafikan ada yang berjaya mengurangkan berat badan tanpa bersenam.
  • Bagi Cik Ti fungis utama bersenam, adalah untuk kesihatan, mengeluarkan peluh dan mengerakkan aktiviti fizikal seseorang dan metabolisma badan.
  • Tak ada masa? tak perlu berjam2 pun, 5 minit pun dah cukup... tak boleh keluar? dalam rumah pun boleh.. (kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih, orang cakap).. Cuba main skipping dlm rumah atau berzumba... tak tahu, senang je, boleh buka video zumba dekat youtube, boleh tekan SINI. 

    4.  Jangan Makan Lewat Malam
  • Cuba pastikan makan malam diawal waktu, cuba praktis kan makan malam sebelum pukul tujuh malam.
  • Iannya bertujuan untuk penghadaman makanan dan supaya ianya tidak tersimpan sebagai lemak.
  • Kalau mulut still nak mengunyah sambil tengok tv, sila sediakan buah-buahan sebagai snek. kadang2 perut bukan lapar sangat pun, tp mulut saje nak kunyah kan..

    5. Periksa Info di Label Makanan
  • Makanan yang dibeli terutama nya, makanan ringan tinggi dgn MSG dan lemak.
  • Periksa betul-betul kandungan gula dalam minuman (seeloknya jangan ambil minuman bergas kerana kandungan gula yang tinggi)
  • Boleh baca artikel minuman berkarbonat jejaskan kesihatan

Kenapa perlu kuruskan badan atau kurangkan berat badan.

Selain utnuk nampak cantik, dan menambah keyakinan diri seseorang, ianya juga untuk kesihatan, 

Semoga korang semua berjaya mendisplinkan diri.. jangan lupa share pengalman korang yang..


Thursday, May 19, 2016

CPC Nuffnang..

Assalamualaikum semua,

Rasanya majoriti blogger tahu pasal encik nuffnang ni, tambah-tambah blogger-blogger yang otai kan..

Entry ini bertujuan untuk memberi sedikit maklumat kepada bloger-bloger yang baru berkecimpung dalam bidang ini, macam Cik Ti..

Cik Ti pun baru je mendaftar dengan encik Nuffnang ni, dalam bulan lepas, dan masa tu masih terkial-kial dan tak dapat maklumat yang lengkap mengenai CPC daripada encik nuffnang ni.

Buat masa ni, Cik Ti hanya boleh ceritakan pasal CPC daripada en nuff ni je ya, sebab Cik Ti pun tak pernah dapat lagi CPUV or galiretaty daripada encik nuff ya..

1. Apa itu Nuffnang?

Nuffnang.com ialah syarikat pertama dan peneraju di Asia-Pasifik bagi sektor pengiklanan melalui blog-blog. Secara umumnya, Nuffnang akan mencari syarikat yang ingin mengiklankan barang-barang mereka dengan bakal-bakal pengguna melalui bloggers.


2. Apa maksud CPC?

CPC bermaksud Cost-Per-Click. CPC dikira bedasarkan klik pada iklan (ni berdasarkan pengalaman Cik Ti ya).. kalau tak ada yang klik iklan, maknanya tak ada la income..


3. Cara Pengiraan CPC?

Cik Ti pun tak pasti cara pengiraan yang tepat, tapi dalam linkungan RM0.15 per click. Nanti korang akan nampak peratusan yang klik dan ianya akan didarap pada kadar harga iklan semasa.


4. Bila kita boleh semak bayaran CPC?

soalan ni la yang bermain-main dalam fikiran Cik Ti masa mula-mula daftar dengan en nuff.. hahaha.. rekod bayaran akan di kemaskini setiap hari isnin pada setiap minggu.. Setiap Isnin korang boleh la cek akaun Nuffnang korang ya..


5. Bila boleh cash out bayaran?

Koraong hanya boleh cash-out duit dalam akaun nuffnang, sekiranya akaun korang dah ada RM50.00 ya.. tak kan baru ada RM15.00 dah nak keluar kan...tak berbaloi la nuffnang nak keluarkan cek.. Nuffnang akan pos kan cek, dalam tempoh masa 1 - 2 bulan .. tunggu je la depan peti pos ya..

tips: korang cash out la, pada hari jumaat terakhir setiap bulan contoh kalau bulan 5 ni, dalam 27 haribulan, sebab nuffnang akan proses cash out pada hujung bulan sahaja.. pada yang cash out pada awal bulan, tu yang terasa cek sampai 2  bulan... tapi yang pasti cek nuffnang akan sampai..


6. Ada ke orang yang nak klik iklan ni?

Kebarangkalian untuk klik memang rendah, sebab tu kita kena ada follower atau ramai pengunjung yang datang blog kita. Boleh dikatakan 10:1, maksudnya 10 orang yang berkunjung ke blog kita, hanya ada seorang yang akan tekan iklan tersebut. Kalau kita dapat tingkatkan pengunjung, bermakna pendapatan kita akan turut sama meningkat.


7. Boleh ke klik iklan di blog sendiri?

Soalan ni, ramai yang tanya dekat Cik Ti, jawapannya JANGAN sesekali klik iklan sendiri, takut nanti fraud. apa tu fraud? maksud fraud ni penipuan, menjadi kesalahan sekiranya melakukan perbuatan fraud ni, silap2 encik Nuff beku kan pendapatan korang.

Tapi tak salah kalau nak klik, sekiranya korang minat dengan iklan tersebut, iklan terbaru daripada encik nuff dalam blog Cik Ti, iklan U Mobile, Cik ti pun klik iklan, sebab ada kawan2 yang tanya tentang simcard U Mobile ni... tak kan iklan dah ada dalam blog, tapi kita sebagai blogger tak tahu serba sedikit tentang iklan tersebut kan.. Cik Ti pun ada buat review pasal U Mobile ni.


8. Macam mana nak naikkan trafik dan ramaikan pengunjung ke blog kita?

Dengan kemasikini blog setiap hari, post yang dibuat mestilah dengan tajuk yang hits.. setakat ni Cik Ti pun tak ada lagi post yang hits.. harap-harap post ni boleh mendapat sambutan yang tinggi.

9. Cara nak daftar dengan Nuffnang

Boleh klik dekat gambar Nuffnang, macam dekat atas dalam blog Cik Ti ya, nanti dia kan terus ke website Nuffnang, dan boleh la mendaftar dekat sana.

Macam mana nak masukkan code dan template design iklan nuffnang dalam blog? In Sya Allah, kalau berkesempatan Cik Ti akan terangkan dalam next entry ya..

CPUV dan BE nanti kalau Cik Ti dah dapat, Cik Ti share..

Macam biasa, kalau ada sebarang masalah atau pertanyaan, boleh la tinggalkan dekat comment dibawah ya.
 



Monday, May 16, 2016

U Mobile

Assalamualaikum,

Pagi ni Cik Ti nak cerita Pasal U Mobile..

1. Ada yang tanya Cik Ti kenapa harga Sim Card U Mobile ni mahal? sampai RM30.00...

  • Cik Ti pun baru beli sim card U Mobile, lepas tengok iklan U Mobile ni rasa tertarik Cik Ti nak cuba, tapi harga simcard ni cuma RM8.50 je, Cik ti beli dekat 7 Eleven je.. so, kepada pembaca2 yang nak beli Sim Card U Mobile ni boleh la beli dekat 7 E ya.



2. Apa yang buat Cik Ti tertarik nak beli Sim Card U Mobile ni?

  • Sebab utama Cik Ti, korang boleh terus top up dekat website dia, boleh tekan SINI untuk terus ke website U Mobile ya. Memandangkan cik Ti bekerja dekat tingkat 2, memang malas la nak turun bawah, dah senang la nak top up sekarang...



3. Apa lagi keistimewaan ni guan Sim Card U Mobile ni?

  • Cik Ti baru je guna sim card ni, lepas tengok iklan jugak... so, Cik Ti tak dapat nak rasa lagi keistimewan yang lain, ni review daripada pembaca blog Cik Ti, katanya buat panggilan dengan U Mobile lebih murah dan jimat. Internet pun laju. 
  • U Mobile ni ada point, maksudnya kita boleh kumpul mata dan tebus, haiah mesti dapat top up kan.. U Mobile ni lain sikit, reward yang dia bagi selain daripada boleh tebus top up, ada voucer zalora, voucher agoda, boleh la tempah hotel, Groupon vourcer, Voucher makan Papa John's, yang lain-lain korang boleh tengok website dia ya.
Setakat ni, tu je yang Cik Ti boleh bagi review, kalau dah lama guna In Sya Allah boleh bagi review yang lain..

Selamat mencuba U Mobile Sim Card..

Jangan segan-segan tinggalkan komen korang dekat bawah ni ya..


Sunday, May 15, 2016

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Assalamualaikum..

seperti yang Cik ti janji..


entry kali ni Cik Ti nak bagi sedikit informasi mengenai CKHT..



1. Apa itu CKHT? 

   
CKHT bermaksud Cukai Keuntungan Harta Tanah adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan   daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain). 

2. Individu yang dikenakan CKHT?
Pelupus (penjual) yang ingin menjual atau melupuskan harta nereka, harusla mengistiharkan pelupusan dan pemerolehan tersebut kepada LHDN (lembaga Hasil Dalam Negeri).

3. Cara menghantar CKHT:-
  • Mengisi Borang CKHT 1A atau CKHT 3 (bagi pelupus) dan CKHT  3 (bagoi pemeroleh) dengan lengkap dan betul.
  • Melampirkan salinan bukti pemerolehan dan pelupusan.
# bagi pelupusan harta tanah - Perjanjian Jual Beli bersetem/KTN 14A bersetem/Memorandum Pindah Milik bersetem.

  • Melampirkan dokumen sokongan tuntutan perbelanjaan.
  • Mengemukakan Borang CKHT 1A atau CKHT 2A dan CKHT 3 dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh pelupusan aset atau syer dalam SHT.
  • Mengisi borang Perakuan Pemilihan Pengecualian Cukai untuk pelupusan kediaman persendirian di bawah Perenggan 9 Jadual 3 (Seksyen 8) ACKHT 1976 jika memilih untuk memohon pengecualian tersebut.
  • Mengisi CKHT (boleh klik disini untuk dapatkan borang CKHT) (Notis Pemberitahuan Maklumat di bawah seksyen 27 ACKHT 1976) sekiranya memilih supaya pemeroleh tidak memegang simpan dan meremitkan 3% daripada jumlah wang balasan atau kesemua wang berkenaan yang mana lebih rendah kepada LHDN dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh pelupusan aset

4. Pengecualian bayaran CKHT

  •  bagi pelupusan yang tidak layak dikenakan cukai dalam keadaan berikut:
a) Aset yang dilupuskan telah dimiliki lebih daripada lima (5) tahun; atau
b) Pelupus membuat pemilihan pengecualian cukai untuk pelupusan kediaman persendirian di bawah Perenggan 9 Jadual 3 (Seksyen 8) ACKHT 1976; atau
c) Pelupusan aset adalah dengan cara pemberian tanpa apa-apa balasan di bawah perenggan 12 Jadual 2, ACKHT 1976.
  • Melampirkan CKHT 3 bersama-sama Borang CKHT 1A , 2A dan mengemukakan ke LHDNM. CKHT 3 tidak akan diproses sekiranya gagal dikemukakan dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh pelupusan.

5. Jumlah bayaran yang dikenakan?
Amaun pegangan oleh pemeroleh adalah 3% daripada harga balasan atau kesemua wang balasan, yang mana lebih rendah. Pemeroleh dikehendaki meremitkan amaun tersebut kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pelupusan. Amaun wang yang diremitkan akan digunakan bagi membayar keseluruhan atau sebahagian cukai dikenakan ke atas pelupus.  


6. Denda, jika gagal membayar?
Jika pemeroleh gagal meremitkan amaun berkenaan, denda 10% dikenakan. Amaun sepatutnya diremit dan denda tersebut merupakan hutang kepada kerajaan dan hendaklah dibayar kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). 



7.  Bayaran balik kepada pelupus.
LHDN akan memproses semula  taksiran dan sekiranya akaun pelupus berbaki kredit (mempunyai amaun boleh dibayar balik) bayaran balik akan dilakukan.
Bayaran balik boleh berlaku dalam keadaan berikut :
  • Perjanjian Jual Beli dibatalkan;
  • Pelupusan yang mendapat pengecualian cukai;
  • Kes tidak kena cukai; atau
  • Cukai terlebih bayar.

Diharap penerangan ini dapat membantu pembeli dan penjual dalam proses penjualan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...